Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Monday, December 31, 2012

Another Year Pass By...

And I'm still working on something that I've started three years ago. Happy New Year & Selamat Tahun Baru 2013...!
 

Tuesday, November 20, 2012

Perancangan IKBS...

Program Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP
 
1. Harga setiap ekor Induk Kambing Baka Shami ini adalah RM 5,000.00;
 
2. Hak Penjagaan: Induk Kambing Baka Shami  ini adalah dibawah jagaan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK);
 
3. Upah penjagaan akan ditolak dari hasil jualan susu;
 
4. Purata anak setahun adalah 3 ekor. (min: 2 ekor, max: 5 ekor);
 
5. Harga borong untuk setiap ekor anak adalah RM 200.00;
 
6. Jumlah hasil jualan anak kambing Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM 600.00) setiap tahun;
 
7. Purata penghasilan susu setahun adalah 600 liter. (min: 300 liter, max: 840 liter)
 
8. Harga borong untuk setiap liter susu adalah RM 10.00
 
9. Jumlah bonus susu setahun adalah RM 3,000.00 (separuh dari RM 6,000.00) atau setelah ditolak kos penjagaan dan pengurusan;
 
10. Setiap Induk Kambing Baka Shami yang mati akan digantikan dengan seekor induk yang baru;
 
11. Selepas tempoh 2 tahun, Induk Kambing Baka Shami ini boleh dijual balik kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) pada harga Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja (RM 5,000.00) setiap ekor.
 
12. Ansuran Beli 2 Induk Kambing Baka Shami (RM 250.00 x 40 bulan) ditawarkan kepada penderma PAKKP yang menderma sekurang-kurangnya RM 1,000.00 untuk Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP.
 
13. Kebarangkalian anak menjadi jantan atau betina adalah 50:50. Dan kos untuk membuat Induk Kambing Baka Shami ini bunting ialah RM 600.00. (3 tiub sperma jantan yang setiap satunya RM 200.00).
 
14. Dari 3 anak yang diborong itu, satu akan dijadikan Induk dan minum susu induk kambing baka shami sehingga 2 liter sehari. Tempoh penyusuan yang baik adalah sehingga 6 bulan. Kos susu untuk menjadi induk adalah RM 10 x 2 liter x 30 hari x 6 bulan adalah RM 3,600.00.
 
15. Jumlah kos untuk menjadikan induk baru sebenarnya adalah sekurang-kurangnya, RM 600 (sperma) + RM 600 (kos borong anak kambing) + RM 3,600 (kos susu) dan jumlah kos untuk menjadikan seekor Induk Kambing Shami adalah RM 4,800.00 seekor! Belum dimasukkkan kos penjagaan!
 
16. Peluang 0.5 lagi anak betina itu akan dididik supaya menjadi induk juga bagi mengantikan induk yang telah tua, sakit atau mati... Maka, setiap satu hak milik akan setiasa ada seekor Induk Kambing Shami yang aktif dan produktif.
 
17. Induk yang tidak produktif akan dijual pada harga minima RM 250 seekor kepada tuan2 kambing, baik untuk korban, akikah atau daging. Ini akan membantu peserta untuk berjimat!
 
18. Hanya 5% anak jantan akan disimpan. Selebihnya akan dijual sebagai daging muda dan akan dijual sekitar RM 350 hingga RM 450 sahaja seekor. Juga, harga ini adalah untuk pemilik-pemilik Induk Kambing Baka Shami PAKKP sahaja.
 
19. Pemilikan tunai atau ansuran secara online  di sini sekarang...!
  
Jadual Pulangan dan Perkembangan

Kandungan Perjanjian Ansuran


Kandungan Perjanjian Hak Milik

Friday, October 19, 2012

Pencerahan Program IKBS PAKKP...

1. Beli kambing susu secara ansuran - Ansuran bulanan adalah RM 250 selama 40 bulan dan dapatkan 2 ekor Induk Kambing Baka Shami bernilai RM 10,000.00
 
2. Bonus tahunan - Tahun pertama:Bonus anak RM 1,200; Mulai Tahun kedua: Bonus anak dan susu, RM 1200 dan RM 6000 masing-masing yang berjumlah RM 7,200 setiap tahun; Bonus akan dibayar pada Januari setiap tahun.
 
3. Contoh - Jika mula sekarang, bulan Januari 2013 akan dapat bonus anak sebanyak RM 200. Januari 2014 akan dapat bonus anak RM 1200 dan bonus susu RM 1000. Dan mulai Januari 2015 akan dapat bonus anak dan susu penuh - RM 1200 dan RM 6000.
 
4. Apabila sudah habis bayaran ansuran, kalau tak puas hati dengan pembahagian keuntungan, bolehlah ambil kambing bawa balik dan bela sendiri.

5. Intipati perjanjian ansuran dan perjanjian hak milik IKBS


 






6. Jadual pulangan tahunan. Bacaan lanjut...




Sunday, October 7, 2012

Ansuran Sumbangan... IKBS

Ansuran Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP untuk tujuan membeli  2 ekor Induk Kambing Shami secara ansuran.

Boleh mula buat ansuran sumbangan (online) di sini;

1. RM 25.00
2. RM 250.00

Bacaan lanjut...


Sunday, September 2, 2012

Rumah Perlindungan PAKKP

Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

DERMA PEMBINAAN RUMAH PERLINDUGAN PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK (PAKKP) DAN PERKIM CAWANGAN BATU GAJAH

Salam sejahtera dan salam hormat. Perkara di atas dirujuk.
 
2. Untuk makluman Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan, Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak dan Perkim Cawangan Batu Gajah bekerjasama mengadakan RUMAH PERLINDUNGAN SEMENTARA bagi membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal atau berlindung, sementara mendapat tempat tinggal yang tetap.
 
3. Rumah Perlindungan ini mengandungi 4 buah bilik yang boleh memuatkan 4 keluarga kecil, Dua bilik air dan tandas, dapur, ruang tamu dan beberapa kemudahan asas tempat tinggal sementara lain yang sesuai. Dan rumah perlindungan ini sedang dibangunkan ditempat kami di alamat No. 11 LorongDewangsa 2, 31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
 
4. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon derma atau sumbangan dari pihak Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk bersama-sama kami menjayakan Pembinaan RUMAH PERLINDUNGAN SEMENTARA tersebut.
 
5. Bersama-sama ini disertakan Borang Sumbangan dan capaian seperti dalam Lampiran di bawah untuk rujukan dan tindakan Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Kerjasama dan sokongan serta keperihatinan juga sumbangan dari pihak Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan amat diperlukan dan sangat kami dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERAMAL ADALAH AMALAN MULIA SESAMA INSAN”
 
Yang benar,


Yang DiPertua,
Pertubuhan Amal Kita, Kinta, Perak.
(Mohammad Riza Ahmad Hambadley)

Lampiran/Appendix

Semoga Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan bermurah hati untuk menderma dan Allah jugalah yang akan membalas budi baik Y.Bhg. Tun/ Toh Puan/ Tan Sri/ Puan Sri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan... Insya-Allah.

Derma Untuk Pembinaan Rumah Perlindungan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) dan PERKIM Cawangan Batu Gajah (Online):

1. RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) atau ,
2. RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) atau,
3. RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) atau,
4. RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) atau,
5. RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) atau,
6. RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja).
 


Thursday, August 30, 2012

Sumbangan/Sedekah...

Sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia tahun 2012 ini.
 
1. Derma RM 50.00 dan dapatkan Tabung Charity Lunch... Klik Di Sini.
 
 
2. Derma RM 100.00 atau RM 1,000 dan dapatkan Pinjaman Tanpa Faedah... Klik Di Sini.
 
3. Derma RM 1,000 dan dapatkan Induk Kambing Shami... Klik Di Sini.


 


Tuesday, August 14, 2012

Interest Free Loan... (Donate)

Donate, Invite Others to Donate and Qualify for Interest Free Loan/
Derma, Ajak Orang Lain Menderma Juga dan Dapatkan Pinjaman Tanpa Faedah.

Donate/Derma RM 100 here for/untuk Loan/Pinjaman RM 1,000 or,

Donate/Derma RM 1,000 here for/untuk Loan/Pinjaman RM 10,000

T&C Applies (Pra-Syarat)
Basic Concept (Konsep Asas)
More Readings (Bacaan Tambahan)
How to Donate Online (Cara-cara menderma Online)


Monday, August 6, 2012

Interest Free Loan... (Refresh)

Bukan mesti cari 4 orang, 16 orang atau 21 orang untuk melayakkan kita mendapat Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah PAKKP. Bukan mesti bila tidak boleh bayar baru pinjam lagi. Bukan mesti hendak pinjam baru derma. Semua itu adalah konsep yang salah.
   
Konsep asas dalam program Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah PAKKP ini ialah Derma, Ajak Orang Lain Menderma Juga dan bila cukup syarat, bolehlah meminjam separuh dari jumlah Derma yang dibantu kutip. Jika tidak menderma dan tidak bantu mengutip derma, tidaklah layak untuk dibantu juga. Satu Terma Dan Syarat yang cukup mudah tetapi dibuat susah oleh ramai.
   
Program ini masih berjalan dan akan terus berjalan bagi membantu ramai orang yang ingin dibantu. Sayugia diingatkan, INGIN sahaja tanpa USAHA adalah angan-angan. INGIN dan USAHA akan menjadi cita-cita.
   
Sayugia diingatkan juga, sekiranya tidak boleh bayar, janganlah LARI, PINJAMLAH LAGI. Tempoh bayaran balik dipanjangkan dan jumlah ansuran bulanan masih tetap sama.
   
Program ini dibuat untuk bantu-membantu, bukan untuk kepentingan beberapa individu. Masya-Allah...
   
  

Sunday, August 5, 2012

Miliki Induk Kambing Shami...

1. Disebut dalam hadis-hadis Rasulullah SAW.  
  
i) Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala (pemilik, pengembala) kambing”. (Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`).
  
ii) Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.
  
2. Penyertaan secara Ansuran Tanpa Faedah.
   

 

 
3. Pulangan Tahunan sehingga 72%.
  

4. Syarat pemilikan dan Jualan balik yang mudah.
  

5. Boleh disertai oleh semua golongan masyarakat dari seluruh dunia dengan pembelian secara online.
  
i) Pemilikan Tunai - Klik Di Sini
  
ii) Pemilikan Secara Ansuran - Klik Di Sini
 

Friday, July 27, 2012

Hari Ke Lapan...

Puasa hari ke 8...
 
7 hari yang lepas, marah ku masih belum dapat ku bendung...
 
Semalam marah ku berada di puncak...
 
Insya-Allah, hari ini aku tidak marah lagi...

Aku pasrah, aku bukanlah superhero yang boleh menyelamatkan dunia. Aku cuma manusia yang punya banyak kelemahan dan kehendak...
 
Maka aku buat lah yang termampu oleh ku. Jadi, kalau ada yang kurang...
 
Aku minta maaf kerana aku pun manusia juga sama seperti kamu...
 
"Ya Allah, aku mohon pada Mu supaya tetapkan lah hati dan pendirian ku untuk terus redha dalam mencari redha Mu. Izinkan lah aku supaya terus mengucapkan salam dan memberikan makan... Sesungguhnya Engkau lah pemberi rezeki dan ketenangan." Amin ya Rabbal'alamin...
 

Saturday, July 21, 2012

Charity Lunch Ramadhan...

Zailan Aziz: Assalam.. utk bulan ramadhan ni, apa status "Charity Lunch"? Ditukar kpd "Buka Puasa Charity" ke?
  
Saya: ...
  
Program "Charity Lunch" akan diteruskan sepanjang Ramadhan dengan nama yang sama, cuma pengedarannya adalah untuk berbuka puasa selapas jam 5.30 pm... Boleh menderma di tempat yang sama... Dan kita masih guna poster yang sama juga... Will update the photos from time to time... TQ for your support, Allah jugalah yang akan membalas budi baik kalian... Insya-Allah. Boleh donate di link yang sama. http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2011/10/charity-lunch-kembali.html
  
Zailan Aziz: "btw, bagaimana dgn respon org ramai terhadap charity lunch ni? sold out ke? kalau responnya bagus, akan dikembangkan ke luar dari bt gajah? spt ke lembah klang dan bandar2 besar yg lain?"
  
Saya: ...
  
1. Mmg pada asalnya program ini di mulakan di Foyer Menara PERKIM di Kuala Lumpur pada bulan March 2011, dan saya kira, ketika itu, lebih ramai orang yang kita boleh bantu jika kita mulakan di sana...
  
2. Saya telah mendapatkan kelulusan dari pihak bangunan dan bandaraya ketika itu...
  
3. Dan saya telah mengeluarkan modal sendiri untuk memulakan program itu disana...
  
4. Pada hari pertama pun kita sudah mengedarkan lebih 50 pack...
  
5. Malangnya ada sedikit kurang faham dikalangan pihak pengurusan dan PERKIM Kebangsaan tidak meluluskan budget untuk meneruskan program itu di sana... Kerana itu saya bawa program itu ke Masjid Muhibuddin di Ipoh... Tempat saya sendiri, jadi lebih mudah utk saya buat pemantauan...
  
6. Ramai menjangkakan program ini merugikan kerana tiada keuntungan dan akan berhenti bila saya penat... Hu hu hu.
  
7. Maklumlah, kos penyediaan adalah sekurang2nya RM 3.80 dan dijual pada harga RM 2.50. Dimana untungnya kata mereka... :(
  
8. Alhamdulillah... Hari ini, Program ini sudah menjangkau usia setahun. Kalau kanak2, sudah pandai berjalan atau sekurang2nya berjalan jatuh... dan terus berjalan...
  
9. Pihak PERKIM Kebangsaan sudah mula bertanya, bila nak mula di Kuala Lumpur... Saya kata, tunggu lepas raya puasa lah... :)
  
10. Sebelum ini, ada juga orang yang bertanya... Kalau tak ada orang menderma, macam mana...?
  
11. Saya kata... saya derma lah sendiri... :) dan sebenarnya itulah yang berlaku.
  
12. Saya berharap... sempena Bulan Ramadhan ini akan ramai lah yang mula menderma dan akan terus istiqomah bersedekah sepajang tahun lalu kita boleh kembangkan program ini keseluruh negara terutamanya di bandar2 besar... Insya-Allah.
 
Derma online untuk "Charity Lunch" di sini...
 

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi...

16. Setelah mempunyai disiplin yang baik, bermula seawal subuh, maka umat islam ini akan menjadi insan yang rajin dan istiqomah. Dua faktor yang menentukan kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Setelah berjaya, maka perlulah ada latihan untuk menahan diri, dan itulah puasa di bulan ramadhan dan menjadi rukun yang ketiga. Biasanya, dalam latihan ini ramai yang gagal seawal subuh dengan gagal untuk solat subuh kerana tidur selepas sahur. Kegagalan ini berterusan dengan sikap pemarah dlm keadaan lapar. Banyak lagi kegagalan yang bakal ditempoh dlm ujian ini selain mengambil keputusan untuk tidur seharian kerana berpuasa. ketika membeli juadah untuk berbuka juga merupakan waktu getir. Oleh kerana sudah menahan lapar seharian, maka pasar ramadhan menjadi medan untuk membalas dendam dengan membeli segala macam makanan yang akhir masuk kedalam peti sejuk kalau tidak ke tong sampah. Puasa ini sepatutnya mengajar kita untuk bersederhana, menahan diri dan mengambil yang perlu sahaja. Juga latihan untuk bangun malam dan bermunajat. Ambillah kesempatan ini apabila ramadhan datang. Bulan ini, kita penuhi dgn latihan untuk menghadapi ramadhan itu dengan membanyakkan puasa dan bagun malam. Insya-Allah... Read More



Sunday, July 15, 2012

Apa Yang Saya Pohonkan...

1. Saya memohon supaya orang ramai menderma dan membantu untuk menjayakan "Charity Lunch" supaya ramai orang akan dapat berjimat untuk makan tengahari pada setiap hari bekerja. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100.00 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan ini pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Mark the number "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.

2. Saya memohon supaya orang ramai menderma dan mengajak orang lain menderma juga supaya ramai orang dapat meminjam tanpa faedah melalui program "Bantuan Pinjaman Kewangan tanpa faedah PAKKP" dan pada masa yang sama dapat membantu pesakit buah pinggang mendapat rawatan hemodialisis percuma. Dengan adanya pusat hemodialisis itu, dapat juga kita sediakan klinik percuma untuk orang ramai.

3. Saya memohon supaya orang ramai membeli dan mengajak orang lain membeli "Induk Kambing Baka Shami" supaya ada orang lain yang boleh tolong bela kambing tersebut dan tuan punya mendapat keuntungan dari bonus anak dan susu setiiap tahun. Selain dapat bekalan susu kambing yang segar dan murah, orang ramai akan juga dapat daging kambing atau sumber protein yang murah serta boleh berjimat dalam perbelanjaan harian. Atau boleh juga dagingnya digunakan dalam program "Charity Lunch".

4. Saya memohon supaya orang ramai membeli dan mengajak orang lain membeli benih "Ayam Kampung" supaya ada orang lain yang boleh tolong bela ayam tersebut dan tuan punya mendapat keuntungan dan ayam kampung itu boleh digunakan dalam program "Charity Lunch".

5. Saya memohon supaya orang ramai menyertai semua program ini supaya kita boleh kumpulkan nama untuk memohon dan membina Hyper-Market kita sendiri dan dapat mengadakan pelbagai kemudahan lain yang terbit darinya untuk keperluan ramai orang.

6. Masya-Allah, saya memohon ini semua untuk orang ramai dan saya sangat pasti tidak akan dapat melakukan semua ini sendirian...!

"Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan semua program ini. Amin!"
See More...
 

Tuesday, July 3, 2012

Sembang2 BPKTF PAKKP...

"A'uzu billahi minashaitanir rajim"; “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (QS. Al-Baqarah:279)

"Ringkasan Program Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak PAKKP"

1. Seperti yang selalu saya kata kan, dalam "PROGRAM BANTUAN PINJAMAN KEWANGAN TANPA FAEDAH", kita cuma nak menolong dan memberi pilihan kepada orang ramai. Jika perlu, ambil lah, jika tak perlu ceritalah pada orang lain supaya mereka juga ada pilihan disamping menambah kefahaman kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita sudah membuat satu kebajikan, memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pinjaman tanpa faedah.

2. Dalam program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP ini, kita cuma bermula dengan menderma RM 100. Tidak seperti berniaga, kita sepatutnya tidak berharap kepada keuntungan dan kita tidak juga menjual. Kemudian kita ajak orang lain menderma juga, dan tidak kiralah berapa pun mereka hendak derma, tetapi kalau hendak meminjam juga seperti kita, kenalah mereka menderma sekurang-kurangnya RM 100 juga.

3. Apabila cukup derma dari orang-orang yang kita ajak menderma tadi dan terkumpul sekurang-kurangnya RM 2,000, maka layak lah kita meminjam RM 1,000. Dan derma yang dibuat itu sebenarnya untuk tabung bantuan hemodialisis.

4. Jika kita memerlukan RM 10,000, maka kita pun derma lah semula RM 1,000 yang kita pinjam tadi, dan ajak lah kawan-kawan yang sudah dapat pinjaman RM 1,000 itu untuk menderma RM 1,000 juga jika memerlukan pinjaman RM 10,000. (Seperti dalam para 3.), apabila cukup derma dari orang-orang yang kita ajak menderma dan terkumpul sekurang-kurangnya RM 20,000, maka layak lah kita meminjam RM 10,000.

5. Apabila lulus pinjaman RM 10,000 itu, pinjaman RM 1,000 yang pertama (seperti dalam para 3.) tadi perlu lah dilunaskan dahulu kerana tidak boleh ada dua jumlah pinjaman berbeza (RM 1,000 dan RM 10,000) dalam satu-satu masa. Jika RM 1,000, semua pinjaman pun mestilah RM 1,000, begitu juga dengan pinjaman RM 10,000, semua pinjaman pun mestilah RM 10,000. Maka pinjaman bersih ketika itu ialah RM 9,000.

6. Daripada jumlah RM 9,000 itu, simpan lah RM 1,000. Guna lah RM 8,000 itu untuk tujuan apa pun. Kalau berniaga, beniaga lah. Kalau untuk membayar hutang atau pinjaman di tempat lain, bayar lah.

7. Jika memerlukan pinjaman RM 10,000 lagi, ambil lah RM 1,000 yang disimpan tadi, dermakan lah semula dan ajak lah kawan-kawan yang telah meminjam RM 10,000 itu untuk meminjam RM 10,000 lagi. Apabila cukup syarat, boleh lah kita meminjam RM 10,000 yang kedua atau seterusnya.

8. Pada kali ini, sekiranya ada tunggakan bayaran bulanan misalnya satu bulan (RM 250), maka pinjaman kedua atau seterusnya itu akan di tolak ansuran bulanan yang tertunggak (RM 250) tersebut dan jumlah bersih yang dibawa pulang ialah RM 9,750. Dan tempoh bayaran balik akan dilanjutkan dari 40 bulan kepada 80 bulan (atau dalam gandaan 40). Simpan lah RM 1,000 dan gunakan lah RM
8,750 itu untuk tujuan apa pun. Begitulah seterusnya, sehinggalah kita tidak lagi memerlukan pinjaman.

9. Hanya ada dua keadaan apabila kita tidak lagi memerlukan pinjaman, iaitu apa kita sudah menjadi sanggat kaya atau kita sudah tidak berupaya (termasuklah mati).

10. Jika sudah sangat kaya, bayarlah semua pinjaman. Jika sudah tidak berupaya (termasuklah mati) maka pinjaman itu pun dihalalkan. Dalam hal tidak berupaya ini, perlulah diingat, sepanjang hayatnya dia telah membantu PAKKP mendapatkan derma, maka sangat wajarlah PAKKP menghalalkan pinjaman mereka supaya tidak menjadi beban kepada pewaris.

11. Saya kira rancangan ini sangat baik. Soalannya, kenapa tidak ramai yang membantu untuk menjayakannya...? Masya-Allah. Bacaan lanjut...

Thursday, June 21, 2012

...PAKKP


17. Perancangan, usaha, harapan dan Doa bukanlah penentu kejayaan. Selagi belum sampai masanya untuk berlaku, ia tidak akan berlaku. Buah, kalau belum mahu masak, ia tidak akan masak. Kalau sudah mahu masak, ia juga tidak akan tunggu sesiapa. Jika tiada yang jumpa, ia akan menjadi benih lalu tumbuh menjadi pokok lalu berbuah lagi.

18. Perkara yang baik dan diluar dari kebiasaan memanglah sukar. Untuk berubah, manusia perlu mengubah banyak pekara terutamanya cara berfikir. Dalam banyak hal, manusia menjangkakan diri masing-masing itu pandai dan hebat sedangkan akan sentiasa ada yang lebih hebat dalam apa juga perkaranya.

19. Koperasi Kita juga tidak terkecuali dari semua itu. Ada yang tidak faham dan menuduh insentif cari ahli itu dibayar menggunakan wang saham tanpa merujuk undang-undang kecil koperasi kita itu sendiiri. Sehinggakan pihak berwajib sendiri menuduh yang sama tanpa usul periksa. Dan semuanya semakin kusut bila ramai menjadi tamak serta mengikut hasutan syaitan.

20. Akhirnya saya meninggalkan koperasi itu yang kalau saya mahu, saya boleh buat sepuluh yang serupa tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain. Saya sudah menjangkakan musibah yang akan berlaku lalu saya telah bersedia dengan menubuhkan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) pada awal tahun 2010.

21. Saya menumpukan perhatian kepada PAKKP. Bila pertubuhan, tidak ada keuntungan, jadi tidak ada yang berebut-rebut. Dan kerana itu saya meneruskan semua program melalui PAKKP ini. Bermula semula dan masa berlalu, PAKKP bergerak perlahan tetapi maju.

22. Masih dengan matlamat membebaskan masyarakat dari belenggu kapitalis tanpa sebarang penumpuan. Topik yang terlalu besar hingga sukar untuk ditelan oleh ramai orang. Cerita tentang makan tengahari RM 2.50 hinggalah berbulan madu di bulan. Ceritanya terlalu panjang dan mengambil masa untuk saya menyusun semula program mengikut kesesuaian masa.

23. Bermula dengan program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP yang penuh kontroversi, PAKKP meneruskan usaha untuk membantu masyarakat keluar dari sistem yang kapitalis yang semakin tenat. Program pinjaman ini berasaskan derma dan mengajak orang lain menderma juga dan apabila cukup syarat, boleh lah mendapat pinjaman separuh dari jumlah derma yang dikutip. Bersambung...

Friday, June 15, 2012

Ansuran Beli Induk Kambing Shami

Nama Program:
Ansuran Beli 2 ekor Induk Kambing Baka Shami PAKKP
 
Jumlah Kemudahan:
RM 10,000.00, Tanpa Faedah!
 
Tempoh Bayaran Balik:
40 Bulan; RM 250.00 sebulan.
 
Terma & Syarat:
 
1. Berumur 18 tahun ke atas, dan
 
2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP: RM 1,000 untuk menyertai Program ansuran beli  2 ekor Induk Kambing Baka Shami.
 
Bentuk Sumbangan:
 
1. Tunai
 
2. Cek, Bankers Cheque, Bank Draft, Money Order, Wang Pos atau lain-lain bentuk bayaran atas nama "PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK", atau
 
 
Kelulusan:
 
7 hari dari tarikh Terma & Syarat dipenuhi dan diterima di pejabat PAKKP.

Download Form Here (Muat Turun Borang Di Sini)
 
 

Thursday, June 14, 2012

Mulanya dulu...

1. Mulanya dulu, saya buat koperasi (Koperasi Kita). Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan benar, Ko-KITA itu sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!
 
2. Setiap ahli yang memperkenalkan ahli baru akan mendapat insentif sebanyak RM 25.00. Ahli yang baru tadi, bila dia memperkenalkan ahli baru juga akan mendapat RM 25 dan ahli yang mula-mula tadi akan mendapat RM 10.00 sebagai insentif. Bila ahli baru yang kedua tadi memperkenalkan ahli baru, dia akan mendapat insentif RM 25.00, ahli yang memperkenalkannya tadi mendapat RM 10.00 dan ahli yang mula-mula tadi akan mendapat RM 10.00 juga.
  
"Rancangan Insetif untuk mengglakkan ahli -ahli menambah ahli untuk mencapai jumlah sekurang-kurangnya 10,000 orang untuk membina Hyper-Market sendiri"


3. Dengan pelan ini, diharapkan supaya ahli-ahli bersemangat berkempen untuk menambah ahli sambil menambah pendapatan mereka. Kepada ahli-ahli yang rajin, jika mereka menambah hanya 100 ahli baru sahaja setiap bulan, mereka sudah punya pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500.00.
  
4. Bayaran insentif itu sebenarnya diambil dari fi masuk, dan jumlah yang digunakan hanyalah RM 45.00 (RM 25 + RM 10 + RM 10), tidak sampai separuh dari jumlah penuh fi masuk. Jika setiap ahli hanya memperkenalkan 4 orang ahli baru sahaja, maka setiap ahli itu sebenarnya akan mendapat insentif berjumlah RM 900.00 (RM 25 x 4, RM 10 x 16, RM 10 x 64). Di sini, ahli telah pun mendapat keuntungan sebelum pun koperasi memulakan apa-apa perniagaan.
 
5. Jika secara mingguan, setiap ahli baru mendapatkan 4 ahli baru yang lain maka dalam masa 12 minggu atau 3 bulan, jumlah ahli akan mencecah 5,592,405 orang. Jumlah fi masuk dan saham permulaan yang bakal dikumpul adalah RM 1,118,481,000.00. Dari jumlah ini, RM 251,658,225.00 digunakan untuk membayar insentif cari ahli, maka koperasi masih punya dana sebanyak RM 866,822,775.00.
 
6. Dengan dana sebanyak itu, kita boleh membina 43 buah hyper-market serentak, atau semua program yang dirancang untuk koperasi akan bermula dan berjalan dengan baik!
 
7. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang akan diusahakan oleh koperasi kita ini (Ko-KITA) iaitu;
  • Hyper-market
  • Pembinaan Bangunan dan Rumah
  • Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
  • Penjualan Kenderaan
  • Tempat Pelaburan
8. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.
  
9. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.
 
10. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00
 
11. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!
 
12. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.
 
13. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.
 
14. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”
 
15. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.
 
16. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kita ini. Amin!"
  

Sunday, June 10, 2012

Siapakah si fasik?

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)

‎1. Firaun - takabbur dan zalim: (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka. (Az-Zukhruf 43:54)
 
‎2. Kaum nabi Luth yang derhaka: Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka. (Al-Anbiyaa' 21:74)
 
‎3. Kaum Nabi Nuh yang derhaka: Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka. (Adz-Dzaariyaat 51:46)
 
‎4. Orang yang ingkar akan perintah Allah adalah orang fasik: Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah 2:99)
 
‎5. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. (At-Taubah 9:67)
 
Ancaman Allah terhadap orang yang fasik - (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. (Al-Munaafiquun 63:6)
 
Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik. (At-Taubah 9:96)
 
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik. (Al-An'aam 6:49)

Saturday, June 9, 2012

Tuesday, June 5, 2012

9 Phases of Life...


Each phase (The 7 Years Theory) has it significant...
 
1. Freedom for the luxury of building muscles and brain;
 
2. Discipline the organs and thinking developed;
 
3. Practice the training;
 
4. Flying free, building life, find mates and start own family;
 
5. Helping phase 1;
 
6. Helping phase 2;
 
7. Building together with phase 3;
 
8. Retirement and transformations or passing the baton;
 
9. Resting... Or rest in peace...

Friday, June 1, 2012

8 Bulan Charity Lunch...

Charity Lunch sudah manjangkau usia 8 bulan. Purata 50 Pax sehari, 5 hari seminggu. Bermakna sehingga hari ini sudah lebih 8,000 pax Charity Lunch sudah diagihkan. Sekiranya setiap pax telah menjimatkan RM 2.50 maka sehingga hari ini PAKKP dan PERKIM Cawangan Batu Gajah sudah membantu orang ramai untuk berjimat sekurang-kurangnya RM 20,000.
  
Saya kira, dengan bantuan lebih ramai orang dan program ini dapat dikembangkan keseluruh negara, kita boleh membantu menjimatkan berjuta-juta ringgit lagi... Masya-Allah
  
 



Tuesday, May 29, 2012

Menulis Esei

Pertandingan Menulis Esei bertajuk “Program Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah PAKKP”, sekurang-kurangnya 1,000 patah perkataan. Hantarkan penyertaan ke:

"Pertandingan Menulis Esei"
Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK),
No. 11A Lorong Dewangsa 2,
31000 Batu Gajah, Perak.

Sebelum 15 Julai, 2012. Hadiah Pertama: RM 250.00. Hadiah Kedua: RM 150.00. Hadiah Ketiga: RM 100.00 dan 10 Hadiah Sagu Hati.
 

Monday, May 21, 2012

Datang bergolek…

1. “Tidak ada Jalan pintas”. Sudah lebih dua tahun saya berusaha dan berbicara tentang penstrukturan semula ekonomi. Beberapa konsep saya perkenalkan termasuklah “Charity Lunch”, Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah dan Program memiliki Induk Kambing Baka Shami yang memberi pulangan tahunan sehingga 60% setahun, walaupun dengan kemudahan penyertaan secara di talian (online), namun dari segi penerimaannya masih tidak sempurna. Mungkin juga penyampaiannya tidak sempurna tetapi saya lebih suka membuat kesimpulan bahawa memang sukar untuk mengajar itik berenang!
 
2. Jangkanya semua pun sudah pandai dan berkedudukan lalu menjadi sangat sukar untuk menerima sesuatu kerana pandai juga dan perlu beri pendapat juga supaya pandai itu terserlah. Walau baik mana pun cadangan, tanpa sokongan dan penerimaan yang baik dari semua pihak, cadangan akan terus tinggal cadangan tanpa pelaksanaan yang berkesan.
 
3. Saya kira, pahala bersedekah dan memberi makan, dosa riba dan sunnah rasul berniaga serta membela kambing tidak terkesan di hati para pembaca menjadi sebab tiada sambutan kepada semua program yang dicadang dan usahakan. Mungkin juga masanya belum sampai untuk masyarakat menerima kerana belum sampai tahap kronik atas setiap perkara yang disebut dan dibincangkan di sini.
 
4. Dan Allah telah sebut dalam al-Quran, "Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah." [Al-A'raaf , 30]
 
5. Dalam ayat yang lain, “Bertanyalah (wahai Muhammad): Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?” [Yunus , 35].
 
6. Dalam hal “Charity Lunch”, saya kira hadis-hadis berikut tidak lah begitu bermakna kepada ramai… i) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As’ RA bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, (amalan) Islam manakah yang terbaik? Jawab Rasulullah s.a.w,“Kamu memberi makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tak kenal”; ii) Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda “Sembahlah Allah yang Maha Pemurah, berilah makan, dan sebarkanlah salam. Nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”
 
7. Begitu juga dalam hal Pinjaman Tanpa Faedah, dan saya kira dosa riba dapat dicuci hanya dengan asalan tiada pilihan atau dengan perkara fardhu seperti solat, puasa dan haji atau mungkin juga dengan hanya umrah yang berkali-kali… “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul- Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” [Al-Baqarah: 279]
 
8. Dan hadis mengenai kambing ini juga mungkin tidak begitu penting “i) Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala (pemilik, pengembala) kambing”. (Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`). ii) Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.
 
9. Saya kira semuanya pun tak penting...!