Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011...

‎2010... a year of many betrayals and back stabings, also a year of a new beginning when all the devils had already shown their true faces. 2011 is a new start! may Allah helps us to make all the good things happen! Amin... Selamat Tahun Baru 2011.

Wednesday, December 22, 2010

New Beginning...

قَرْضُ الشَّيْءِ خَيْرٌ مِنَ الصَّدَقَةِ

Ertinya : Memberikan pinjaman (tanpa faedah) itu lebih baik dari memberi sedeqah (Al-Bayhaqi, 5/354)

رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما بَالُ الْقَرْضِأَفْضَلُ من الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَايَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ

Maksudnya: "Pada malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, "Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi) bertanya : wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulai daripada sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan." (Riwayat oleh Ibn Majah)

Thursday, December 16, 2010

Friday, November 26, 2010

Konsep Asas...

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Al-Baqarah (2): 275

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
Al-Baqarah (2): 276

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
Surah Al-Baqarah (2): 278

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Surah Al-Baqarah (2): 279.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
A-li'Imraan (3): 130

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
An-Nisaa' (4): 161

Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya).
Surah Al-Rum (30): 39

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Surah AL-MAAIDAH (5): 2

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Fushshilat (41): 33

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
At-Taubah (9): 71

“Kalian nyaris diperebutkan oleh umat-umat selain kalian sebagaimana makanan di sebuah tempayan yang diperebutkan manusia.” Para sahabat bertanya : “apa jumlah kita pada saat itu sedikit wahai Rasulullah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : “Bahkan jumlah kalian pada saat itu banyak, akan tetapi kalian bagaikan buih, dan Allah akan mengangkat rasa takut kepada kalian dari dada musuh-musuh kalian, dan Allah akan menancapkan al-Wahn ke dalam hati-hati kalian.” Para sahabat bertanya : “apakah al-Wahn itu wahai Rasulullah?”, Rasulullah menjawab : “cinta dunia dan takut mati.”
[Hadits Riwayat Bukhari Muslim]

“Jika kalian telah sibuk dengan jual beli inah (sistem jual beli yang terdapat unsur riba, pent.), kalian terbuai dengan peternakan dan bercocok tanam, dan kalian tinggalkan jihad, maka akan Allah timpakan di atas kalian kehinaan yang tidak akan terangkat sampai kalian kembali ke agama kalian.”
[Hadits Shahih Riwayat Abu Daud]

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-'Asr (103)

Tuesday, November 9, 2010

Peluang yang baik...

GIF adalah satu laman sosial yang memberikan anda semua peluang dan kemudahan yang berlainan dari laman sosial yang lain.

Kelebihan GIF:-

- pendaftaran percuma.

- memberikan $50 USD sebagai penghargaan.

- memberikan $25 USD sekiranya anda memperkenalkan rakan anda.

- shopping Online,percutian,barangan kemas DLL, dengan wang terkumpul anda. Had pengumpulan wang adalah $100,000 USD.

- tidak memerlukan maklumat akaun bank kerana apabila anda mendaftar,secara semi-auto anda akan membuat satu akaun bank di GIF.

- berpeluang memanangi MACBOOK laptop terkini.

p/s - FB menjana wang melalui aktiviti dan setiap klik kita didalam FB, tetapi berlainan dgn GIF kerana kita juga berpeluang untuk menjana wang didalam kita bersosial dalam laman sewang ini.

Peneraju GIF adalah satu syarikat besar yang menjalankan perniagaan iklan, saham, tukaran wang asing dan lain2 lagi... maka jom sertai saya didalam laman sewang ini...

"Anda tidak perlu risau kerana ia tidak memrlukan sebarang modal untuk melakukannya... GIF hanya memerlukan bantuan anda untuk megembangkan lagi sistem mereka dan bakal dilancarkan sekitar bulan 11 dan 12 ini.”

Jangan ketinggalan... sekiranya laman sewang ini telah dilancarkan pendaftar yang sedia ada akan memulakan aktiviti mereka dengan kelebihan yang disediakan oleh pihak GIF. Terutamanya menjana wang dgn segera... tidak kah anda merasa itu satu kerugian???

Jom bersama2 kita sertai GIF!

DAFTAR PERCUMA DI: http://GetinFree.com/landing.php?r=bollan

Saturday, October 23, 2010

Di manakah silapnya?

Hari ini, blog ini telah berusia 9 bulan 12 hari. Jika blog ini seorang bayi di dalam perut ibunya, hari ini ia telah pun lahir kedunia. Harapan saya ketika mula menulis blog ini adalah untuk menyampaikan idea bagaimana kita boleh membangunkan ekonomi kita sendiri. Dan akhirnya, kita semua bakal dapat membebaskan diri dari sistem yang penuh subahah di Akhir zaman ini. Sehingga hari ini, jumlah pelawat blog ini adalah 4,134 orang.

Sekiranya jumlah ahli Koperasi Kinta Utama Perak Berhad sudah mencapai 4,134 orang ketika ini, pastinya saya sudah boleh tersenyum. Namun hakikatnya, keahlian Ko-KITA ketika ini hanyalah 10% dari jumlah tersebut. Di manakah silapnya?

Koperasi Kinta Utama Perak Berhad memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 orang ahli untuk memulakan perniagaan Hyper-Market! Fi masuk hanyalah RM 100.00 dan saham minima juga RM 100.00. Jika perlu saya merayu, maka ketika ini saya merayu supaya kita semua menyertai koperasi ini bagi menyempurnakan impian untuk mengadakan hypermarket sendiri.

“Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang diusahakan oleh Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA) iaitu;

1. Hyper-market
2. Pembinaan Bangunan dan Rumah
3. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
4. Penjualan Kenderaan
5. Tempat Pelaburan

Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.

Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.

Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00

Ya! Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan betul, Ko-KITA sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!

Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.

Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.

Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”

"Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini. Amin!"

Saturday, October 2, 2010

Ibadah...

"Ibadah atau Ibadat (bahasa Arab: عبادة) dari sudut makna (bahasa) adalah merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu.

Ibadah dari sudut makna (syara') adalah taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah S.W.T. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah S.W.T.

Imam at-Thabari mengertikan ibadah sebagai ketundukan kepada Allah S.W.T dengan menjalankan ketaatan dan merendahkan diri kepada-Nya dengan kepasrahan. Imam Ibn Taimiyah pula, sebagaimana dinukil oleh al-Hafizh ibn Ahmad al-Hakami, mengatakan bahawa ibadah merupakan sebutan yang mencakup semua yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T berupa perkataan dan perbuatan, baik zahir maupun batin." Wikipedia.

Ibadat bukan hanya sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji sahaja. Malah, apa juga kebaikan yang dibuat kerana Allah, ianya menjadi ibadat. Menanam pokok misalnya, selain boleh dijual dan mendatangkan hasil, secara tidak langsung pokok itu sendiri sebenarnya akan menghasilkan oksigen yang kita sedut demi meneruskan kehidupan ini. Maka dengan menanam pokok yang mudah itu juga sebenarnya akan menambahkan pahala kepada kita asalkan niatnya kerana Allah!

Dengan kata lain, mengadakan keperluan yang diperlukan oleh orang ramai, asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum islam serta diniatkan kerana Allah, maka perbuatan itu akan menjadi ibadat dan mendatangkan pahala.

Mengadakan Hyper-market bagi keperluan masyarakat dengan niat kerana Allah, maka ia menjadi ibadat. Menyediakan bangunan dan rumah juga menjadi ibadat. Mengadakan pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang tua juga ibadat. Mengadakan kemudahan untuk orang ramai memiliki kenderaan juga ibadat. Memberi pinjaman tanpa faedah dan mengadakan peluang untuk orang melabur juga ibadat!

Asalkan niatnya benar kerana Allah maka semua itu menjadi ibadat. Tentu sahaja untuk melakukan semua yang tersebut seorang diri adalah sangat berat. Namun, sekiranya ada kerjasama dari ramai orang, yang sangat berat pun akan menjadi ringan. "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".

Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang diusahakan oleh Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA) iaitu;

1. Hyper-market
2. Pembinaan Bangunan dan Rumah
3. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
4. Penjualan Kenderaan
5. Tempat Pelaburan

Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.

Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.

Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00

Ya! Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan betul, Ko-KITA sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!

Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.

Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.

Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.

Sebenarnya, daripada 5 teras yang disebutkan tadi, banyak peluang pekerjaan yang boleh kita wujudkan untuk ahli dan keluarga ahli dan sebenarnya juga banyak lagi yang boleh kita lakukan sekiranya kita ini adalah sebuah koperasi dan juga semua ini sebenarnya adalah ibadah jika kita mahu! Bersambung.


Friday, September 24, 2010

Work To Work It Out...

We need to go back to basic and start it here in our own soil. The basics are, hypermarket - the daily basic needs, building and housing - a place to work and stay, car and motorcycle sales - the ride that we need, daycare centre for children and the elder - a better place for our loved one and a place for a better investment.

Only and only if we can provide all the basic needs ourselves, we will save tons and our economy will stand tall. We have all the choice all the time but most of the time we choose to wait and see.

Waiting for things to happen is actually a waste of time. The time passed will never come back. The glory of the past also won’t do any good for us today. We need to work to work it out - well said by Michael Bublé in his song “Haven’t Met You Yet”.

Having our own hypermarket can actually get us cheaper supplies of our daily needs. To build and finance our own buildings and houses can save us a sum of money. Buying cars and motorcycles from our own dealers will minimize the cost of transport. Having our own day care centers for children and community centers for the elderly will minimize our daily commotions, so that we will become more productive. And if all these were our own, all the benefits and profits will actually be ours.

How can we own all these? When we are a KOPERASI, we can actually work to work it out! http://ko-kita.blogspot.com/

"Kita perlu berbalik kepada perkara-perkara asas dan bermula di tanah air kita sendiri. Perkara-perkara asas tersebut adalah hypermarket - tempat untuk mendapatkan keperluan harian, bangunan dan perumahan - tempat untuk bekerja dan tempat tinggal, jualan kereta dan motosikal - pengangkutan yang kita perlukan, pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang-orang tua - tempat yang lebih baik untuk mereka yang kita sayangi dan sebuah tempat yang lebih baik untuk kita melabur.

Jika dan hanya jika kita boleh menyediakan perkara-perkara asas tersebut sendiri, banyak yang boleh kita jimat dan ekonomi kita tidak akan tergugat. Kita sentiasa mempunyai banyak pilihan, namun setiap kali kita lebih bersikap tunggu dan lihat.

Menunggu untuk sesuatu perkara itu berlaku adalah sebenarnya membuang masa. Waktu yang berlalu tidak pernah kembali. Kegemilangan masa lalu tidak ada gunanya hari ini. Kita perlu berusaha untuk berjaya - disebut dengan baik oleh Michael Bublé dalam lagunya “Haven’t Met You Yet”.

Memiliki hypermarket kita sendiri sebenarnya membolehkan kita mendapat bekalan keperluan harian pada harga yang lebih murah. Membina dan membiayai bangunan dan rumah kita sendiri membantu kita berjimat. Membeli kereta dan motosikal dari wakil penjual kita sendiri bakal meminimakan perbelanjaan kos pengangkutan. Mempunyai pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang-orang tua akan pasti mengurangkan kekalutan harian kita, dan akan menjadikan kita lebih produktif. Dan sekiranya semua ini milik kita sendiri, semua faedah dan keuntungan adalah sebenarnya milik kita juga.

Bagaimana kita boleh memiliki semua ini? Apabila kita sebuah KOPERASI, kita sebenarnya berusaha untuk kejayaan tersebut! http://ko-kita.blogspot.com/"

Thursday, September 16, 2010

Mission In Commissions…

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Masa terus berlalu dan masa yang lepas tidak akan datang lagi. Koperasi kita masih belum mempunyai cukup ahli untuk memulakan Hyper-Market kita sendiri. Bulan ini, usia koperasi kita ini sudah menjangkau 18 bulan. Jika dan hanya jika separuh daripada ahli bermula dari penubuhan koperasi kita ini mencadang seorang ahli baru setiap bulan, jumlah keahlian ketika ini sudah pasti mencecah 49,263 orang. Dan jumlah ini sebenarnya sudah lebih dari mencukupi untuk memulakan Hyper-Market kita sendiri.

Jumlah 49,263 ahli tersebut sebenarnya akan menyumbang modal saham minima sekurang-kurangnya RM 4,926,300.00 dan juga RM 4,926,300.00 lagi dalam bentuk fi masuk.

Sekiranya separuh daripada fi masuk digunakan untuk kempen untuk menambah keahlian dan pengurusan pun, jumlah modal terkumpul koperasi kita yang boleh digunakan ketika ini adalah RM 7,389,459.00. Jumlah modal ini, jika digunakan dengan bijaksana, Hyper-Market yang kita cadangkan sudah pasti akan menjadi kenyataan ketika ini!

Dengan adanya Hyper-Market kita sendiri, sekurang-kurangnya setiap ahli bakal boleh mendapatkan keperluan harian dengan lebih murah disamping mendapat keuntungan daripada pulangan saham pada setiap tahun. Peluang perniagaan juga akan terbuka untuk ahli-ahli. Sekurang-kurangnya bekalan ayam, daging lembu dan lain-lain produk ahli juga boleh dipasarkan di Hyper-Market kita ini. Peluang pekerjaan juga akan terbuka untuk kita.

Sekiranya setiap ahli seramai 49,263 itu berbelanja sekurang-kurangnya RM 250.00 di Hyper-Market kita setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan Hyper-Market kita adalah RM 12,315,766. Sekiranya margin keuntungan jualan hanyalah 2%, maka jumlah Keuntungan bulanan adalah RM 246,315. Jumlah ini bakal menjadikan keuntungan tahunan kita sebanyak RM 2,955,784. Dan sebenarnya jumlah keuntungan ini adalah 60% daripada jumlah saham setiap ahli.

Dalam kempen menambah keahlian, usaha setiap ahli mencari ahli baru bukanlah percuma. Setiap pencadang ahli baru akan diberi insentif sebanyak RM 25.00. Kalau pun tidak mempunyai wang, dengan mencadang 8 orang ahli baru koperasi kita ini, kita sudah dapat menjelaskan Fi Masuk dan Saham Minima yang berjumlah RM 200.00 itu. “Mission in Commission” ini sepatutnya sudah cukup untuk menjadikan penggalak untuk setiap ahli menambah keahlian koperasi kita ini.

Sekiranya kita cukup rajin untuk mencari ahli baru, bukan sahaja Fi Masuk dan Saham kita dapat percuma, malah jika kita dapat membawa masuk ahli seramai 1,000 orang, kita sebenarnya bakal menjana pendapatan sebanyak RM 25,000.00! Bersambung...

Wednesday, September 15, 2010

Yaa Sin 66-70...

Yaa Sin 66-70

















Wallahu'alam...

Wednesday, September 1, 2010

Aidil Fitri...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - Maaf Zahir & Batin...

Tuesday, August 31, 2010

Mengisi Kemerdekaan...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53...!

Sebagai manusia yang bekerja, umur 53 tahun sebenarnya sudah menghampiri umur persaraan. Sebagai sebuah Negara, masih banyak lagi yang kita perlu capai untuk mengisi kemerdekaan ini.

Untuk mencapai kemerdekaan merupakan satu perkara. Mengisi kemerdekaan merupakan satu perkara yang lain. Dan mempertahankan kemerdekaan pula merupakan objektif utama yang perlu ada dalam setiap jiwa yang merdeka.

Alhamdulillah, sudah 53 tahun kita merdeka. Dalam mengisi kemerdekaan, pemimpin datang dan pemimpin pergi. Walaupun sudah banyak kejayaan yang dicapai namun masih banyak yang perlu diisi supaya kemerdekaan ini menjadi lebih bermakna. Niat dan usaha setiap rakyat Malaysia untuk terus memajukan negara dan masyarakat perlu terus hidup demi mempertahankan kemerdekaan ini.

Orang yang merdeka perlu boleh meneruskan kehidupan ini dengan sendiri. Begitu juga dengan negara yang merdeka, perlu boleh maju dengan sendiri. Berdiri sendiri dan terus maju untuk mencapai kegemilangan bangsa dan negara.

Matlamat untuk mengadakan hypermarket sendiri bukanlah angan-angan atau sekadar mimpi indah yang akan hilang bila terjaga dari tidur. Kita tidak sepatutnya tidur lagi. Kita perlu mengatur langkah supaya ekonomi negara ini boleh ditentukan oleh kita sendiri. Hypermarket sendiri hanyalah merupakan titik permulaan dan merupakan perjalanan yang masih jauh untuk kita tempuh.

Untuk menjayakan hypermarket ini, koperasi memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 ahli. Saya sekali lagi menyeru supaya kita beramai-ramai menjadi ahli Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini supaya cita-cita murni dan harapan kita semua akan tercapai. Kita perlu bekerjasama sekarang, bukan esok, bukan lusa...


Thursday, August 19, 2010

Perjuangan...



Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.

...Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi...

Alhamdulillah, Ramadhan sampai lagi. Kita yang singgah atau Ramadhan yang singgah, pasti Ramadhan ini hanya datang sekali sahaja. Tahun yang lain, Ramadhan yang lain. Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu begitu sahaja kerana Ramadhan yang lain belum tentu datang lagi untuk kita!

Bulan yang penuh berkat dan keampunan ini tidak pernah gagal datang, cuma kita yang sering gagal menggunakan peluang yang ada kerana sudah terbiasa terlepas pandang, atau sering lupa yang peluang ini perlu direbut. Seperti juga lain-lain peluang yang datang dalam hidup ini, oleh kerana pulangannya tidak nampak lagi maka ia sering diletakkan dalam senarai keutamaan yang terakhir. Beruntunglah orang yang sentiasa dapat menggunakan peluang yang baik sepenuhnya, untung di dunia, untung juga di akhirat. Dan Allah telah bersumpah, Demi Masa!

Alhamdulillah, pinjaman tanpa faedah, pinjam RM 1,000.00 dan bayar RM 1,000.00 telah mula dilaksanakan dengan 5 orang yang layak untuk bulan ini. Ansurannya hanya RM 25.00 sebulan selama 40 bulan. Semoga program ini akan terus berkembang dan akhirnya ia akan membebaskan kita semua dari sistem riba dan kehidupan kita akan lebih diberkati oleh Allah! Amin.

Pinjaman RM 10,000.00 akan menyusul dan sebenarnya jumlah itu hanyalah sebanyak nisab zakat dan sememangnya patut ada untuk membantu kita keluar dari masalah harian dalam kehidupan ini.

Alhamdulillah, kita masih ada di sini Ramadhan ini. Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada dan terus berada dalam lingkungan rahmat Allah. Amin.

Friday, August 6, 2010

Terang Lagi Bersuluh...

AKU mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

[275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

[276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. Al-Baqarah 275 - 276

Kalau ditanya, mana yang lebih besar pahalanya di antara memberi pinjaman tanpa faedah atau memberi sedeqah, apakah jawapannya?. Secara umumnya para ulama berbeza ijtihad dalam menentukan mana yang lebih baik daripada yang lain. Artikel ini mengupas dengan ringkas tapi padat persoalan tersebut. Semoga dengannya kita akan dapat menentukan keputusan terbaik ketika ingin membantu insan lain.

PINJAMAN LEBIH BESAR GANJARAN

Menurut sebahagian ulama, pinjaman tanpa faedah adalah lebih utama [1] berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

Hadis 1 :
رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ من الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ
Maksudnya: "Pada malam aku pergi ke syurga (semasa Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, "Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi) bertanya : wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia daripada sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan." (Riwayat oleh Ibn Majah)[2]

Namun demikian ‘Ajlouni [3] dan Albani menilai hadis ini sebagai lemah. Kelebihan pemberian pinjam ini juga yang disebutkan oleh Al-Jassas di dalam kitab beliau Ahkam al-Quran :

سَمّاهُ اللهُ قَرْضاً تَأكِيْداً ِلاسْتِحْقَاقِ الثَّوَابِ بِهِ؛ إِذْ لاَ يَكُونَ قَرْضاً إِلاّ وَالعِوَضُ مُسْتَحَقٌّ بِه
Ertinya : "Allah menamakannya sebagai qard (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qard, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya" [4]

Selain daripada dalil yang pertama, kumpulan ini juga berpegang kepada hadis Nabi s.a.w :

قَرْضُ الشَّيْءِ خَيْرٌ مِنَ الصَّدَقَةِ
Ertinya : Memberikan pinjaman (tanpa faedah) itu lebih baik dari memberi sedeqah (Al-Bayhaqi, 5/354)

SEDEQAH LEBIH UTAMA

Sebahagian ulama lain pula berijtihad, sedeqah lebih utama, pandangan ini antara lainnya disandarkan kepada kata-kata baginda Nabi s.a.w dari Ibn Mas'ud :

مَنْ أَقْرِضَ مُسْلِماً دِرْهَماً مَرَّتَيْنِ كَانَ لَهُ كَأجْرِ صَدَقَة مَرّة
Ertinya : Sesiapa yang memberi pinjaman (tanpa faedah) kepada seorang Muslim sedirham sebanyak dua kali, baginya pahala sekali memberi sekali sedeqah (Ibn Hibban, 7/249 ; Ibn Majah, 2/812 ; Albani mengatakannya Sohih)

Namun begitu, Ibn Mas'ud mengulas:

لأنْ أقْرِضَ مَرَّتَيْن أَحَبّ إليّ مِنْ أَنْ يَتَصَدَّقَ مَرّة
Ertinya : Memberikan pinjam dua kali lebih disukai olehku daripada mereka yang bersedeqah sekali sahaja. (Sunan Al-Baihaqi, 5/353)


PANDANGAN TERPILIH

Demikian tadi ringkasan dari pendapat dua kumpulan ulama semasa membicarakan perihal keutamaan sedeqah atau pinjaman. Setelah melihat kepada hujjah yang dikemukakan dan perbincangan panjang lebar ulama, saya cenderung kepada huraian Imam Ibn Hajar Al-Haythami yang menganjurkan gabungan kedua-dua dalil dengan melihat kepada sebab musabab atau ‘illah yang boleh menjadikannya lebih utama.

Saya kira, cara tersebut lebih menepati maksud sesebuah hukum dalam hal Fiqh Muamalat. Apabila ditinjau dari huraian hadis di atas dan berbekalkan nas-nas lain, jelas bahawa keutamaan sedeqah dan pemberian pinjam berbeza menurut keadaan penerima. Lebih memerlukan di penerima, lebih utama pemberian itu, sama ada ia pinjaman tanpa faedah atau sedeqah. (Al-Inafah, Ibn Hajar Al-Haythami, hlm 157)

Berdasarkan kepada hadis pertama sebelum ini, diberitahu bahawa pinjaman tanpa faedah lebih utama kerana ia diberikan kepada mereka yang sangat berkeperluan berbanding sedeqah.

Namun, jika dilihat suasana di zaman ini khususnya, keadaan ini boleh menjadi sebaliknya, penerima sedeqah juga boleh jadi dari kalangan mereka yang sangat miskin dan memerlukan.

Manakala penerima pinjaman pula boleh datang dari kalangan mereka yang tidak begitu mendesak keperluannya seperti para usahawan yang sudah kaya raya dengan harta melimpa ruah, tetapi masih memerlukan pinjaman tertentu bagi memperbesarkan perniagaannya.

Justeru, dalam konteks fiqh Muamalat, para ulama mengajar kita untuk tidak terlalu terikat dengan teks sesebuah nas kerana hukum di dalam bab ini lebih perlu merujuk kepada objektif dan sebab musabbabnya.

Hasil penelitian itu, kita akan dapati bahawa keutamaan dalam hal sedeqah dan pinjaman ini tertakluk kepada pertindanan pahala dari satu amalan.

Sebagai contoh, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna selain memberi bantuan pinjaman, kita juga meraih pahala melepaskan saudara dari keadaan sukar dan sempit. Sebagaimana hadis :

مَنْ كَشفَ عَن مُسلم , كُربَةً مِن كُرَبِ الدُّتيا , كَشَفَ اللهُ عَنهُ كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَوْمَ القِيامَة , والله في عَوْنِ العَبْدِ مَا دَامَ العَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْه
Ertinya : Barangsiapa yang melepaskan dari seorang Muslim, satu kesukaran dari kesusahan duniawi, maka Allah swt akan melepaskannya satu kesukaran dari kesukaran akhirat, dan Allah swt akan membantu seseorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya" (Riwayat Muslim)

Justeru, sama ada pemberian pinjaman tanpa faedah atau sedeqah, jika ia diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan, ganjaran dan keutamaannya menjadi bertambah.

Allah swt pula menegaskan, keutamaan sedeqah kepada mereka yang memerlukan dan kesusahan di dalam ayat :

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )

Ayat di atas jelas merangkumi dua keadaan;

Pertama : peminjam harta yang ditimpa kesukaran sehingga tidak mampu memulangkan harta yang dipinjam, lalu pemberi pinjam diminta untuk sama ada memberi tangguh tanpa penalty atau menyedeqahkan sahaja jumlah yang dipinjam.

Kedua : Pembeli secara bayaran tangguh yang tidak melangsaikan hutang pembeliannya kerana kesukaran. Tatkala itu, penjual diminta memberi masa untuk pembeli menyelesaikan hutangnya atau menyedeqahkan sebahagian atau semua bayaran yang belum dilangsaikan.

Jelas dapat dilihat dari ayat diatas, bagaimana Allah swt menggalakkan sedeqah kepada mereka yang sangat memerlukan dan ditimpa kesusahan. Justeru, kelebihan kedua-dua amalan itu jika dilihat dari perspektif si penerima, ia bergantung banyak kepada situasi penerima, demikian juga ditegaskan oleh Syeikh Al-Balqini.

Manakala jika dilihat keutamaan dua amalan itu dari perspektif pemberi, tentulah pemberi sedeqah lebih utama kerana ia melepaskan hak milik hartanya kepada penerima, berbanding pemberi pinjaman. Wallahu'alam...

Wednesday, August 4, 2010

Demi Masa...

AKU mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

"Dalam Surat ini Allah menerangkan martabat yang empat itu. Dan Allah bersumpah, demi masa, bahawasanya tiap-tiap orang rugilah hidupnya kecuali orang yang beriman. Yaitu orang yang mengetahui kebenaran lalu mengakuinya. Itulah martabat pertama. Beramal yang shalih, yaitu setelah kebenaran itu diketahui lalu diamalkan; itulah martabat yang kedua. Berpesan-pesanan dengan Kebenaran itu, tunjuk menunjuki jalan ke sana. Itulah martabat ketiga. Berpesan-pesanan, nasihat-menasihati, supaya sabar menegakkan kebenaran dan teguh hati jangan bergoncang. Itulah martabat keempat. Dengan demikian tercapailah kesempumaan" - HAMKA.

17 Januari 2009 sebenarnya merupakan tarikh yang penuh makna kepada saya. Itulah hari terakhir saya berusia 40 tahun. Dan itulah juga tarikh Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA). Sedar tak sedar, usia KO-KITA sudah menjangkau satu tahun setengah. Kalau anak, KO-KITA ini sudah pun pandai berjalan. Biarpun berjalan jatuh seperti juga kanak-kanak lain, KO-KITA juga sudah cuba mahu berlari biar pun jalannya belum cukup teratur dan makannya masih disuap.

KO-KITA, seperti juga anak-anak, perlu menjadi cukup besar dan kuat supaya dapat berbakti kepada masyarakat. Untuk menjadi besar dan kuat, KO-KITA perlu mempunyai ahli yang ramai. Sebagai permulaan, KO-KITA memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 orang ahli. Sehingga ke tarikh ini, ahli KO-KITA baru mencapai 430 orang. Masih kekurangan 9,570 orang ahli.

KO-KITA memerlukan 10,000 orang ahli untuk memulakan perniagaan hypermarket! Dan sebenarnya semuanya akan bermula di situ.

Hypermarket yang mempunyai ahli seramai 10,000 orang akan dapat mencapai jualan sekurang-kurangnya RM 3,000,000 sebulan sekiranya setiap ahli berbelanja sebanyak RM 300 setiap bulan untuk sekurang-kurangnya keperluan harian mereka di situ. Sekiranya keuntungan bulanan bersih hanyalah 2%, maka jumlahnya ialah RM 60,000 dan ini menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM 720,000. Jika setiap ahli mempunyai saham minima RM 100, maka jumlah keseluruhan saham adalah RM 1,000,000. Maka RM 720,000 sebenarnya adalah 72% keuntungan kepada setiap ahli!

Selain daripada keuntungan kepada modal saham, projek hypermarket ini juga bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada ahli dan keluarga meraka. Ini bakal meningkatkan ekonomi ahli dan pastinya projek ini akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara secara amnya.

Kekuatan sesebuah koperasi sebenarnya adalah jumlah keahliannya. Semakin besar keahlian sesebuah koperasi itu, maka semakin kuatlah koperasi tersebut. Maka, perkara yang penting untuk dilakukan oleh setiap ahli KO-KITA ketika ini ialah untuk menambahkan jumlah ahli supaya mencapai 10,000 orang.

Mendapatkan ahli baru untuk KO-KITA bukanlah percuma! Setiap ahli yang mencadangkan ahli baru akan dibayar RM 25. Sekiranya seorang ahli dapat mencadangkan 10 ahli yang baru, maka dia akan mendapat RM 250. Fi masuk adalah RM 100 dan saham minima adalah RM 100, maka disini sahaja ahli sudah mendapat keuntungan 25%. Tanpa mencabar minda, anak-anak yang berumur 12 tahun pun boleh mengira keuntungan ini. Malangnya, keahlian koperasi hanya kepada mereka yang berumur 18 tahun dan keatas.

Sekiranya kita benar-benar bermula pada hari ini, setiap 430 orang ahli yang sedia ada mencari sekurang-kurangnya seorang ahli baru setiap bulan, maka pada bulan berikutnya, kita sudah mempunyai 860 orang ahli. Sekiranya proses ini berterusan, dalam masa empat bulan lagi kita bakal mempunyai 13,760 orang ahli dan jumlah ini sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk kita memulakan perniagaan hypermarket!

Dengan jumlah ahli 13,760 orang itu, sekiranya kita dapat membina 1,000 unit rumah untuk mereka, dan sebenarnya jumlah ini tidak pun sampai 10% dari jumlah keahlian tersebut, dengan keuntungan setiap rumah sebanyak RM 10,000 maka projek ini akan menambahkan keuntungan kepada koperasi sebanyak RM 10,000,000.

Oleh kerana koperasi ini mempunyai lesen kontraktor binaan sendiri, maka dengan sedikit penyesuaian, ahli bakal dapat membeli rumah-rumah tersebut tanpa faedah. Maka, kita akan dapat menghindarkan diri dari perbuatan riba dan harta yang kita perolehi itu akan menjadi lebih berkat lagi. Insya-Allah.

Dengan jumlah ahli 13,760 orang itu juga, sekiranya kita dapat menjual 1,000 unit kereta kepada mereka dengan keuntungan RM 5,000 sahaja pun, maka koperasi bakal mendapat keuntungan sebanyak RM 5,000,000. Penjualan kereta ini juga bakal dilakukan tanpa melibatkan faedah dan ini sekali lagi akan menyelamatkan ahli dari terlibat dengan riba.

Dengan jumlah ahli seramai 13,760 orang itu juga, kita bakal mewujudkan tabung pinjaman dengan setiap ahli menyumbang sekurang-kurangya RM 20, maka kita akan dapat mengumpulkan sejumlah wang sebanyak RM 275,200 sebagai modal permulaan. Oleh kerana modal pinjaman ini merupakan sumbangan setiap ahli, maka risiko yang ditanggung oleh koperasi adalah sangat rendah dan dengan itu juga koperasi bakal mampu untuk memberikan pinjaman peribadi kepada ahli tanpa faedah, pinjam wang sebanyak RM 1,000 misalnya, bayar balik pun RM 1,000 juga. Sekali lagi kita akan dapat menyelamatkan diri kita dari terlibat dengan riba dan semoga dengan itu, kehidupan kita akan diredhai oleh Allah. Amin!

Dengan jumlah ahli seramai 13,760 orang itu juga, berdasarkan andaian setiap orang ahli mempunyai seorang anak kecil, maka kita boleh memulakan pusat jagaan harian kanak-kanak. Sekiranya kita mendapat keuntungan sebanyak RM 10 daripada setiap anak-anak yang dijaga, maka koperasi akan mendapat pulangan sebanyak RM 130,000 sebulan dan jumlah ini akan menjadikan keuntungan sebanyak RM 1,560,000 setahun.

Ada banyak lagi projek yang boleh kita buat dengan jumlah ahli yang sebanyak 13,760 orang itu. Setakat ini, jumlah keuntungan setahun yang bakal kita perolehi ialah RM 344,000 dari insentif cari ahli, RM 990,720 dari jualan hypermarket, RM 10,000,000 dari jualan rumah, RM 5,000,000 dari jualan kenderaan dan RM 1,560,000 dari pusat jagaan kanak-kanak. Jika dijumlahkan, keuntungan tahunan koperasi kita akan mencecah RM 17,894,720.

Dengan keahlian seramai 13,760 dan keuntungan itu dibahagikan dalam bentuk dividen, maka setiap ahli bakal mendapat RM 1,300.49. Jumlah ini sebenarnya adalah keuntungan sebanyak 1,300.49%! Bersambung…

Monday, July 26, 2010

Haven't Met You Yet, lyrics...


To All Members And Future Members Ko-KITA, http://ko-kita.blogspot.com/ there are some meanings in this clip...

Friday, July 23, 2010

Impian yang sama...

Sudah 18 bulan berlalu, formula setiap ahli cari seorang ahli baru setiap bulan sememangnya sebuah mimpi indah yang tidak mahu saya lepaskan. Cuma, mimpi itu milik saya dan mungkin tidak cukup indah buat semua orang lalu tidak ramai yang mempunyai impian yang sama.

Walaupun teorinya cukup mudah namun sangat payah untuk dilaksanakan. Kalau soalannya, siapa yang mahukan satu pinjaman yang tidak ada bunga atau riba? Pasti jawapanya ialah, saya mahu!

Bayangkan kalau pinjaman rumah, kereta dan wang tunai tidak ada riba lagi, pasti banyak wang yang boleh kita jimatkan dan boleh kita belanjakan ditempat yang lebih baik dan perlu. Jika ada 10 orang yang mempunyai impian yang sama dan bekerja sekuat saya, pasti kita boleh melakukan suatu revolusi ekonomi sejagat dalam tempoh 6 bulan lagi. Tiada lagi interest atau riba dan semua orang boleh menjalani kehidupan yang serba baru.

Apa pun, bila namanya koperasi, maka jumlah keahliannya yang akan menggambar kekuatan koperasi itu. Sekiranya enam bulan lagi kita akan mempunyai 31,250 orang ahli, maka kita akan menjadi salah sebuah koperasi yang kuat.

Dengan ahli yang seramai itu disatu tempat, kita bakal boleh memperolehi lesen hypermarket kita sendiri. Dengan adanya hypermarket ini, dengan purata setiap ahli berbelanja RM 350.00 untuk keperluan harian setiap bulan, kita bakal menperolehi jualan bulanan RM 10,937,500.00 dan dalam setahun jumlahnya akan mencecah RM 131,250,000.00. Sekiranya untung bersih dari aktiviti ini adalah 5%, maka jumlah keuntungan hypermarket kita ini adalah RM 6,562,500.00 setahun.

Sekiranya kita dapat membina 1,000 buah rumah setahun dengan kos purata setiap rumah adalah RM 80,000.00 dan harga jualan adalah RM 160,000.00 maka projek ini bakal menjana pendapatan kepada koperasi sebanyak RM 80,000,000 lagi. Perlu diingat bahawa 1000 buah rumah ini sebenarnya cuma 3.2 % daripada jumlah keseluruhan ahli kita.

Sekiranya kita dapat menjual kereta sebanyak 1,000 unit, dengan keuntungan sebuah kereta sebanyak RM 6,000.00. Maka kita akan mendapat keuntungan RM 6,000,000.00 lagi untuk tahun tersebut.

Sekiranya kita mempunyai pusat jagaan harian kanak-kanak sendiri, dengan anggapan jumlahnya hanya ¼ dari jumlah semua ahli, iaitu lebih kurang 7,812 dan mengambil keuntungan RM 5.00 sahaja setiap kepala, maka keuntungan sebulan ada pusat ini adalah RM 39,060.00 sebulan dan ianya akan menjadikan pendapatan kepada koperasi sekurang-kurangnya RM 468,720.00.

Tanpa mengambil kira aktiviti-aktiviti lain, jumlah keuntungan tahunan kita adalah RM 93,031,220.00. Jika separuh dari keuntungan ini dibahagikan sebagai dividen, maka setiap ahli bakal memperolehi keuntungan sebanyak RM 1488.50.00. Ini sebenarnya adalah 1488.50% keuntungan daripada jumlah pelaburan yang sebanyak RM 100.00 itu! Bersambung…

Thursday, July 15, 2010

Setahun Berlalu...

Julai 13, 2010 merupakan hari bersejarah - doktor dengan senyum memberitahu bahawa saya tidak perlu makan ubat setiap hari lagi. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya hati saya menerima khabar tersebut. Setahun yang lalu, ketika mula-mula makan ubat, saya menjangkakan masa setahun itu sangat lama dan hari-hari dilalui seperti tiada penghujungnya. Setiap kali ubat ditelan, setiap kali itu juga saya terfikir, akan sampai jugakah harinya yang saya tidak perlu makan ubat lagi. Akhirnya hari itu sampai juga!

Masa terus berlalu dan tanpa sedar kisah saya di hospital sebenarnya sudah setahun berlalu. Kalau pun setahun cuma ada 365 hari, namun setiap hari dalam 365 hari yang baru saya lalui itu mengandungi 1001 kisah suka duka yang pastinya akan menjadi teman sepanjang hidup saya. Setiap kali menoleh kebelakang, air mata pasti akan mengalir di pipi. Gambar yang disisipkan ini telah diambil satu jam sebelum saya dimasukkan ke CCU. 3 hari saya di situ dengan hidup bergantung kepada mesin. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana saya masih di sini dan dapat meneruskan apa yang telah saya mulakan lebih setahun lalu!

Terima kasih yang tak terhingga kepada Anne, Ana, Ain, Mak, Abah dan semua yang telah menjaga saya ketika itu dan budi baik mereka tidak akan dapat saya balas sampai bila-bila. Juga kepada mereka yang telah menziarahi saya ketika itu, doa kalian telah membawa saya kembali hidup. Kepada yang telah memberikan sumbangan, sebenarnya semua sumbangan itu sangat membantu dan semoga Allah membalas segala kebaikan itu dengan kebaikan juga dan berlipat kali ganda. Amin!

Semalam sudah berlalu dan menjadi sebahagian lipatan sejarah yang sepatutnya menjadi tauladan dan sempadan, sebagai rujukan dan panduan di masa hadapan. Hari ini kita buat yang terbaik mungkin kerana esok belum tentu kita masih di sini... Bersambung.

Tuesday, July 6, 2010

What goes around...

...Sambungan

Masa pun berlalu, minggu berganti namun seorang yang lain itu belum dapat berita tentang pinjaman yang diharapkan. Setelah cukup satu bulan, dia pun pergi ke tempat pinjaman dengan keadaan yang agak marah lalu bertanya tentang pinjaman yang diharapkan.

Maka dijawab oleh ahli pemberi pinjam itu, kamu perlu menjadi ahli dan membawa sekurang-kurangnya empat orang yang mahu meminjam juga untuk menjadi ahli, dan syarat keahlian adalah RM 100 untuk menjadi ahli dan RM 100 saham minima.

Tapi bukankah saya telah memenuhi syarat itu? Jawab seorang yang lain itu.

Betul tuan telah membawa empat orang tetapi mereka tidak perlukan pinjaman kerana mereka tidak membawa empat orang yang hendak meminjam juga. Oleh kerana itu permohonan tuan masih belum boleh diproses. Untuk makluman juga, ini bukan seperti pinjaman yang lain. Ini lebih kepada bantuan kewangan kepada ahli yang perlu dibayar balik untuk diberi bantuan kepada orang lain pula. Kerana itu ia tidak ada faedah. Sambung ahli pemberi pinjam itu. Lalu seorang yang lain itu pun pulang dengan keazaman yang baru untuk berkongsi peluang mendapatkan bantuan kewangan tersebut dengan orang lain.

Kisah ini sepatutnya diberi perhatian kerana perlunya rasa ingin bantu membantu supaya dapat kita semua maju dan mencapai apa yang kita harapkan. Semakain ramai orang yang kita bantu, maka semakin besar kemungkinan untuk orang lain membantu kita. Kehidupan ini sangat adil, seperti kata pepatah Inggeris, "What goes around, comes around...!"

Wallahua'lam.

Sunday, June 27, 2010

Kebiasaan Hidup...

Oleh kerana kebiasaan hidup itu makan nasi, jika tidak makan maka tidak kenyang! Sama keadaannya apabila meminjam dengan melibatkan riba, jika tidak ada riba maka tidak akan masuk akal. Itulah sebenarnya keadaan pada hari ini dan ia akan berterusan sehinggalah suatu sistem yang benar-benar tidak melibatkan riba itu berlaku maka barulah sistem riba itu akan dapat dikikis.

Pada dasarnya, kehidupan yang bebas dari riba ini pasti boleh berlaku apabila kita boleh menerima sistem yang benar-benar bebas riba. Perkara pertama yang perlu difahami ialah riba itu sendiri. Seperti maksud hadis, Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja" (Hadith Riwayat Al-Syaikhan). Dalam Quran juga disebut, Surah Al-Baqarah - [275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Walaupun maksud ayat Quran dan Hadis itu sebenarnya sangat mudah untuk difahami, rata-rata khalayak yang sudah biasa dengan kehidupan yang terlibat dengan riba sangat sukar untuk hidup tanpanya akibat ia sudah menjadi darah daging. Maka sebenarnya adalah menjadi tanggung jawab setiap muslim pada hari untuk berusaha membebaskan kita semua dari cengkaman dan fahaman riba ini.

Oleh kerana itu, adalah sangat perlu kita memulakan satu sistem yang benar-benar bebas riba dan menjadikan ia suatu jihad dan bukan sekadar ijtihad!

Apabila datang seorang kepada seorang yang lain dan mengatakan ada satu tempat yang boleh membuat pinjaman RM 10,000 dan bayar balik RM 10,000 sahaja, maka dijawab oleh seorang yang lain itu “impossible!”.

Pun begitu, rasa ingin tahu membawa seorang yang lain itu ketempat pinjaman dan bertanyakan syaratnya. Maka dijawab oleh ahli pemberi pinjam itu, kamu perlu menjadi ahli dan membawa sekurang-kurangnya empat orang yang mahu meminjam juga untuk menjadi ahli. Lalu seorang yang lain itu bertanya lagi, apakah syarat menjadi ahli. Ahli pemberi pinjam itu menjawab, RM 100 untuk menjadi ahli dan RM 100 saham minima. Dan seorang yang lain itu pun pulang dengan senyum sambil membawa pulang 5 borang keahlian.

Dalam fikirannya, sekiranya dia menjadi ahli dan mengambil nama 4 orang yang lain untuk menjadi ahli, jumlah yang perlu dia bayar adalah RM 1,000. Kemudian dia akan mendapat RM 10,000, maka dia akan mendapat untung RM 9,000 setelah ditolak bayaran RM 1,000 untuk 5 keahlian dan saham minima.

Keesokan harinya, seorang yang lain itu pun pergi ketempat pinjaman dengan penuh harapan dan menyerahkan borang keahlian dan bayaran.

Bersambung...

Tuesday, June 22, 2010

Free Riba...

Surah Al-Baqarah - [275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

[277] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

[279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

[280] Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).

[281] Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.


Surah Al-Imran - [Ayat : 130] Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat-ganda; dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #129,Bab Dosa dosa Besar dan Yang Paling Besar)

Hadis Sahl bin Abi Hathmah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang penjualan kurma dibayar dengan kurma, baginda bersabda: Itu adalah riba, iaitu Muzabanah, jual beli yang tidak jelas. Baginda hanya memberi keringanan dalam penjualan secara Ariyyah iaitu satu atau dua pokok kurma diambil oleh satu keluarga dengan kiraan kurma kering dan mereka makan buah yang separuh masak.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2842,Bab Haram Menjual Buah Kurma Basah Dengan Buah Kurma Kering Kecuali Dalam Araaya Iaitu Buah Kurma Yang Hampir Masak)

Hadis Aisyah r.a katanya: Ketika ayat terakhir dari surat Al-Baqarah tentang riba diturunkan, Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu mengharamkan perdagangan arak.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2958,Bab Pengharaman Menjual Arak)

Hadis Umar bin Al-Khattab r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perak ditukar dengan emas adalah riba kecuali diserahkan dan diterima pada waktu yang sama. Gandum ditukar dengan gandum adalah riba kecuali diserahkan dan diterima pada waktu tersebut. Kurma ditukar dengan kurma juga adalah riba kecuali diserahkan dan diterima pada waktu yang sama.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2968,Bab Penukaran Wang Dan Jual Beli Emas Dengan Perak Secara Tunai)

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a: Diriwayatkan daripada Abu Minhal katanya: Rakan kongsi aku pernah menjual perak dan pembayarannya ditangguhkan sehingga musim Haji. Dia datang kepadaku dan memberitahu perkara itu. Maka aku berkata: Itu suatu perkara yang tidak baik. Beliau menjawab: Tapi aku telah menjualnya di pasar dan tiada seorangpun yang menghalangku. Maka aku (Abu Minhal) pergi menemui Al-Bara' bin Azib dan bertanya masalah itu. Dia berkata: Nabi s.a.w datang ke Madinah dan kami kebiasaannya melakukan jual beli seperti itu, maka baginda bersabda: Apa sahaja yang terus diserahkan dan diterima, adalah tidak mengapa. Tetapi yang bertempoh adalah riba. Pergilah berjumpa Zaid bin Arqam, perniagaannya lebih maju daripada perniagaanku. Aku terus menemuinya dan menanyakan masalah itu. Beliau menjawab sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Bara'.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2975,Bab Larangan Menjual (Menukarkan) Perak Dengan Emas Secara Hutang Atau Tangguh)

Hadis Abu Said r.a katanya: Bilal pernah menghadap baginda dengan membawa kurma Barni. Rasulullah s.a.w bertanya: Dari manakah kurma ini? Bilal menjawab: Kurma milik aku yang kurang bermutu, maka aku menjualnya dua gantang dengan satu gantang (yang bermutu) untuk juadah Nabi s.a.w. Apabila mendengarnya, Rasulullah s.a.w bersabda: Ah, itu adalah riba. Jangan buat seperti itu. Jika kamu ingin membeli kurma yang baik, juallah kurmamu dan belilah kurma yang baik dengan hasil penjualanmu tadi.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2985,Bab Jual Beli Iaitu Tukar Makanan Adalah Harus Sekiranya Sama Banyak)

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Diriwayatkan daripada Abu Nadhrah r.a katanya: Aku pernah bertanya Ibnu Abbas tentang tukar menukar barang yang sejenis. Beliau bertanya semula: Adakah saling menerima? Aku menjawab: Ya! Maka beliau berkata: Itu tidak mengapa. Aku memberitahu Abu Said, kataku: Aku pernah bertanya kepada Ibnu Abbas tentang tukar menukar barang yang sejenis. Beliau bertanya semula: Apakah terus diserah terima? Aku menjawab: Ya! Beliau berkata: Kalau begitu, tidak mengapa. Abu Said berkata: Benarkah dia berkata begitu? Aku akan menulis surat kepadanya supaya dia tidak lagi memberi fatwa begitu kepada kamu. Demi Allah beberapa orang pemuda pernah menghadap Rasulullah s.a.w dengan membawa kurma tetapi baginda tidak mengenali kurma tersebut. Baginda bersabda: Kurma ini kelihatan bukan hasil dari tanah kita. Pemuda tadi berkata: Inilah yang berlaku pada kurma kita, hasilnya tidak begitu baik atau mungkin juga pemuda tersebut berkata: Pada tahun ini tamar kita tidak begitu baik. Oleh itu saya menukarnya dengan kurma ini secara melebihkannya sedikit. Baginda bersabda: Kamu telah melebihkannya, bererti kamu telah melakukan riba. Jangan sekali-kali kamu lakukan perkara sebegini. Apabila ada sesuatu yang meragukan tentang kurmamu maka juallah kurmamu itu kemudian belilah kurma yang kamu inginkan.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2988,Bab Jual Beli Iaitu Tukar Makanan Adalah Harus Sekiranya Sama Banyak)

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Dinar ditukar dengan dinar, dirham ditukar dengan dirham secara jumlah yang sama. Sesiapa yang berlebihan, maka itu adalah riba. Dikata kepada Abu Said Al-Khudriy: Sesungguhnya Ibnu Abbas tidak berpendapat sedemikian. Katanya: lagi: Aku pernah bertemu dengan Ibnu Abbas, lalu aku berkata: Adakah apa yang kamu katakan itu, kamu mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w atau kamu temuinya di dalam kitab Allah? Dia menjawab: Aku bukan mendengarnya dari Rasulullah s.a.w atau aku temui di dalam kitab Allah, tetapi Usamah bin Zaid yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: riba itu terdapat dalam penangguhan pembayarannya.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2990,Bab Jual Beli Iaitu Tukar Makanan Adalah Harus Sekiranya Sama Banyak)

Hadis Usamah bin Zaid r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya riba itu terdapat dalam penangguhan bayarannya.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2991,Bab Jual Beli Iaitu Tukar Makanan Adalah Harus Sekiranya Sama Banyak)

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Umar telah berkhutbah di atas mimbar Rasulullah s.a.w. Beliau mengucap syukur kepada Allah dan memuji-Nya, kemudian dia berkhutbah: Sesungguhnya arak telah diharamkan berikutan dengan turunnya ayat Al-Quran pada hari ia diturunkan. Arak yang diharamkan diperbuat dari lima perkara iaitu gandum, barli, tamar, zabib dan madu. Arak ialah benda yang boleh menyebabkan hilang akal iaitu mabuk dan tiga benda yang suka aku peringatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada kita tentang masalah warisan iaitu orang tua dan Al-Kalaalah iaitu orang yang mati tidak meninggalkan ayah dan ibu serta anak untuk menerima pusakanya dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan berlakunya riba.(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #5360,Bab Ayat Yang Diturunkan Tentang Pengharaman Arak)

Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.

Bersambung...

Thursday, May 27, 2010

Kerjaya Muslim

Alhamdulillah, Program Kerjaya Muslim telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai kebanyakan matlamatnya. Program ini sebenarnya bertujuan untuk mengulangkaji fungsi dan kewajiban kita sebagai seorang muslim. Kejayaan program ini sebenarnya merupakan titik tolak untuk kita menjadikannya sebagai acara tahunan di setiap daerah di Malaysia bagi mengukuhkan kedudukan kita di negara ini dari segi sosial dan ekonomi.

Antara lain, program ini menekankan perkara-perkara yang berkaitan muamalat dan ekonomi islam, kesihatan, fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat.

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Perkim Negeri Perak dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Perasmian program Kerjaya Muslim ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Dato' Sheikh Mohamad Nor Al-Hafiz.

Pelbagai dugaan dan rintangan telah saya tempoh untuk sampai ke tahap ini dan saya memanjatkan syukur ke hadrat Illahi yang telah memanjang usia saya, supaya saya boleh meneruskan rancangan ekonomi dan penyusunan semula masyarakat yang telah saya mulakan ketika usia saya mencecah 40 tahun.

Sebagai manusia, tidak lah sampai hati saya untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah cuba untuk menggagalkan rancangan saya ini. Kepada mereka yang telah menzalimi saya dan telah mengambil hak saya tanpa redha, maka hanya Allah sahaja lah yang menentukan balasannya. Kepada yang telah memberikan sokongan kepada saya tanpa berbelah bagi, saya berdoa, semoga Allah akan membalas budi baik mereka ini dengan kedudukan yang lebih baik di dunia dan di akhirat, dengan harapan mereka semua akan terus bersama saya untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agama Islam dan umatnya di kedudukan yang selayaknya. Amin.

Kerjaya Muslim yang sinonim dengan nama blog ini sebenarnya adalah harapan kepada semua pihak yang faham dan mereka yang sentiasa berdoa supaya nasib kita akan menjadi lebih baik tanpa ada lagi unsur-unsur penindasan, juga merupakan harapan baru bagi mereka yang telah terperangkap dengan cara hidup yang penuh dengan tipu muslihat, bebanan hutang dan sebagainya.

Blog ini sebenarnya membicarakan tentang ekonomi islam dan KO-KITA adalah sebagai wadah atau "vehicle" untuk kita mencapai penstrukturan semula ekonomi dan masyarakat yang semakin hari semakin terumbang-ambing. Penyatuan semula masyarakat ketika ini sangat perlu bagi membela golongan yang telah lama tertindas dan merupakan satu cara untuk kita mencapai keharmonian yang kekal dan abadi.

Matlamat utama KO-KITA adalah untuk mengumpulkan ahli seramai 10,000 orang bagi memulakan perniagaan Hyper-Market. Dengan adanya Hyper-Market ini, ahli-ahli akan mendapat kemudahan untuk membeli keperluan harian di tempat sendiri dan akhirnya akan memperoleh keuntungan pada setiap akhir tahun. Dengan anggaran setiap ahli berbelanja sebanyak RM 300.00 sebulan di Hyper-Market ini, jualan bulanan akan mencecah RM 3,000,000.00 dan menjadikan jumlah tahunan sebanyak RM 36,000,000.00 setahun. Sekiranya 2% diketepikan untuk bonus dan dividen tahunan kepada ahli, setiap ahli akan mendapat pulangan RM 72.00 bagi setiap RM 100.00 yang dilaburkan setahun.

Sekiranya rancangan Hyper-market KO-KITA ini berjaya, maka ahli-ahli dan bakal-bakal ahli tidak akan lagi teragak-agak untuk melabur dan jumlah pelaburan RM 10,000.00 setiap seorang tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik dan asing. Dengan pelaburan tersebut, koperasi bakal boleh membuka 5 lagi Hyper-market di daerah yang lain dan seterusnya kejayaan lima yang lain itu akan pasti mencetuskan pembukaan Hyper-market yang sama di setiap daerah di Malaysia yang berjumlah 134 daerah.

Dengan anggaran setiap daerah mempunyai ahli seramai 10,000 orang maka jumlah saham yang bakal terkumpul adalah RM 13,400,000,000.00. Inilah yang saya maksudkan sebagai "koperasi ini sebenarnya adalah segala-galanya untuk kita". Ini lah permulaan yang baru untuk kita dan segala-galanya akan bermula di sini. Bersambung...

Monday, May 17, 2010

Too Many Things Happened...

It has been two and a half month, too many things happened and I didn't have enough time to really sit down and write. To some, it was a nightmare, to me, it was a sweet dreams. To date we already have 387 members.

The number is still far from what I need and I always pray that we will get the number soon, and soon we will have all our dreams come true.

Too many reasons why the number didn't grow as plan. Not many really believe in this dreams, may be, some back stabing, misunderstanding ect. But the biggest challenge was, I have lost the one that i trusted the most! She went away leaving me with my dreams, reaching out for her own dreams. All these made a set back. It was sad though but i was never left alone! to be continue...

Saturday, March 6, 2010

Time Is Running Short…

To date, the number of Koperasi Kinta Utama Perak Berhad members is still below par, way below par to be exact. We need at least 6,000 members by end of May, so that we can start our own hypermarket. In other word, introducer fee of RM 25.00 for each new member recruited is not working. Though it is actually not bad, since a member who introduce a new member will be paid RM 25.00, so introduce 100 new members will actually earn the member RM 2,500.00. If religiously a member introduces 100 new members each month, then it will be a not bad monthly income for him. And if only 50 members doing this in this two month, we will actually get the 6,000 members by May!

Unfortunately, that is not what happens. RM 25.00 is actually nothing today. Some even finish it while breakfast!

If only we offer loan RM 10,000.00 to member who recruits new members, I think many will join! So now, we are offering the loan. RM 10,000.00 loans to members who recruit new members. To make it more interesting, this loan is actually has no interest, borrow RM 10,000.00, and pay back RM 10,000.00 in 40 month! That will make a RM 250.00 installment. Not so expensive I guess. And it is more Islamic! No more RIBA!

There is no trick here, just an Islamic way. As the member helps us to grow the koperasi in numbers, so we help the member financially with a loan at interest free. We need more to participate. We need each one of you actually! And this is not really a loan like any other loans; this is actually a fund to help the members. Please contact us for more information!