1. Derma untuk "Charity Lunch":
i) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As’ RA bahawasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, (amalan) Islam manakah yang terbaik? Jawab Rasulullah s.a.w,“Kamu memberi makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tak kenal”;
ii) Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda “Sembahlah Allah yang Maha Pemurah, berilah makan, dan sebarkanlah salam. Nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”
Klik & Derma RM 10.00 untuk "Charity Lunch" di sini. (Bacaan lanjut...)
2. Derma, Ajak Orang Lain Menderma Juga dan Dapatkan Pinjaman Tanpa Faedah:
i) Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Fāţir: 29)
ii) Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (An-Nisaa’ : 114)
ii) Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-'An`ām: 160)
Klik & Derma RM 100.00 atau RM 1,000.00 untuk "Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah" di sini.(Bacaan lanjut...)
3. Miliki Induk Kambing Baka Shami:
i) Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala (pemilik, pengembala) kambing”. (Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`).
ii) Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.
Klik & Miliki Induk Kambing Baka Shami (RM 5,000.00 seekor) di sini. (Bacaan lanjut...)
moga allah permudahkan urusan tuan ... amin
ReplyDeleteArtikel terbaru saya: Dapatkan maklumat berkenaan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini disini.