Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Friday, November 18, 2011

Jika Seseorang Berhutang...

1. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang alasan atau rancangan yang kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad s.a.w sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang.

2. Maksud Hadis Rasulullah SAW: Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?; Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari".

3. Apa pun isunya, pemberi pinjam juga perlu mempunyai rancangan yang bagus ketika meluluskan pinjaman supaya mengelakkan hutang yang tidak berbayar lalu menjadi beban kepada sesiapa pun.

4. Terutama dalam zaman yang penuh fitnah ini, perlulah ada satu jemaah yang berusaha untuk membawa manusia keluar dari beban hutang dan riba (interest). Kalau pun ianya lambat untuk difahami, namun usaha perlu diteruskan walaupun tidak mendapat sokong banyak.

5. Alhamdulillah, program Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP berjalan dengan lancar dan perlu dikembangkan lagi supaya lebih ramai orang dapat dibantu.

6. Dalam program ini perkataan "Bantuan" diletak di hadapan dan "pinjaman" dibelakang. Dengan kata lain, bantu dulu, dan ajak orang lain membantu juga, baru pinjam seperti yang dijelaskan dalam syarat-syarat pinjaman.

7. Apakah kita semua sudah tidak pandai membaca yang tersurat dan tersirat, atau sememangnya kita tidak pernah pandai betul kerana sepanjang zaman persekolahan kita sibuk meniru dan menipu untuk lulus periksa dan bukan sebenarnya mencari ilmu...?

8. Dalam program ini, bakal peminjam perlu memenuhi beberapa perkara sebelum ditawarkan pinjaman iaitu;

a) Berumur 18 tahun ke atas: Bermaksud "Bukan di bawah umur".

b) Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan: Bermaksud "menyumbang atau menderma sebanyak atau sekurang-kurangnya 10% dari jumlah yang hendak dipinjam, serta"

c) Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP atau Membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 20,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000: Bermaksud "Mendapatkan sumbangan atau derma untuk PAKKP sebanyak atau sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari jumlah yang hendak dipinjam".

9. Perkara derma dalam program ini ialah untuk membantu pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis percuma. Mereka yang membantu PAKKP mendapatkan derma tersebut, bila cukup syarat akan ditawarkankan pinjaman tanpa faedah sebagai balasan kerja baik mereka dan bantuan pinjaman ini adalah dalam jumlah RM 1,000.00 atau RM 10,000 sahaja.

10. Sekiranya peminjam ingin mendapatkan bantuan pinjaman lagi, maka mereka bolehlah membantu PAKKP mendapatkan sumbangan lagi dan bila cukup syarat, boleh ditawarkan pinjaman lagi. Walau bagaimana pun, sekiranya ada bayaran ansuran yang tertunggak, maka pinjaman yang kemudian akan ditolak dahulu jumlah ansuran yang tertunggak.

11. Sebagai contoh, peminjam RM 1,000.00 yang punya tunggakan ansuran 4 bulan, apabila lulus pinjaman RM 1,000.00 yang kedua, jumlah bersih pinjaman yang di perolehi adalah RM 900.00 sahaja kerana RM 100 telah digunakan untuk membayar 4 tunggakan ansuran tersebut.

12. Dan Oleh kerana pinjaman ini adalah pinjaman yang kedua, maka jumlah pinjaman sebenarnya adalah RM 2,000.00 dengan tidak menambah jumlah ansuran bulanan sebaliknya menjadikan tempoh bayaran balik lebih panjang iaitu 80 bulan (40 bulan x 2). Dengan cara ini, dapatlah kita membantu peminjam mengekalkan jumlah ansuran dan tidak membebankan mereka.

13. Bagi pihak Pertubuhan pula, bayaran balik selama 80 bulan itu sebenarnya akan memastikan kedudukan kewangan yang lancar bagi 80 bulan yang akan datang bagi membantu pesakit buah pinggang untuk mendapat rawatan hemodialisis. Untuk makluman, rawatan hemodialisis adalah satu rawatan yang berpanjangan dan mengikut jadual mingguan sebanyak 3 kali dan tidak boleh tidak...!

14. Dengan kata lain, derma yg dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan; i) beri orang pinjam tanpa faedah, ii) bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.

15. Kenapa mesti menjual bila kita boleh derma dan ajak orang lain menderma...? Betapa sistem kapitalis telah menguasai cara berfikir ramai orang. Yang kelakarnya, sebenarnya ramai yang boleh menderma, tetapi tidak menjual.

16. Namun, menjual juga yang ditekankan. Akhirnya, ramai yang sebenarnya hanya menderma apabila barangan yang dibeli tidak dijual tetapi disimpan di dalam stor dan sampai tarikh luput. Oleh itu, dalam hal ini, kenapa kita tidak mula dengan menderma sahaja kerana akhirnya kita akan menderma juga...!?

17. Derma atau sumbangan anda disini;


Dan bayaran balik boleh juga di buat secara talian (online) di sebelah kanan "page" ini samada RM 25.00 atau RM 250.00.

Bacaan lanjut mengenai Bantuan Pinjaman Tanpa faedah...


Saturday, October 29, 2011

Kepentingan Nama...

1. Nama adalah doa dan sepatutnya membawa gambaran si pemakai. Oleh itu, nama program atau aktiviti juga sebenarnya perlulah sesuai. Begitulah halnya dengan Program Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP dan Charity Lunch. Kedua-duanya membawa watak nama masing-masing.

2. Ada yang mencadangkan supaya "PAPARAN SEPATUTNYA ADALAH SUMBANGAN bukan pinjaman...". Dan benar, kerana itulah perkataan "Bantuan" diletak di hadapan dan "pinjaman" dibelakang. Dengan kata lain, bantu dulu, dan ajak orang lain membantu juga, baru pinjam seperti yang dijelaskan dalam syarat-syarat pinjaman. Apakah kita semua sudah tidak pandai membaca yang tersurat dan tersirat, atau sememangnya kita tidak pernah pandai betul kerana sepanjang zaman persekolahan kita sibuk meniru dan menipu untuk lulus periksa dan bukan sebenarnya mencari ilmu...? Berikut adalah takrif syarat untuk tatapan semua:

a. Berumur 18 tahun ke atas: Bermaksud "Bukan di bawah umur".

b. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan: Bermaksud "menyumbang atau menderma sebanyak atau sekurang-kurangnya 10% dari jumlah yang hendak dipinjam, serta"

c. Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP atau Membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 20,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000: Bermaksud "Mendapatkan sumbangan atau derma untuk PAKKP sebanyak atau sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari jumlah yang hendak dipinjam".

3. Tiada yang tersembunyi malah orang banyak lah yang mempunyai helah dan matlamat yang tersembunyi demi kepentingan diri sendiri. Masya-Allah...

4. Begitu juga dengan "Charity Lunch", ada yang mencadangkan supaya nama itu ditukar kepada "Lunch For Charity". Hakikatnya, makan tengahari ini diadakan supaya khalayak dapat berjimat, sekiranya pada hari-hari lain, makan tengahari adalah RM 5.00, maka kini ianya sudah menjadi RM 2.50 sahaja. Bukankah memberi makan pada harga separuh itu kerja-kerja amal? Dan yang membeli pada harga separuh itu telah mendapat bantuan. Maka kerana itulah ia dinamakan "Charity Lunch".

5. Seperti yang pernah saya tulis dulu mengenai "Charity Lunch" ini;

b. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

c. Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

d. Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. "Mark the number" "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.

6. Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang telah kita sumbangkan kepada agama, negara dan bangsa. Cukupkah hanya dengan berbekalkan amalan untuk keperluan sendiri bagi mendapatkan redha Allah lalu mendapat kedamaian yang kekal abadi di akhirat kelak? Sama-samalah kita fikirkan, insya-Allah.

Thursday, October 20, 2011

Charity Lunch Kembali...

"Charity lunch is back and its getting better. Alhamdulillah, Charity Lunch at Masjid Muhibbudin Shah next to the hospital Ipoh is back. Every working days, only RM 2.50 per pax. Hopefully this program will help many, insya-Allah."

2. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

3. Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan ini pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

4. Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Mark the number "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.


Thursday, October 13, 2011

Takrif: Bantuan Pinjaman Kewangan

1. Berumur 18 tahun ke atas:

Bermaksud "Bukan di bawah umur".

2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan:

Bermaksud "menyumbang atau menderma sebanyak atau sekurang-kurangnya 10% dari jumlah yang hendak dipinjam, serta"

3. Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP atau Membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 20,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000:

Bermaksud "Mendapatkan sumbangan atau derma untuk PAKKP sebanyak atau sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari jumlah yang hendak dipinjam".

Nama Program: Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP
Jumlah Bantuan: RM 1,000.00 dan RM 10,000.00, Tanpa Faedah!

Tempoh Bayaran Balik: 40 Bulan; RM 1,000.00: RM 25.00 sebulan, RM 10,000.00: RM 250.00 sebulan.

Terma & Syarat:

1. Berumur 18 tahun ke atas,

2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan

3. Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP.

Atau,

1. Berumur 18 tahun ke atas,

2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan

3. Membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 20,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000

Bentuk Sumbangan:

1. Tunai

2. Cek, Bankers Cheque, Bank Draft, Money Order, Wang Pos atau lain-lain bentuk bayaran atas nama "PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK"

atau,

Derma di talian;

1. RM 100.00, (Bantuan Pinjaman RM 1,000.00)
2. RM 1,000.00, (Bantuan Pinjaman RM 10,000.00)

Kelulusan:

7 hari dari tarikh Terma & Syarat dipenuhi dan diterima di pejabat PAKKP.

Download Here (Muat Turun Borang Di Sini)

Rujukan,


Hubungi kami untuk Maklumat Lanjut,

Kawasan Pahang, Terengganu dan Kelantan;
En. Irawan - 010 4171 171

Kawasan Kuala Lumpur dan Selangor;
En. Fadly - 013 8471 627
En. Tarmizi: 017 3689 539

Kawasan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis;
En. Syed - 016 441 2349
Cik Cyda - 016 446 1251

Kawasan Johor dan Melaka;
En. Zaidi - 018 942 4670

Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK)
No. 11A Lorong Dewangsa 2, 31000 Batu Gajah, Perak.
Tel: 05-3633252, 05-3633251, Tel/Fax: 05-3633253.


Saturday, October 8, 2011

2 dari 3...

Kalau Ulama dan Guru ingin membaca dan mengajar dari kitab dan buku yang besar... buat masa ini, kita di sini hanya ingin mengajar dua dari 3 perkara berikut:

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.

Melalui program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP, dua dari tiga perkara tersebut dapat kita laksanakan. Pertama, sumbangan untuk tabung pinjaman adalah sebenarnya derma untuk mengadakan pusat hemodialisis percuma. Kedua, ilmu yang diajar kepada 4 orang lain yang memerlukan pinjaman tanpa faedah ini juga sebenarnya merupakan ilmu yang memberi faedah kepada orang lain secara berterusan.

Oleh kerana untuk mengadakan anak yang soleh bukanlah satu kerja yang mudah untuk dicapai, maka marilah kita menumpukan usaha untuk memenuhi dua amalan yang boleh kita lakukan sekarang iaitu sedekah yang pahalanya berterusan dan ilmu baik yang diajarkan... Insya-Allah.

Dalam program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP juga sebenarnya kalau pun tak perlu pinjaman ini untuk diri sendiri, boleh juga menderma atau sedekah untuk orang lain supaya mereka layak meminjam, atau dapatkan pinjaman untuk diri sendiri. Bila dapat pinjam, bila ada orang hendak pinjam dengan kita, kita beri dia duit yang kita pinjam tu. Bukankah bagus kalau begitu...

Sumbangan anda di sini;

1. RM 10.00, 2. RM 100.00, 3. RM 1,000.00

Friday, September 30, 2011

T & C Update...

Nama Program: Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP
Jumlah Bantuan: RM 1,000.00 dan RM 10,000.00, Tanpa Faedah!

Tempoh Bayaran Balik: 40 Bulan; RM 1,000.00: RM 25.00 sebulan, RM 10,000.00: RM 250.00 sebulan.

Terma & Syarat:

1. Berumur 18 tahun ke atas,

2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan

3. Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP.

Atau,

1. Berumur 18 tahun ke atas,

2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan

3. Membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 20,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000

Bentuk Sumbangan:

1. Tunai

2. Cek, Bankers Cheque, Bank Draft, Money Order, Wang Pos atau lain-lain bentuk bayaran atas nama "PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK"

Kelulusan:

7 hari dari tarikh Terma & Syarat dipenuhi dan diterima di pejabat PAKKP.

Download Here (Muat Turun Borang Di Sini)
 

Saturday, September 17, 2011

The Basic...

1. The basic of the islamic economy is to devalue everything! Tiada yang lebih penting melainkan Redha Allah. Dengan itu, semua pun akan menjadi jauh lebih mudah...

2. Apabila kita bersedekah... maka Nilai RM 100 atau RM 1,000 itu sudah tiada lagi... kita tidak akan mengharap atau mengambilnya balik. Maka sudah tiada lagi nilai ekonomi...

3. Apabila kita mengajak orang menderma juga dan cukup syarat, maka ...kita akan dapat pula meminjam RM 1000 atau RM 10,000 pula... pada ketika ini kita telah mengadakan semula nilai ekonomi dan bermula dgn sifar...

4. Kerana itu asas kepada ekonomi ini adalah sedekah, bukan faedah atau keuntungan... dan sedekah lah yang mencambahkan ranting2 baru yang akan merimbunkan pokok... Insya-Allah...

Friday, September 9, 2011

Alhamdulillah Syukur...

Alhamdulillah, jumlah pengunjung blog ini sudah pun hampir mencecah 11,000 orang. Kalaulah semua pengunjung ini tinggal di satu tempat, insya-Allah kita sudah boleh bangunkan sebuah hyper-market kita sendiri di situ!

Pun begitu, tiada perkataan "kalau" dalam islam. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi (Al-Quran, 36:82). Mungkin kefahaman sudah meningkat, mungkin juga kesedaran, atau mungkin juga keperluan kepada sistem yang tidak menindas telah mencuit hati ramai pembaca.

Alhamdulillah syukur, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Semoga apa yang telah kita rancangkan ini menjadi realiti dalam masa terdekat dan memberi manfaat kepada kita semua. Amin...

Wednesday, August 31, 2011

Gold is Gold...

Quote of the day "Gold is gold until we turn it into money, why is it so difficult for people, when we turn gold into money, it becomes dinar. And the dinar will never be devalued because it is gold...!"

Happy Independence Day to my fellow Malaysians!

Monday, August 29, 2011

Aidil Fitri 2011...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...




Saturday, August 27, 2011

Pahala yang Berpanjangan...

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Dalam hadis ini tiga amalan yang dapat membantu seseorang pada hari akhirat kelak iaitu sedekah yang pahalanya berterusan, ilmu baik yang diajarkan dan juga doa anak yang salih.

Melalui program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP, dua dari tiga perkara tersebut dapat kita laksanakan. Pertama, sumbangan untuk tabung pinjaman adalah sebenarnya derma untuk mengadakan pusat hemodialisis percuma. Kedua, ilmu yang diajar kepada 4 orang lain yang memerlukan pinjaman tanpa faedah ini juga sebenarnya merupakan ilmu yang memberi faedah kepada orang lain secara berterusan.

Oleh kerana untuk mengadakan anak yang soleh bukanlah satu kerja yang mudah untuk dicapai, maka marilah kita menumpukan usaha untuk memenuhi dua amalan yang boleh kita lakukan sekarang iaitu sedekah yang pahalanya berterusan dan ilmu baik yang diajarkan... Insya-Allah.

Dalam program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP juga sebenarnya kalau pun tak perlu pinjaman ini untuk diri sendiri, boleh juga menderma atau sedekah untuk orang lain supaya mereka layak meminjam, atau dapatkan pinjaman untuk diri sendiri. Bila dapat pinjam, bila ada orang hendak pinjam dengan kita, kita beri dia duit yang kita pinjam tu. Bukkankah bagus kalau begitu...

"Tak payah lah nak berlagak kita tak perlu itu dan ini, sebenarnya kita saling memerlukan...!"

Thursday, August 25, 2011

Balik Ke Pangkal Jalan…

1. Bukan lah terlalu sukar untuk balik ke pangkal jalan. Yang sukar adalah untuk melupakan jalan-jalan yang penuh liku dan berbelit-belit serta penuh ranjau dan duri. Sekiranya semua yang kembali ke pangkal jalan itu berfikiran terbuka dan mahu bermula dengan lembaran baru, segala yang sukar pasti akan terungkai. Insya-Allah.

2. Lembaran yang sukar perlulah ditinggalkan, mulakan lembaran yang baru dan mulakan dengan dengan satu langkah pada satu masa. Tiada jalan pintas. Usaha untuk membuat jalan pintas yang baru pasti akan membawa kepada kesesatan. Ikutlah jalan luas yang telah disediakan dengan pilihan-pilihan simpang yang mempunyai tanda jalan yang jelas. Insya-Allah, kita tidak akan sesat.

3. Konsep asas Pinjaman Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini adalah sedekah atau derma serta tolong menolong.

4. Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini sebenarnya mengutip derma untuk menjalankan kerja-kerja amal serta membantu menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.

5. Sekarang ini, orang ramai, kalau hendak menderma RM 10 pun susah. Soalannya, "Apa yang saya dapat?".

6. Jadi kita buat program Bantuan Pinjaman Kewangan ini untuk menggalakkan orang ramai menderma. Walaupun niat asalnya ialah untuk meminjam namun oleh kerana konsep asasnya ialah menderma maka setiap bakal peminjam perlulah menderma dan memenuhi syarat yang telah digariskan oleh pertubuhan.

7. Bila seseorang itu menderma, dan mengajak orang lain menderma juga, apabila cukup syarat, pertubuhan akan beri orang itu pinjam dulu sebahagian dari kutipan derma tersebut. Dengan lebih tepat, pinjaman RM 1,000 mensyaratkan penderma menderma RM 100 dan pinjaman RM 10,000 mensyaratkan derma RM 1,000. Untuk mendapatkan pinjaman ini juga mensyaratkan penderma untuk mengajak 4 orang lain yang memerlukan bantuan pinjaman untuk melakukan perkara yang sama.

8. Apabila 4 orang yang lain itu melakukan perkara yang sama barulah penderma yang mula-mula itu akan diluluskan pinjamannya.

9. Bayaran balik pinjaman ialah 40 bulan. Derma RM 100 boleh pinjam RM 1,000 bila cukup syarat.

10. Langkah yang paling bijak adalah untuk mendapatkan pinjaman RM 1,000. Dermanya hanyalah RM 100 dan tidaklah menjadi beban.

11. Setelah mendapat pinjaman RM 1,000 itu, dermakan wang pinjaman RM 1,000 itu untuk mendapatkan pinjaman RM 10,000.

12. Dengan kata lain, derma yang dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan, i. memberi orang pinjam tanpa faedah, ii. bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.

13. Perkara yang baik memang sukar. Pun begitu, kita tidak boleh kecewa dengan mereka yang kebanyakannya mula berfikiran jahat akibat perbuatan jahat orang yang sebelumnya. Tidak ada lagi kebaikan melainkan apabila sesuatu datang kepada mereka pasti dengan tipu muslihat. Istiqamah merupakan jalan yang terbaik. Insya-Allah, akan terbuka juga pintu hati mereka untuk kembali bantu membantu dalam kerja kebaikan.

14. Apabila semua orang menjadi baik maka tiada lagi kejahatan atau sekurang-kurangnya orang-orang yang baik akan berhimpun bersama-sama orang yang baik juga maka kebaikan jugalah yang akan kita perolehi. Amin...!

Senarai Wakil,

Kawasan Pahang, Terengganu dan Kelantan;
Puan Intan - 019 956 9188
En. Irawan - 010 417 1171

Kawasan Kuala Lumpur dan Selangor;
En. Fadly - 011 1082 2100

Kawasan Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis;
En. Saiful - 019 3242 600
En. Syed - 016 441 2349

Kawasan Johor dan Melaka;
En. Zaidi - 019 6564 449


Saturday, August 13, 2011

Mudah Tetapi Sukar...

1. At first, we started with RM 10,000 but the donation is RM 1,000. That is why we started RM 1,000 so the donation is RM 100. So everybody can start with RM 100, then get the RM 1,000 loan. Donate back the RM 1,000 then get RM 10,000 loan.

2. Kalau tak boleh bayar, derma lagi, boleh pinjam lagi! nak cari 4 org yg nak pinjam juga tu tak susah sebab kalau dia kaki tak bayar, so yg 4 org yg dia bawa dulu pun kaki tak bayar juga! So bila lulus loan, tolak la outstanding installment... Kalau 4 bulan for RM 1,000 loan will be deducted RM 100, kalau tak pandai datang sendiri bila tak boleh bayar, deduct lagi RM 100 upah org yg pergi bagi nasihat, so nett for the second loan of 1k tu is RM 800 sahaja la...

3. So now the total loan dah jadi RM 2,000. Monthly installment is RM 50. Boleh maintain installment RM 25 but pay back period is 80 month la!

4. Kalau tak boleh bayar, derma lagi dan pinjam lagi dan seterusnya! Esok2 bila things dah ok, bila dah boleh nak pegi haji misalnya... Hutang kasi settle semua dulu la. Kalau tak sempat bayar habis, dah mati, hutang kira settle la. Yg penting ada niat nak bayar!

5. Apa pun, siapa pun nak kata apa pun tentang program ini, itu hak mereka. Tapi jgn sampai susahkan org lain. Seperti yang pernah saya tulis dulu "Pun begitu, rupanya masih ramai yang tidak faham tentang konsep pinjaman tanpa faedah ini atau ...sememangnya mereka cuba untuk menipu dan mengambil kesempatan dari program ini. Seperti yang pernah saya katakan dulu, mereka menyangka mereka boleh menipu sedangkan tiada orang lain yang ditipu melainkan diri sendiri!... http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2011/03/alhamdulillah.html

6. This is not a pyramid scheme, this is a program to help the people. if we cannot do something good, we help those who do good. not to critisized or judge people just because we cannot do anything good, so that other people are at par...!

7. Konsep asas Pinjaman Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini adalah seperti berikut:

a. Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini sebenarnya mengutip derma untuk membantu menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.

b. Sekarang ni, orang ramai, kalau nak derma RM 10 pun susah. Soalannya, "Apa yang saya dapat?".

c. Jadi kita buat program Bantuan Pinjaman Kewangan ini untuk menggalakkan orang ramai menderma.

d. Bila seseorang itu menderma, dan mengajak orang lain menderma juga, apabila cukup syarat, pertubuhan akan beri orang itu pinjam dulu sebahagian dari kutipan derma tersebut.

e. Bayaran balik pinjaman ialah 40 bulan. Derma RM 100 boleh pinjam RM 1,000 bila cukup syarat.

f. Bila dapat pinjam RM 1,000, Derma pula RM 1,000 tu, boleh pinjam RM 10,000 bila cukup syarat.

g. Dengan kata lain, derma yg dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan, 1. bagi org pinjam tanpa faedah, 2. bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.

8. Perkara yang baik memang sukar...

9. Pun begitu, kita tidak boleh kecewa dengan mereka yang kebanyakannya mula berfikiran jahat akibat perbuatan jahat orang yang sebelumnya. Tidak ada lagi kebaikan melainkan apabila sesuatu datang kepada mereka pasti dengan tipu muslihat. Istiqamah merupakan jalan yang terbaik. Insya-Allah, akan terbuka juga pintu hati mereka untuk kembali bantu membantu dalam kerja kebaikan.

10. Apabila semua orang menjadi baik maka tiada lagi kejahatan atau sekurang-kurangnya orang-orang yang baik akan berhimpun bersama-sama orang yang baik juga maka kebaikan jugalah yang akan kita perolehi. Amin...!

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." Ali 'Imran 3:92... http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2011/05/perkara-yang-baik.html



Wednesday, August 10, 2011

Bonus Raya...

There is nothing so sure about this life other than we will be gone one day. So... we better busy doing something that we will be remembered and it better be a good one...! And giving a bonus is considered a good one.

Kita tak buat pun org kata, ini kan pulak yang sahih kita buat...

Kerana itu saya telah mulakan program charity lunch. Ia akan bersambung selepas bulan puasa nanti... Kalau biasa lunch RM 5.00 kini cuma RM 2.50 sahaja. Kalau suami isteri mengambil kesempatan ini, boleh la jimat RM 5.00 sehari, kalau seminggu jadi RM 25 dan sebulan jadi RM 100. Kalau saya dapat kembangkan program ini keseluruh negara dan ada 1 juta org dapat menikmatinya, maka sebenarnya saya telah menjimatkan duit rakyat sebanyak RM 50 juta. Dan pada masa yang sama saya telah menyumbang kepada rakyat sebanyak RM 50 juta juga. Tak perlu tunggu jadi wakil rakyat atau jutawan untuk menyumbang berjuta2 sebenarnya...!

Semua pun dah pandai, susah kalau nak cakap atau buat apa pun... Yang senangnya, kita buat saja apa yg patut. Kalau nak cari redha manusia jadi begini lah... Carilah redha Allah, semua pun settle...!

.

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan ini...

Apa pun rintangan dan halangannya, usaha ini wajib diteruskan. Kalau pun hayat ini pernah suatu ketika dulu berada sangat hampir dengan titik akhir, namun kerana tiada kesinambungan untuk usaha ini ketika itu, maka saya masih disini. Allahuakbar!

Saturday, July 23, 2011

Mengapa Perlu Tunggu...!?

1. Apa pun pandangan dan prasangka orang ramai, kerja-kerja kebaikan dan kebajikan perlulah diteruskan. Tidak perlu mencari redha manusia kerana redha Allah itu sangat lah penting. Maka redha lah, moga-moga Allah juga akan redha dengan kita, insya-Allah.

2. Alhamdulillah, masih ada lagi yang layak untuk menerima bantuan Pinjaman Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak untuk bulan ini... Bacaan lanjut

3. Mengapa perlu tunggu...!? Tunggu Ramadhan misalnya... Mungkin hari ini yang terakhir...! Redha lah dgn semalam, buatlah yg terbaik pada hari ini kerana esok belum tentu kita masih di sini...

4. Perkara yang baik perlulah disegerakan, tidak perlu tunggu itu dan ini, fikir itu dan ini, dan lain-lain lagi... carilah redha Allah, bukan redha manusia banyak!

Monday, July 18, 2011

A Complete Solution…

1. Alhamdulillah, Charity Lunch telah melengkapkan hari ke enamnya. Dengan purata pengedaran sebanyak 40 bungkus sehari, kita sebenarnya telah menjimatkan perbelanjaan 40 orang . Kalau biasanya lunch RM 5.00, kini Cuma RM 2.50, bermakna RM 2.50 telah dijimatkan. Sebenarnya RM 2.50 x 40 x 6 = RM 600.00 telah dijimatkan sehingga hari ini.

2. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain.

3. RM 100.00 sebenarnya boleh didermakan kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak bagi mendapatkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM 1,000.00. Kemudian pinjaman itu boleh didermakan semula untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 10,000.00.

4. Apabila dapat RM 10,000.00, bolehlah menyertai Koperasi Kinta Utama Perak Berhad pula. Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan betul, Ko-KITA sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

5. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang diusahakan oleh Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA) iaitu;

a. Hyper-market
b. Pembinaan Bangunan dan Rumah
c. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
d. Penjualan Kenderaan
e. Tempat Pelaburan

6. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.

7. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.

8. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00

9. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!

10. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.

11. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.

12. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”

13. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.

14. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini. Amin!"

Monday, July 11, 2011

Charity Lunch...

1. "Alhamdulillah... Charity Lunch at masjid Muhibbudin Shah next to the hospital Ipoh started today. Every working days, only RM 2.50 per pax. Hopefully this program will help many, insya-Allah."

2. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

3. Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan ini pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

4. Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Mark the number "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.

5. "I already did my homework. Just like when we were in school. This is just the least that we can do. Better than just talking about something that we wish we can do... With a big but and blaming others for what they r not or cannot do or even 'tidak tercapai dek akal mereka...!'"


Tuesday, July 5, 2011

Mencari Redha Allah...

1. Apa pun, kita balik kepada konsep asas dan perkara pertama yg perlu ditanam ialah mencari redha Allah dan rasulnya, tidak manusia banyak... Dan itulah rukun yg pertama...

2. Kerana itu Rasulullah bermula dengan keluarga dan sahabat. Dan Allah memulakan dengan iqra'. Semua pun perlu mengikut aturan. Yang dulu didahulukan. Maka ilmu itu perlu didahulukan lalu bacalah dan belajarlah. Kemudian keluarga dan sahabat handai mahupun jiran tetangga. Syahadah itu menganjurkan kita untuk mencari redha Allah dan Rasul, maka redha lah kita dgn apa pun yang berlaku, moga2 Allah dan Rasulnya redha dgn kita. Itu rukun yg pertama. Mengucap dua kalimah syahadah... Amin...

3. Selain disiplin, solat juga merupakan exercise yg konsisten, lima waktu sehari dengan rakaat yg bebeza sesuai dgn waktu. Subuh 2 rakaat bersesuaian dgn angota badan yg baru bangun dari rehat. Zohor 4, sesuai dgn badan yg sudah cergas, begitu juga dgn asar. Maghrib 3 yg ketika itu badan sudah penat dan waktu yg pendek. Isya kembali 4 adalah kena dgn badan yg sudah istirehat. Manakala solat2 sunat itu menambah kepada yg wajib. Dan sujud merupakan cara merendah diri kepada pencipta sambil membenarkan darah mengalir kebahagian paling atas kepala bagi membekalkan oxygen dan mengelakan migrin. Dan itulah rukun yg kedua...

4. Setelah mempunyai disiplin yang baik, bermula seawal subuh, maka umat islam ini akan menjadi insan yang rajin dan istiqomah. Dua faktor yang menentukan kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Setelah berjaya, maka perlulah ada latihan untuk menahan diri, dan itulah puasa di bulan ramadhan dan menjadi rukun yang ketiga. Biasanya, dalam latihan ini ramai yang gagal seawal subuh dengan gagal untuk solat subuh kerana tidur selepas sahur. Kegagalan ini berterusan dengan sikap pemarah dlm keadaan lapar. Banyak lagi kegagalan yang bakal ditempoh dlm ujian ini selain mengambil keputusan untuk tidur seharian kerana berpuasa. ketika membeli juadah untuk berbuka juga merupakan waktu getir. Oleh kerana sudah menahan lapar seharian, maka pasar ramadhan menjadi medan untuk membalas dendam dengan membeli segala macam makanan yang akhir masuk kedalam peti sejuk kalau tidak ke tong sampah. Puasa ini sepatutnya mengajar kita untuk bersederhana, menahan diri dan mengambil yang perlu sahaja. Juga latihan untuk bangun malam dan bermunajat. Ambillah kesempatan ini apabila ramadhan datang. Bulan ini, kita penuhi dgn latihan untuk menghadapi ramadhan itu dengan membanyakkan puasa dan bagun malam... insya-Allah.

5. Setakat dapat menahan diri sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita insan kamil dan hebat. Perlu kita mengeluarkan sedekah bagi membantu orang dan memakmur dunia ini. Sedekah wajib, itulah zakat dan bahagiannya cuma 2.5% dan sesunguhnya inilah bahagian yang paling sukar. Memberi apa yang kita usahakan kepada org lain tanpa perlu mereka membuat sesuatu untuk kita. Inilah diantara tanggung jawab sesama insan yang disebut oleh saudara Daud Ibrahim, yang gagal disempurnakan oleh kita. Allah telah menggariskan panduaannya, tetapi kita yang gagal untuk menghayatinya... Inilah rukun yang keempat!

6. Rukun kelima adalah menunaikan fardhu haji bagi yag mampu. Mark the word "mampu". Bukan sekadar kewangan, tetapi fizikal dan sudah mampu melakukan kesemua rukun yang terdahulu. 1. Menyerah diri kepada Allah dan rasulnya 2. Menjalankan disiplin harian 3. Menahan diri dan hawa nafsu 4. Besedekah iaitu berkorban untuk orang lain. Haji juga merupakan satu business yang tidak kurang hebatnya. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada tabung haji. Selain business, Haji juga adalah merupakan Conference atau perhimpunan umat islam dari seuruh dunia setiap tahun. Ketika haji, semua kita sama, tiada yang berpakaian lebih dari yang lain. Malangnya, umrah yang sunat itu menjadi kegilaan sedangkan 4 rukun yang awal itu masih belum disempurnakan...!

7. Setelah sempurna rukun yg lima, kita pergi pula kepada rukun yg 6. Setelah sempurna islam, maka keimanan juga perlu sempurna. Oleh kerana melompat2 dan ikut yg mana sesuai atau yg disukai sahaja atau mengikut selera sendiri, maka ramai yang sesat dan tidak jumpa jalan kembali... Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami...

.

Wednesday, June 22, 2011

Fardhu Kifayah...

1. Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

2. Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

3. Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

4. Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.

5. Kesatuan

Firman Allah S.W.T.
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
(Al-Baqarah: 213)

6. Perdamaian Dan Peperangan

Firman Allah S.W.T.:
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong; Kecuali orang-orang yang pergi (meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka.
(Al-Nisa’ : 89-90)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertakwallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'
(Al-Anfal : 61)

7. Prinsip Musyawarah

Firman Allah S.W.T.
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali Imran: 159)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahutkan dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.'
(Al-Syura : 38)

8. Ekonomi dan Perdagangan

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.'
(Al-Nisa’ :29)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: 'Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba', padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti(dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.'
(Al-Baqarah : 275)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.'
(Al-Mutaffifin: 1-3)

9. Bantuan

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? (antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim dari kaum kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.'
(Al-Balad: 12-16)

10. Kepakaran

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Dan kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang kami wahikan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dzDzikir' jika kamu tidak mengetahui.'
(Al-Anbiya : 7)

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: 'Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). '
(At-Taubah :122)

BEBERAPA AMALAN FARDHU KIFAYAH DARI SEJARAH ISLAM

11. Pembinaan Masjid Nabawi

Tindakan pertama yang diambil oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja berhijrah ke Madinah al-Munawwarah ialah membina masjid yang selain berfungsi sebagai pusat ibadat kepada umat Islam, ia juga merupakan pusat pentadbiran, markas ketenteraan, gedung ilmu pengetahuan, sumber bantuan dan pertolongan, tempat perlindungan dan pusat kegiatan masyarakat dan dakwah yang menghubungkan manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.

12. Piagam Madinah

Piagam ini diadakan bagi mengatur kehidupan dan hubungan antara komuniti-komuniti yang merupakan komponen-komponen masyarakat majmuk di Madinah. Piagam ini merangkumi aspek sosial, ekonomi, politik dan keamanan masyarakat majmuk pada waktu itu dan dimartabatkan oleh para pemimpin dan pakar ilmu politik Islam sebagai konstitusi atau undang-undang dasar bagi negara Islam pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

13. Musyawarah

Musyawarah merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mengambil sesuatu keputusan berkenaan hal-hal bersangkutan kepentingan bersama umat Islam pada masa itu. Musyawarah adalah penting bagi mengukur sejauh mana anggota masyarakat dilibatkan di dalam urusan kenegaraan. Rasulullah s.a.w. telah membudayakan amalan bermusyawarah ini bersama-sama para sahabat. Contohnya ketika menjelang pertempuran Badar, Rasulullah s.a.w. telah memutuskan lokasi bagi pasukan Islam iaitu suatu tempat berdekatan mata air. Kemudian datang seorang Ansar bernama Hubab bin Mudhir mengadap baginda s.a.w. sendiri lalu bertanya tentang keputusan baginda s.a.w. itu sama ada keputusan tersebut atas petunjuk Allah yang tidak dapat diubah lagi atau keputusan baginda s.a.w. sendiri yang diam.

14. Sistem Rondaan

Selepas penghijrahan, Rasulullah s.a.w. mula menghantar pasukan-pasukan tentera peninjau untuk membuat rondaan di kawasan sekitar Madinah. Tujuan menghantar pasukan-pasukan rondaan ini adalah untuk menjaga sempadan-sempadan Negara Madinah, mengawasi pergerakan musuh dan menunjukkan kepada pihak Quraisy dan lain-lain pihak bahawa kini telah wujud sebuah kerajaan yang teratur dan Madinah sebagai ibukotanya. Rondaan ini juga dibuat untuk memberikan pengalaman tentang kegiatan-kegiatan tentera secara tersusun, bergerak seperti jentera di bawah arahan pemerintah pusat, mempelajari taktik-taktik ketenteraan dan menguasai keupayaan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diperintahkan sekalipun dalam keadaan sulit.

PANDANGAN SEMPIT TERHADAP FARDHU KIFAYAH

15. Rata-rata umat Islam di negara kita beranggapan bahawa Fardhu kifayah hanya terbatas dan dikenali ketika memandi dan menyembahyangkan jenazah sahaja.konsep serta ruang fardhu kifayah tidak pernah dihuraikan oleh para ulamak Islam secara terperinci seperti limu fardhu ain yang perbahasannya sampai membawa kepada perselisihan faham mazhabi yang kronik. Nyatanya umat Islam dari dulu hingga hari ini berpecah akibat penghuraian ilmu fardhu ain yang terlalu dititik beratkan.

16. Hakikatnya urusan fardhu kifayah lebih melebar dan sentiasa berkembang selari dengan keperluan hidup manusia. Jelasnya segala kemajuan yang dicapai oleh umat lain yang selari dengan hukum syarak menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam menguasainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membebaskan pergantungan umat Islam kepada orang lain, seterusnya penguasaan mereka. Menjadi umat yang terjajah adalah suatu musibah besar kepada umat Islam era globalisasi hari ini.

17. Salah satu pandangan yang kurang tepat ialah apabila kemajuan berupa pembangunan material seperti bangunan yang megah berunsur Islam dikatakan satu pembangunan membazir. Ia merupakan syiar Islam yang dituntut untuk menyemarakkan lagi rasa ‘izzah di kalangan umat Islam. Begitu juga dengan kewujudan bangunan pencakar langit yang dianggap sebagai membazir walaupun pada saat dan ketika ia dibina keadaan ekonomi mengizinkan. Walau bagaimanapun kewujudan bangunan-bangunan tersebut selalu disalah ertikan sebagai penyebab kepada wujudnya perkara yang semata-mata disebabkan oleh pembangunan material yang pesat tetapi oleh kerana ketahanan diri (iman) yang tidak kental. Maksiat akan terus melebarkan sayapnya sekiranya umat ini tidak prihatin kepada pembangunan rohani. Bukan hanya di bandar, bahkan di kampung-kampung.

18. Justeru umat Islam semestinya memahami batasan dan ruang lingkup tuntutan fardhu kifayah yang semakin mendesak untuk melepaskan diri dari dibelenggu oleh umat lain yang melihat bahawa dunia ini adalah untuk sebuah kehidupan yang terpenting. Kita tidak mahu negara umat Islam terkenal dengan suasana yang miskin yang mundur seolah-olah Islam ini merupakan agama yang melahirkan kemunduran dan kedhaifan hidup. Allah S.W.T. telah menegaskan dalam firman-Nya:

Maksudnya: 'Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak akan mengubah apa sahaja yang ada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa sahaja dengan diri mereka sendiri'.
(Ar-Ra’d : 11)

19. Apapun sikap kita, mentadbir dunia bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan dan kecekapan serta kecepatan bertindak dan terserah kepada kita sendiri dengan panduan syariat Allah S.W.T. kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada sahabat baginda yang bermaksud 'Kamu lebih tahu dengan urusan dunia kamu'.

FARDHU KIFAYAH SATU DIMENSI BARU

20. Islam sangat menggalakkan pembangunan sama ada daripada segi material mahupun kerohanian. Akan tetapi apalah gunanya pembangunan material andainya aspek kerohanian merosot dan begitu juga sebaliknya apalah gunanya aspek kerohanian kental jika pembangunan material pincang menjurus kepada kehancuran umat.

21. Di sinilah letaknya keunikan dan keistemewaan yang menghiasi Islam mendokong konsep-konsep dua kefardhuan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah yang perlu diseimbangkan dan difahami dengan sejelas-jelasnya untuk keperluan di dunia dan di akhirat.

22. Sehubungan itu, usaha-usaha yang dilakukan untuk mengubah salah tanggap tentang erti fardhu kifayah perlulah digalakkan. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan aspek pembangunan yang menyumbang kepada keselesaan hidup dan keselamatan umat Islam. Malah seluruh umat Islam akan berdosa jika tidak ada pihak yang sanggup berusaha melaksanakan dan menyediakan keperluan bagi keselesaan hidup umat Islam di negara ini.

23. Islam sentiasa mendorong kepada kecemerlangan, kemakmuran dan pembangunan dalam semua segi kehidupan. Sayangnya dalam bidang inilah kita mengalami kelemahan dan kemunduran. Dalam pada itu kecemerlangan dan pembangunan tidak juga bermakna jika tanpa disertai jiwa yang tenang dan perut yang kenyang. Kita juga memerlukan sebuah masyarakat saintifik dan progresif yang bermoral, adil dan penyayang. Maka dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan umat Islam mereka mestilah bersama-sama memainkan peranan membangunkan umat melalui pengertian fardhu kifayah yang sebenarnya. Mereka tidak sewajarnya menyempitkan fahaman mereka terhadap fardhu kifayah tentang perkara yang berkaitan dengan kematian sahaja sedangkan makna tuntutan fardhu kifayah sangat luas.

24. Umat Islam dengan ini walau apapun peranan mereka, mereka bertanggungjawab merancang cara-cara mengukuhkan sumber ekonomi. Ia seperti membangunkan tanah wakaf, membeli dan mendapatkan tanah pertanian, industri, mendirikan pusat-pusat latihan dan perlindungan untuk golongan yang kurang bernasib baik, menubuhkan koperasi, menjalankan perniagaan dan banyak lagi. Dengan itu, tuntutan fardhu kifayah yang lebih menyeluruh dapat kita laksanakan, serentak itu juga kita boleh dijadikan model kerana wujudnya keseimbangan antara pembangunan rohani dengan pembangunan jasmani. Ini sekaligus dapat membina imej bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

25. Sesungguhnya hanya dengan fahaman yang sebenarnya tentang fardhu kifayah sahajalah umat Islam dapat membina kehidupan mereka dengan cemerlang. Segala prasarana ilmu yang disediakan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya, malah peluang yang ada pada hari ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab melaksanakan tuntutan fardhu kifayah sewajarnya tidak lagi dimiliki oleh orang perseorangan atau kelompok masyarakat sedangkan golongan lagi memencilkan diri. Sebaliknya setiap orang perlu merebut peluang menunaikan tuntutan fardhu kifayah supaya umat Islam terselamat daripada memahami konsep tunggu dan biarkan orang lain buat.

26. Oleh itu kita harus bersaing dan berlumba, masing-masing perlu berusaha sebanyak mungkin untuk menentukan kewujudan dan survival diri atau umat Islam di negara ini.

27. Sekali lagi ditekankan, kita perlu cepat merebut peluang yang ada. Ini kerana kita sedang berada dalam era pembangunan dan era perindustrian yang maju. Dalam bidang pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi dan perindustrian kita tidak lagi berada dalam zaman primitif dan mundur. Semua kemudahan yang disediakan memberi gambaran bahawa kita sedang menuju ke arah masyarakat maju dan terkemuka dalam semua bidang iaitu dalam bidang pembangunan, teknologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.

28. Cuma apa yang perlu bagi kita adalah pengisian. Fikrah dan halacara hidup kita sebagai umat Islam perlu diperbetulkan dari terus membincangkan persoalan fardhu ain, ibadat khusus dan mengulang-ulang apa yang telah dibicarakan sejak berabad-abad lalu tanpa membuka minda masyarakat dengan lebih luas tentang aspek fardhu kifayah yang perlu diberi nafas baru. Kita masih ketinggalan dalam mengisi peluang yang disediakan melalui aspek I.T. Kita masih tidak melihat kemudahan tersebut diisi dengan program dan pendekatan secara Islamik yang lebih berkualiti. Lantas, bidang tersebut direbut oleh pihak lain lalu diisi dengan bahan-bahan yang lebih menjurus kepada kerosakan dan penyelewengan. Maka jadilah ruang-ruang tersebut diremehkan oleh umat Islam lalu ia diwarnai oleh pandangan negatif yang tidak islamik.

29. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu memahami dengan sungguh-sungguh erti fardhu kifayah. Kita perlu ada usaha untuk memprojekkan teknologi canggih yang telah tersedia dengan program pembangunan, penyelidikan dan pengisian yang bercorak keagamaan. Apakah yang akan terjadi jika semua bahan kandungan dan perbincangan tentang Islam diserahkan kepada orang bukan Islam. Bayangkanlah orang bukan Islam mengendalikan program I.T. tentang Islam? Kita tidak boleh meminggir diri semata-mata beralasan I.T. itu alat imperialis tetapi kita tiada alternatif lain untuk mengatasinya.

30. Seperkara lagi, perjuangan membangunkan ummah tidak boleh bergantung kepada sesuatu program tertentu sahaja dan tidak boleh diharap dapat mencapai kejayaannya dalam tempoh masa yang pendek. Malah kita perlu ingat proses pembangunan umat yang teguh memerlukan kerja yang berterusan. Kita akan terkebelakang dan ketinggalan jika kita sering mempamerkan kelemahan dan memberi peluang kepada orang lain mengaut dan mengeksploitasi keuntungan. Dalam bidang ekonomi contohnya, kita masih terkebelakang ditinggalkan oleh bangsa asing sedang kita asyik membicarakan apakah sesuatu itu boleh atau tidak, antara boleh atau tidak itulah maka orang lain sudah kaya-raya dan berjaya mendirikan bangunan indah dan memiliki harta.

31. Memahami kemelut yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini maka langkah segera pihak kerajaan untuk mengatasinya kini telah menampakkan kejayaan. Ketika kebanyakan negara Islam tidak mengambil langkah yang serius untuk menyedarkan masyarakat tentang perlaksanaan sistem ekonomi antara mereka, pihak berkuasa tampil membantu mengawal pembahagian kekayaan dari peringkat asas lagi menerusi pembahagian saham di kalangan bumiputera. Penubuhan Bank Islam dan Tabung Haji mencerminkan langkah-langkah mengislamkan sistem ekonomi di Malaysia. Malaysia masih merupakan negara yang terbaik dan berjaya melaksanakan sistem ekonomi Islam dan menjadi model kepada negara Islam yang lain.

32. Sebagai contoh, tugas Tabung Haji bukan lagi sebagaimana yang ada pada masa dulu iaitu mengembangkan tabungan di kalangan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji di Mekah semata-mata, akan tetapi ia turut mengembangkan kedudukan ekonomi mereka keseluruhannya di samping berperanan menjaga keselamatan ekonominya daripada dihakis oleh perkembangan semasa. Orang ramai kini tidak lagi menganggap Tabung Haji sebagai pengurus kepada hal ehwal pemergian umat Islam menunaikan haji semata-mata. Lebih daripada itu, ia sebagai pengurus pelaburan yang cekap bagi meningkatkan modal umat Islam melaburkannya dalam sektor halal lagi menguntungkan. Dengan mengadakan skop pelaburan lebih luas itu Tabung Haji secara langsung memberikan umat Islam pilihan alternatif bagi pelaburan jangka panjang mereka ke dalam sistem ekonomi islam itu sendiri.

33. Inilah konsep fardhu kifayah yang perlu dihayati oleh umat Islam masa kini. Ia bukan sahaja menyelamatkan Islam daripada dihimpit oleh kemelesetan ekonomi malah sekaligus membuktikan bahawa Islam adalah agama contoh dan releven untuk diamalkan sepanjang zaman.

Tuesday, June 7, 2011

Charity Lunch...

(Telah berpindah ke Masjid Muhibuddin, Ipoh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, menu juga ditukar mengikut kesesuaian, Nasi Putih Basmathi, Ayam Goreng, Dalca, Timun dan Sambal)

Berdasarkan hadits mutafaq ‘alaih dari Abdullah bin Amru, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., “Islam yang manakah yang paling baik?” Rasulullah saw. bersabda:

"تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ"

“Memberikan makanan, mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal.”

Mulai:13/6/2011
Masa: 11.30 am - 1.30 pm
Hari: Setiap Hari Bekerja
Tempat: Ruang Legar, Menara PERKIM, Kuala Lumpur
Harga: RM 2.50 Per Pax
Menu: Nasi Minyak Simple, Dalca Daging, Sambal


Saturday, May 14, 2011

Naik Unta atau Kapal Terbang…

1. Semua pun mahu kembali kepada al-quran dan sunnah. Apa pun alasannya, perkara yang baik perlulah di sokong dan diberikan sambutan yang hangat. Insya-Allah.

2. Pun begitu, dalam membuat keputusan, perlulah melihat sesuatu perkara tersebut dengan minda yang terbuka dan bukan jumud. Perlu keluar dari kotak atau kepongpong supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Kalau tidak faham, kita bertanya, kalau tidak jelas kita minta penjelasan. Bukan buat kesimpulan dan tuduhan yang melulu. Serta melabel itu ini kepada orang lain.

3. Jangan kerana kita ini mula menuju ke jalan kebaikan, lalu menyangka orang lain tidak baik, dan orang lain sebenarnya jahat dan jahil seperti kita dahulu. Ya, Allah… Ampunkan lah dosa-dosa kami…

4. "Air bah, pasir berubah...". Begitu jugalah dengan kehidupan kita ini. Kita berubah dengan masa. Dan Allah telah juga bersumpah demi masa.

5. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

6. Pasir masih tetap pasir, dan air tetap juga air... yang berubah cuma kedudukannya. Yang berubah mungkin tempatnya. Kalau dulu berniaga di pasar di padang pasir, kini berniaga di pasar yang besar dilengkapi dengan penghawa dingin, dengan ruangan yang lebih selesa untuk peniaga dan pembeli. Masih di padang pasir, tetapi lebih selesa...

7. Dalam menghidupkan sunnah, jangan sampai kita membuat tafsiran dan pegangan dek kerana jumud dan fanatik. Atau jangan kerana kepentingan peribadi atau kepentingan sesuatu kumpulan membuat laba, lalu dikatakan sesiapa yang tidak ikut terus berdosa.

9. Ya Allah, sesungguhnya dosa dan pahala itu bukan kita yang bagi atau tentukan. Takut lah kepada Allah dan bukan cakap manusia kebanyakan, yang sebenarnya mereka juga tidak tahu apa yang mereka perkatakan! Ibarat burung kakak tua yang tidak tahu butir perkara yang di tuturkan... namun sangat lah menarik perhatian dan menghiburkan...! Penyusunan semula ekonomi perlulah berbalik kepada perkara asas.

10. Islam tidak turun satu malam, malah selama 23 tahun. 13 tahun di makkah dan 10 tahun di madinah. Dan Riba telah diharamkan lebih 1,400 tahun dahulu.

11. Hakikatnya, apabila sunnah ditinggalkan, maka sebenarnya islam itu pasti akan ke tepi ibarat kapal yang tiada nakhoda. Berpeganglah kepada al quran dan as sunnah kerana kita tidak akan sesat dengannya. Kembalilah kepada perkara-perkara asas.

12. Dalam membangunkan daulah islamiyyah. Ianya bermula dengan individu itu sendiri, kemudian keluarga, kemudian jiran tetangga, kemudian baru lah masyarakat dan seterusnya pembinaan negara itu sendiri. Dalam senario hari ini, jiran tetangga boleh jadi rakan fb yang tinggal berdekatan dan masyarakat itu boleh jadi semua rakan fb.

13. Alhamdulillah, kita sudah berjumpa di sini. Perubahan yang berlaku di sebelah sana juga bersebab oleh twitter dan internet. Islam itu valid sehingga akhir nanti kerana tidak ada rasul selepas muhammad s.a.w. Maka berbalik lah kita berpegang kepada tali Allah. Mungkin mediumnya berbeza, namun konsepnya sama.

14. Negara islam itu bermula di madinah, tidak di makkah. Allah dan rasulnya telah menunjukkan kepada kita, walaupun mekah sudah sedia ada, oleh kerana di mekah ketika itu dikuasai oleh kaffar, maka dibangunkan madinah dahulu sebelum menawan semula makkah. Ini juga sunnah sebenarnya.

15. Insya-Allah, jika saya diberi peluang untuk membentang perkara ini dengan masa dan audiance yang sesuai, kita pasti akan dapat menegakkan daulah islamiyyah itu... Wallahu'alam...


Saturday, May 7, 2011

Malu Bertanya Sesat Jalan…

Maksud Hadis: "Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian"

Maknanya amat jelas. Iaitu agama tidak turut campur dalam urusan-urusan manusia yang didorong oleh naluri dan keperluan duniawinya. Kecuali jika telah terjadi sikap berlebihan, mengurangi atau penyimpangan. Dan agama akan turut campur tangan untuk mengaitkan seluruh gerak manusia yang bersifat nalurian atau biasa dengan tujuan-tujuan Rabbaniah yang luhur serta akhlak yang mulia. Kemudian memberikan gambaran etika kemanusian yang luhur dalam melaksanan semua tugas tersebut, sehingga membezakan manusia dari haiwan.

Kami akan berikan beberapa contoh tentang perkara keduniaan, serta sikap Islam terhadapnya.

1. Perang

Misalnya. Islam memberi garis panduan sebab-sebab kenapa perlu berperang, memerintahkan manusia untuk bersiap menghadapi peperangan, bersikap waspada terhadap musuh, serta menyiapkan segala kekuatan untuk itu. Seperti firman Allah SWT,

"Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama! ". ( QS. An-Nisa: 71)

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu ". ( QS. Al Anfal: 60 )

"Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus". ( QS. An-Nisa: 102)
Dan sabda Rasulullah Saw:

"Ketahuilah, kekuatan adalah dalam memanah (menombak, menembak)." [Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim dari hadits 'Uqbah bin 'Amir, dalam kitab Al Imarah dengan nombor: 1917]

"Barangsiapa telah belajar memanah [menombak, menembak] kemudian ia melupakannya, bererti ia telah kufur ni'mat." [Hadits ini diriwayatkan oleh Daud, An-Nasai, dan Hakim mensahihkannya serta disetujui oleh Adz-Dzahabi. Seperti tertulis dalam Al Mustadrak 2/95 dari hadits 'Uqbah bin 'Amir. Lihatlah buku kami: Al Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib" juz 1 hal. 361-62]

"Barangsiapa yang berperang untuk meninggikan kalimat Allah, maka ia berada di jalan Allah." [Hadits muttafaq alaih. Lihat: Al-Lu'lu wa al Marjan fima ittafaqa Syaikhan, Muhammad Fu'ad Abdul Baqi 1243, 1244. Yaitu dari hadits Abi Musa]

Serta memberikan landasan etika yang harus diikuti dalam berperang:

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas". ( QS. Al Baqarah: 190). Dalam hadits:

"Janganlah kalian bersikap tidak jujur (dalam masalah ghanimah), jangan pula berkhianat, dan jangan menghancurkan mayat musuh, serta jangan pula membunuh anak kecil ... dst." [Hadits diriwayatkan oleh Muslim dari hadits Buraidah dalam kitab Al Jihad, no. 1331]

Sedangkan masalah macam senjata yang digunakan dalam berperang, cara membuatnya, serta bagaimana mempergunakannya dan lainnya, semua itu bukan urusan agama. Tetapi menjadi urusan dan tanggungjawab menteri pertahanan serta pimpinan angkatan bersenjata.

Pada suatu masa, senjata yang digunakan adalah pedang, tombak dan panah. Pada masa selanjutnya manjanik (alat pelontar batu dan bara api, penj). Kemudian berkembang menjadi senjata api dan mortar. Sementara pada masa berikutnya menggunakan bom dan peluru berpandu.

Pada suatu masa, tentera menggunakan kuda. Pada waktu lain menggunakan gajah. Dan pada masa berikutnya menggunakan kereta kebal, kapal terbang atau roket.
Tuntutan agama bagi peperangan pada era berkuda, sama dengan tuntutannya bagi peperangan menggunakan roket.

Tujuannya sama: iaitu untuk meninggikan kalimah Allah". Adabnya sama. Iaitu:

"... dan janganlah kalian berkhianat serta jangan pula menghancurkan mayat musuh."

"... dan janganlah kalian berlebihan, karena Allah tidak menyukai orang yang bersikap berlebihan".

Persiapan kekuatan semampu mungkin, bersikap waspada terhadap musuh, serta melatih umat, juga sama. Alat-alat dan kelengkapan dapat berubah, sementara ajaran dan tujuannya adalah tetap sama.

2. Pertanian

Contoh lain adalah pertanian.

Islam menggalakkan pertanian. Dan menjanjikan kepada para petani ganjaran yang paling baik di sisi Allah SWT

"Setiap muslim yang menanam suatu tanaman atau suatu tumbuhan, kemudian tanamannya itu dimakan oleh burung, manusia atau haiwan, maka itu akan menjadi sedekah baginya." [Hadits ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam kitab Al Muzara'ah, dan oleh Muslim dalam kitah Al Masaqah, dari hadits Anas. Lihat: Al-Lu'lu wa al Marjan fima Ittafaqa Alaihi Asy-Syaikhan, Muhammad Fu'ad Abdul Baqi, juz 2 no. 1001]

Akan tetapi agama tidak turut campur untuk mengajarkan manusia bagaimana menanam, apa yang ditanam, bila menanam, dengan apa menamam, dan dengan apa mengairi tanamannya itu. Apakah dengan timba, atau dengan alat mekanik, dengan pengairan tradisional, dengan paip penyembur atau dengan cara yang lain.

Agama tidak turut campur dalam masalah ini dan bukan bidangnya. Ini adalah urusan kementrian pertanian dan institusi yang berkaitan!.

Alat pertanian telah berkembang dengan pesat. Dimulai dari alat pertanian yang ditarik kerbau menjadi mesin mekanik. Cara dan alat pengairanpun telah berubah, dari kincir yang berputar menjadi alat-alat mekanik moden. Dari pengairan dengan cara dialirkan menjadi kaedah penyemburan. Namun, itu semua tidak merubah sikap dan ajaran agama yang telah tetap.

3. Perubatan

Contoh lainnya, untuk menambah jelas, adalah tentang perubatan. Sejak zaman dahulu manusia memahami penyakit sebagai suatu takdir yang diberikan Allah SWT kepada manusia. Dan, apa yang telah ditakdirkan oleh Allah pasti akan terjadi, dengan demikian apa manfaat berubat? Nabi SAW. memperhatikan hal ini, dan menjelaskan kepada manusia bahwa penyakit adalah dari Allah, dan ubat juga dari Allah SWT

"Wahai hamba Allah: Berubatlah, karena Allah tidak hanya menurunkan penyakit, namun juga menurunkan ubat. Kecuali bagi satu penyakit ini: Tua." [Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dan penulis kitab sunan yang lain, serta Ibnu Hibban dan Hakim dari Usamah bin Syarik. Seperti terdapat dalam kitab Al Jami' Shagir wa Ziadatuhu, no. 9734]

"Allah tidak hanya menurunkan penyakit, namun juga menurunkan ubat." [Hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Ibnu Majah dari Ibnu Mas'ud, seperti tertulis dalam kitab Al Jami' ash-Shagir, no. 5558]

"Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada barang yang diharamkan atasmu." [Hadits ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Ibnu Mas'ud secara mauquf dan mu'allaq, dalam Ath-Thibb. Kemudian Ibnu Syaibah menyambungnya dan sanadnya sahih]

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berubat: Apakah berubat akan merubah qadar yang telah ditentukan?. Rasulullah SAW. Menjawab:

"Ia juga termasuk qadar Allah.." [Hadits ini diriwayatkan oleh Tirmizi dalam bab-bab Ath-Thib no. 2066, cet. Himsha, ia berkata: Hadits ini hasan. Juga ia tulis dalam bab Al Qadar, no. 2149.

Oleh Ibnu Majah dalam Ath-Thib no. 3437. Ahmad dalam Al Musnad 3/421. Serta Al Hakim dalam Al Mustadrak 4/199 dan 402 dan ia mensahihkannya. Dan Albani mensahihkan hadits ini dalam mentakhrijkan bukuku Musykilat Al Faqr Wa Kaifa 'Alajaha al Islam, no. 11]

Dengan demikian, segera dapat difahami, bahwa Rasulullah SAW. menganjurkan untuk memelihara kesihatan dan menjaganya dari seluruh penyakit. Karena kesihatan adalah bekal orang mu'min untuk berjihad dan untuk menunaikan kewajibannya kepada Rabb-nya, dirinya, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Sedangkan masalah ubat. Apa ubat itu? Bagaimana membuatnya? Dari bahan apa? Berapa ukurannya? Dan seterusnya... semua itu bukan urusan agama. Namun urusan dan tanggungjawab kementerian kesihatan serta institusi yang berkaitan.

Namun anjuran agama untuk berubat, serta tidak berubat dengan barang yang haram terus berlaku. Dan perintah untuk memelihara tubuh juga terus berjalan, tidak terhapus atau tergantikan.

Inilah pengertian dari hadits: "Kalian lebih tahu tentang urusan Kalian". Bukan maksudnya memisahkan agama dari kehidupan duniawi.