Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Saturday, December 24, 2016

Penghuni Syurga...

1. Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)

2. Orang miskin dan fakir di syurga itu bukan lah seperti yang kebanyakan kita sangka kan... Mereka itu kaya di dunia tetapi kepada mereka semua kekayaan itu bukan milik mereka tetapi Allah, mereka cuma memegang amanah sementara hidup. Mereka itu mungkin juga miskin di dunia tetapi tidak meminta-minta dan mengeluh melainkan mereka itu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada... Dan sesungguhnya, orang-orang yang berada di syurga itu ialah mereka yang boleh menahan diri (sabar)!

3. Tidak ada beza orang kaya dan miskin itu melainkan taqwa...


Doa...

Pada hari kelahiran anak, orang tuanya berhutang kepada anak itu kerana menjadi penyebab kepada kelahirannya. Kemudian, sebagai penyebab kepada kelahiran dan membesarkan, menjadi hutang pula kepada si anak... Maka, semasa hayatnya, anak memerlukan (doa) orang tuanya dan apabila mati, orang tua pula memerlukan (doa) anaknya (yang soleh).