Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Tuesday, August 31, 2010

Mengisi Kemerdekaan...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53...!

Sebagai manusia yang bekerja, umur 53 tahun sebenarnya sudah menghampiri umur persaraan. Sebagai sebuah Negara, masih banyak lagi yang kita perlu capai untuk mengisi kemerdekaan ini.

Untuk mencapai kemerdekaan merupakan satu perkara. Mengisi kemerdekaan merupakan satu perkara yang lain. Dan mempertahankan kemerdekaan pula merupakan objektif utama yang perlu ada dalam setiap jiwa yang merdeka.

Alhamdulillah, sudah 53 tahun kita merdeka. Dalam mengisi kemerdekaan, pemimpin datang dan pemimpin pergi. Walaupun sudah banyak kejayaan yang dicapai namun masih banyak yang perlu diisi supaya kemerdekaan ini menjadi lebih bermakna. Niat dan usaha setiap rakyat Malaysia untuk terus memajukan negara dan masyarakat perlu terus hidup demi mempertahankan kemerdekaan ini.

Orang yang merdeka perlu boleh meneruskan kehidupan ini dengan sendiri. Begitu juga dengan negara yang merdeka, perlu boleh maju dengan sendiri. Berdiri sendiri dan terus maju untuk mencapai kegemilangan bangsa dan negara.

Matlamat untuk mengadakan hypermarket sendiri bukanlah angan-angan atau sekadar mimpi indah yang akan hilang bila terjaga dari tidur. Kita tidak sepatutnya tidur lagi. Kita perlu mengatur langkah supaya ekonomi negara ini boleh ditentukan oleh kita sendiri. Hypermarket sendiri hanyalah merupakan titik permulaan dan merupakan perjalanan yang masih jauh untuk kita tempuh.

Untuk menjayakan hypermarket ini, koperasi memerlukan sekurang-kurangnya 10,000 ahli. Saya sekali lagi menyeru supaya kita beramai-ramai menjadi ahli Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini supaya cita-cita murni dan harapan kita semua akan tercapai. Kita perlu bekerjasama sekarang, bukan esok, bukan lusa...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment