Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Thursday, June 21, 2012

...PAKKP


17. Perancangan, usaha, harapan dan Doa bukanlah penentu kejayaan. Selagi belum sampai masanya untuk berlaku, ia tidak akan berlaku. Buah, kalau belum mahu masak, ia tidak akan masak. Kalau sudah mahu masak, ia juga tidak akan tunggu sesiapa. Jika tiada yang jumpa, ia akan menjadi benih lalu tumbuh menjadi pokok lalu berbuah lagi.

18. Perkara yang baik dan diluar dari kebiasaan memanglah sukar. Untuk berubah, manusia perlu mengubah banyak pekara terutamanya cara berfikir. Dalam banyak hal, manusia menjangkakan diri masing-masing itu pandai dan hebat sedangkan akan sentiasa ada yang lebih hebat dalam apa juga perkaranya.

19. Koperasi Kita juga tidak terkecuali dari semua itu. Ada yang tidak faham dan menuduh insentif cari ahli itu dibayar menggunakan wang saham tanpa merujuk undang-undang kecil koperasi kita itu sendiiri. Sehinggakan pihak berwajib sendiri menuduh yang sama tanpa usul periksa. Dan semuanya semakin kusut bila ramai menjadi tamak serta mengikut hasutan syaitan.

20. Akhirnya saya meninggalkan koperasi itu yang kalau saya mahu, saya boleh buat sepuluh yang serupa tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain. Saya sudah menjangkakan musibah yang akan berlaku lalu saya telah bersedia dengan menubuhkan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) pada awal tahun 2010.

21. Saya menumpukan perhatian kepada PAKKP. Bila pertubuhan, tidak ada keuntungan, jadi tidak ada yang berebut-rebut. Dan kerana itu saya meneruskan semua program melalui PAKKP ini. Bermula semula dan masa berlalu, PAKKP bergerak perlahan tetapi maju.

22. Masih dengan matlamat membebaskan masyarakat dari belenggu kapitalis tanpa sebarang penumpuan. Topik yang terlalu besar hingga sukar untuk ditelan oleh ramai orang. Cerita tentang makan tengahari RM 2.50 hinggalah berbulan madu di bulan. Ceritanya terlalu panjang dan mengambil masa untuk saya menyusun semula program mengikut kesesuaian masa.

23. Bermula dengan program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP yang penuh kontroversi, PAKKP meneruskan usaha untuk membantu masyarakat keluar dari sistem yang kapitalis yang semakin tenat. Program pinjaman ini berasaskan derma dan mengajak orang lain menderma juga dan apabila cukup syarat, boleh lah mendapat pinjaman separuh dari jumlah derma yang dikutip. Bersambung...

Friday, June 15, 2012

Ansuran Beli Induk Kambing Shami

Nama Program:
Ansuran Beli 2 ekor Induk Kambing Baka Shami PAKKP
 
Jumlah Kemudahan:
RM 10,000.00, Tanpa Faedah!
 
Tempoh Bayaran Balik:
40 Bulan; RM 250.00 sebulan.
 
Terma & Syarat:
 
1. Berumur 18 tahun ke atas, dan
 
2. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP: RM 1,000 untuk menyertai Program ansuran beli  2 ekor Induk Kambing Baka Shami.
 
Bentuk Sumbangan:
 
1. Tunai
 
2. Cek, Bankers Cheque, Bank Draft, Money Order, Wang Pos atau lain-lain bentuk bayaran atas nama "PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK", atau
 
 
Kelulusan:
 
7 hari dari tarikh Terma & Syarat dipenuhi dan diterima di pejabat PAKKP.

Download Form Here (Muat Turun Borang Di Sini)
 
 

Thursday, June 14, 2012

Mulanya dulu...

1. Mulanya dulu, saya buat koperasi (Koperasi Kita). Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan benar, Ko-KITA itu sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!
 
2. Setiap ahli yang memperkenalkan ahli baru akan mendapat insentif sebanyak RM 25.00. Ahli yang baru tadi, bila dia memperkenalkan ahli baru juga akan mendapat RM 25 dan ahli yang mula-mula tadi akan mendapat RM 10.00 sebagai insentif. Bila ahli baru yang kedua tadi memperkenalkan ahli baru, dia akan mendapat insentif RM 25.00, ahli yang memperkenalkannya tadi mendapat RM 10.00 dan ahli yang mula-mula tadi akan mendapat RM 10.00 juga.
  
"Rancangan Insetif untuk mengglakkan ahli -ahli menambah ahli untuk mencapai jumlah sekurang-kurangnya 10,000 orang untuk membina Hyper-Market sendiri"


3. Dengan pelan ini, diharapkan supaya ahli-ahli bersemangat berkempen untuk menambah ahli sambil menambah pendapatan mereka. Kepada ahli-ahli yang rajin, jika mereka menambah hanya 100 ahli baru sahaja setiap bulan, mereka sudah punya pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500.00.
  
4. Bayaran insentif itu sebenarnya diambil dari fi masuk, dan jumlah yang digunakan hanyalah RM 45.00 (RM 25 + RM 10 + RM 10), tidak sampai separuh dari jumlah penuh fi masuk. Jika setiap ahli hanya memperkenalkan 4 orang ahli baru sahaja, maka setiap ahli itu sebenarnya akan mendapat insentif berjumlah RM 900.00 (RM 25 x 4, RM 10 x 16, RM 10 x 64). Di sini, ahli telah pun mendapat keuntungan sebelum pun koperasi memulakan apa-apa perniagaan.
 
5. Jika secara mingguan, setiap ahli baru mendapatkan 4 ahli baru yang lain maka dalam masa 12 minggu atau 3 bulan, jumlah ahli akan mencecah 5,592,405 orang. Jumlah fi masuk dan saham permulaan yang bakal dikumpul adalah RM 1,118,481,000.00. Dari jumlah ini, RM 251,658,225.00 digunakan untuk membayar insentif cari ahli, maka koperasi masih punya dana sebanyak RM 866,822,775.00.
 
6. Dengan dana sebanyak itu, kita boleh membina 43 buah hyper-market serentak, atau semua program yang dirancang untuk koperasi akan bermula dan berjalan dengan baik!
 
7. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang akan diusahakan oleh koperasi kita ini (Ko-KITA) iaitu;
  • Hyper-market
  • Pembinaan Bangunan dan Rumah
  • Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
  • Penjualan Kenderaan
  • Tempat Pelaburan
8. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.
  
9. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.
 
10. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00
 
11. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!
 
12. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.
 
13. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.
 
14. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”
 
15. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.
 
16. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kita ini. Amin!"
  

Sunday, June 10, 2012

Siapakah si fasik?

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)

‎1. Firaun - takabbur dan zalim: (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka. (Az-Zukhruf 43:54)
 
‎2. Kaum nabi Luth yang derhaka: Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka. (Al-Anbiyaa' 21:74)
 
‎3. Kaum Nabi Nuh yang derhaka: Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka. (Adz-Dzaariyaat 51:46)
 
‎4. Orang yang ingkar akan perintah Allah adalah orang fasik: Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Al-Baqarah 2:99)
 
‎5. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. (At-Taubah 9:67)
 
Ancaman Allah terhadap orang yang fasik - (Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. (Al-Munaafiquun 63:6)
 
Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik. (At-Taubah 9:96)
 
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik. (Al-An'aam 6:49)

Saturday, June 9, 2012

Tuesday, June 5, 2012

9 Phases of Life...


Each phase (The 7 Years Theory) has it significant...
 
1. Freedom for the luxury of building muscles and brain;
 
2. Discipline the organs and thinking developed;
 
3. Practice the training;
 
4. Flying free, building life, find mates and start own family;
 
5. Helping phase 1;
 
6. Helping phase 2;
 
7. Building together with phase 3;
 
8. Retirement and transformations or passing the baton;
 
9. Resting... Or rest in peace...

Friday, June 1, 2012

8 Bulan Charity Lunch...

Charity Lunch sudah manjangkau usia 8 bulan. Purata 50 Pax sehari, 5 hari seminggu. Bermakna sehingga hari ini sudah lebih 8,000 pax Charity Lunch sudah diagihkan. Sekiranya setiap pax telah menjimatkan RM 2.50 maka sehingga hari ini PAKKP dan PERKIM Cawangan Batu Gajah sudah membantu orang ramai untuk berjimat sekurang-kurangnya RM 20,000.
  
Saya kira, dengan bantuan lebih ramai orang dan program ini dapat dikembangkan keseluruh negara, kita boleh membantu menjimatkan berjuta-juta ringgit lagi... Masya-Allah