Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Thursday, September 16, 2010

Mission In Commissions…

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Masa terus berlalu dan masa yang lepas tidak akan datang lagi. Koperasi kita masih belum mempunyai cukup ahli untuk memulakan Hyper-Market kita sendiri. Bulan ini, usia koperasi kita ini sudah menjangkau 18 bulan. Jika dan hanya jika separuh daripada ahli bermula dari penubuhan koperasi kita ini mencadang seorang ahli baru setiap bulan, jumlah keahlian ketika ini sudah pasti mencecah 49,263 orang. Dan jumlah ini sebenarnya sudah lebih dari mencukupi untuk memulakan Hyper-Market kita sendiri.

Jumlah 49,263 ahli tersebut sebenarnya akan menyumbang modal saham minima sekurang-kurangnya RM 4,926,300.00 dan juga RM 4,926,300.00 lagi dalam bentuk fi masuk.

Sekiranya separuh daripada fi masuk digunakan untuk kempen untuk menambah keahlian dan pengurusan pun, jumlah modal terkumpul koperasi kita yang boleh digunakan ketika ini adalah RM 7,389,459.00. Jumlah modal ini, jika digunakan dengan bijaksana, Hyper-Market yang kita cadangkan sudah pasti akan menjadi kenyataan ketika ini!

Dengan adanya Hyper-Market kita sendiri, sekurang-kurangnya setiap ahli bakal boleh mendapatkan keperluan harian dengan lebih murah disamping mendapat keuntungan daripada pulangan saham pada setiap tahun. Peluang perniagaan juga akan terbuka untuk ahli-ahli. Sekurang-kurangnya bekalan ayam, daging lembu dan lain-lain produk ahli juga boleh dipasarkan di Hyper-Market kita ini. Peluang pekerjaan juga akan terbuka untuk kita.

Sekiranya setiap ahli seramai 49,263 itu berbelanja sekurang-kurangnya RM 250.00 di Hyper-Market kita setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan Hyper-Market kita adalah RM 12,315,766. Sekiranya margin keuntungan jualan hanyalah 2%, maka jumlah Keuntungan bulanan adalah RM 246,315. Jumlah ini bakal menjadikan keuntungan tahunan kita sebanyak RM 2,955,784. Dan sebenarnya jumlah keuntungan ini adalah 60% daripada jumlah saham setiap ahli.

Dalam kempen menambah keahlian, usaha setiap ahli mencari ahli baru bukanlah percuma. Setiap pencadang ahli baru akan diberi insentif sebanyak RM 25.00. Kalau pun tidak mempunyai wang, dengan mencadang 8 orang ahli baru koperasi kita ini, kita sudah dapat menjelaskan Fi Masuk dan Saham Minima yang berjumlah RM 200.00 itu. “Mission in Commission” ini sepatutnya sudah cukup untuk menjadikan penggalak untuk setiap ahli menambah keahlian koperasi kita ini.

Sekiranya kita cukup rajin untuk mencari ahli baru, bukan sahaja Fi Masuk dan Saham kita dapat percuma, malah jika kita dapat membawa masuk ahli seramai 1,000 orang, kita sebenarnya bakal menjana pendapatan sebanyak RM 25,000.00! Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.