Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Tuesday, December 31, 2013

Another New Year, 2014...

Alhamdulillah, setahun lagi berlalu. Menoleh kebelakang supaya tidak ramai yang ketinggalan. Insya-Allah. Selamat Tahun Baru.

Monday, December 23, 2013

Charity: The Basic.

Charity and business are 2 different things. The basics are different and the practices are as well. While business basic is to gain profit, charity is about giving and helping. So, if you have never put giving and helping ahead, forget about charity work. It just not your forte, just go back to your business and make a living out of it. Never become a burden... It never become a basic of charity! Just do what you do best, Assalamualaikum!!

Tuesday, December 10, 2013

Terima Kasih Jabatan Pendaftaran...

Selepas hampir 12 bulan, hari ini mereka sudah punya Daftar Kelahiran. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Allah jugalah yang akan membalas budi baik kalian... Insya-Allah.

Tanggung jawab berikutnya adalah untuk menghantar mereka ke sekolah...



Monday, December 9, 2013

"Riba" lawannya sedekah...

Riwayat Ahmad dan Abu Daud,
 
"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya."
 
Pengajaran Hadis:
 
i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.
 
ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.
 
iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud 'az ziadah' (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.
 
iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup) melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal) al-Baqarah: 275) Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.
 
v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.
 
vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.
 
vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya. 
 
 

Kisah tentang RIBA...

1. Rancangannya mudah, cari 4 orang kawan yang boleh pinjamkan RM 100, dan mereka juga perlukan pinjaman... Pinjaman tanpa faedah. Jika mereka tidak boleh berikan pinjaman RM 100 itu, mereka bukan lah kawan!

2. Isikan borang derma RM 100 atas nama mereka masing2...

3. dan pencadangnya adalah kita...

4. Bila mereka buat yang sama, mereka juga isikan borang macam kita...

5. Bila mereka dapat cukup macam kita, kita dah boleh pinjam RM 1,000.

6. Then kita derma balik RM 100...

7. Bila cukup syarat, kita pinjam lagi...

8. Kalau tiap minggu kita pinjam, dalam setahun kita sudah ada RM 52,000.

9. Tolak derma RM 5,200, tolak ansuran RM 300... Masih ada baki RM 46,500.

10. Bayar balik dalam masa 2080 bulan, bersamaan 173 tahun lebih... Confirm dah mati masa tu...

11. Kalau buat tiap tahun... Selama 10 tahun, boleh lah dapat RM 465,000. Boleh lah selesaikan semua hutang!

12. Kalau setiap minggu dalam setahun pinjam RM 1,000, bayar balik dalam masa 173 tahun.

13. Kalau 173 tahun, mati, hidup balik, mati balik, hidup balik, mati balik, hidup balik... Baru habis bayar.

14. Kalau 10 tahun, maknanya lebih 30 kali mati hidup balik baru boleh habis bayar...!

15. “Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari transaksi riba sedangkan dia mengetahui, lebih besar dosanya daripada melakukan perbuatan zina sebanyak 36 kali.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih mengatakan bahwa hadits ini shahih)

16. Tak nampak lagi...?

17. "Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak."

18. "Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."

19.  So, no worries if they don't listen. Allah sudah sebut tentang mereka ini dalam surah Ya-Sin, ayat 8 dan 9.
 

Saturday, December 7, 2013

Monday, December 2, 2013

Derma dan Daftar Online...


1. Klik dan Derma Online.
2. Isikan Maklumat.

3, Pilihan Bayaran.

4. Daftar Derma Online.



 

Friday, November 22, 2013

Orang Miskin...

1. Orang miskin sebenarnya bukan seperti yang kita bayangkan... Orang miskin dan fakir ini adalah orang yang lemah. Kerana itu, jalan keluar bagi mereka ialah melalui zakat. Mereka tidak mampu untuk berusaha keluar dari kemelut mereka.
 
2. Mereka tidak dapat keluar dari masalah mereka tanpa bantuan. Kerana itu mereka perlu kepada bantuan zakat.
 
3. Jika kita ini tiada wang, tetapi mahu berusaha dan mencari jalan keluar... Kita sebenarnya tidak miskin.
 
4. Secara umumnya, kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.
 
5. Dengan lebih terperinci lagi, kemiskinan mempunyai dimensi seperti kekurangan makanan, pakaian dan kediaman. Atau keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.
 
6. Fenomena kemisikinan dapat digambarkan dalam bentuk kitaran. Kitaran ini bermula apabila seseorang itu tidak mampu membuat sebarang simpanan untuk digunakan dalam pelaburan ekonomi, seperti pendidikan dan juga pembelian alat-alat pengeluaran. Akibat daripada ketiadaan pelaburan ini, produktiviti orang itu akan menurun, dan pendapatan juga turut menurun. Keadaan ini menyukar lagi orang yang berkenaan untuk membuat simpanan, maka proses ini akan berterusan sehingga ia berlanjutan ke generasi akan datang. 

7. Kekurangan individu yang tertentu boleh mencetuskan kemiskinan. Kelemahan individu ini biasanya kelemahan yang ketara dan boleh menyebabkan seseorang itu miskin, walaupun dia berada dalam suatu masyarakat yang penuh dengan peluang rezeki.
 
8. Pada umumnya, personaliti bermasalah yang menyebabkan kemisikinan ialah sikap malas. Sikap malas itu dicerminkan dalam tingkah laku seperti suka berkhayal, suka beromong kosong, dan juga "elak kerja". Orang yang malas adalah kekurangan produktiviti dan mereka akan hilang banyak peluang untuk mencari rezeki.
 
9. Konflik seperti peperangan, rusuhan dan sebagainya juga akan menyebabkan kegiatan ekonomi terbantut dan ia juga membinasakan infrastruktur yang penting untuk menjana kekayaan. Semua ini akan menyebabkan kemisikinan berlaku. 
 
10. Sebenarnya, seseorang boleh berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapinya oleh dirinya. Pada lazimnya seseorang itu dapat mengatasi kemisikinan dirinya menerusi pendidikan!
 
 

Wednesday, November 13, 2013

7 Dosa Besar...

"Syirik kepada Allah, Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan untuk dibunuh kecuali dengan haq (benar), Makan RIBA, Makan harta anak yatim, Lari dari pertempuran, dan Menuduh zina terhadap wanita beriman yang terhormat serta menjaga kehormatan."
 
1. Ingatlah alasan terakhir Firaun bila tidak mampu melawan kekuatan hujah nabi Musa a.s. iaitu mengungkit jasa beliau yang menjaga dan memberi makan minum nabi Musa semenjak dari kecil lagi namun dengan tegas ditolak oleh Musa a.s bahawa baginda tidak akan menyokong syirik dan kezaliman serta memperingatkan Firaun bahawa Pemberi rezeki yang sebenar adalah dari Allah.
 
 2. Termasuk masalah mencari kedudukan dalam politik kepartian sehingga negara pernah digegarkan dengan pembunuhan wakil rakyat oleh bomoh.
 
3. Akhir-akhir ini pembunuhan yang berlaku dalam negara semakin meningkat. Ia disebabkan daripada sifat tercela yang merasuk jiwa seperti hasad dengki, gagal mengawal kemarahan, gila harta dan pangkat disamping mabuk arak dan ketagihan dadah.
 
4. Sedangkan kesungguhan usaha terhadap haramnya riba masih dingin di mana banyak amalan riba bukan sahaja diteruskan malah disuburkan lagi sedangkan dunia sedang menyaksikan sistem riba antara sebab utama ekonomi dunia semakin hancur dan banyak negara menjadi muflis. Akibat teralu seronok dengan janji syaitan bahawa riba menguntungkan menyebabkan amaran Allah yang mengisytiharkan perang terhadap amalan riba dipandang sepi.
 
5. "Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."
 
6. Kita juga mesti memperkasakan amar makruf nahi mungkar dan jangan lari daripada tugas penting ini...
 
7. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;"