Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Monday, August 17, 2015

Program BPKTF PAKKP...

Bismillah hi walhamdulillah... Semoga Allah terus memberikan hidayah-Nya kepada kita supaya kita diredhai dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat-Nya.

2. Kami sudah 5 tahun memulakan program Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah (BPKTF) PAKKP, sesuai dengan undang-undang dan aturan-aturan aktiviti Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP).


3. Dalam "PROGRAM BANTUAN PINJAMAN KEWANGAN TANPA FAEDAH", kita cuma nak menolong dan memberi pilihan kepada orang ramai. Jika perlu, ambil lah, jika tak perlu ceritalah pada orang lain supaya mereka juga ada pilihan disamping menambah kefahaman kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita sudah membuat satu kebajikan, memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pinjaman tanpa faedah... http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2012/07/sembang-sembang-bantuan-pinjaman-kt.html

4. Jika diulang pinjam RM 1,000 setiap minggu, maka jumlah pinjaman setahun yang boleh diperolehi adalah RM 52,000 (52 kali pinjam). Ansuran bulan adalah RM 25 selama 40 bulan darab 52 pinjam (40 x 52 = 2080) bersamaan 2080 bulan. Jumlah bulan tersebut sebenarnya bersamaan 173 tahun dan 4 bulan.

5. Sebagai manusia, sudah tentu kita telah pun meninggal dunia dalam tempoh tersebut. Jika seseorang itu mula meminjam ketika umurnya 30 tahun, maka jika ansuran pinjamannya 173 tahun, pinjaman tersebut hanya akan selesai setelah dia berumur 203 tahun... Jika dia meninggal dunia pada umur 63 tahun, jika dia membayar ansuran setiap bulan, maka ansuran pinjaman yang boleh dijelaskan sehingga itu hanya lah sebanyak RM 25 x 12 bulan x 33 tahun bersamaan RM 9,900 sahaja.

6. Baki yang masih belum dijelaskan ketika itu adalah RM 42,100. Oleh kerana sepanjang hidupnya, beliau telah membantu PAKKP mendapatkan derma, maka ketika beliau meninggal dunia, sebagai mengenang jasa, baki tersebut (RM 42,100) akan/bolehlah disedekah kan pula oleh PAKKP kepada beliau. Maka, beliau sudah tiada hutang lagi dengan PAKKP semasa meninggal dunia.

7. Jika ada seorang yang sangat rajin dan berkebolehan, dan dia tidak perlu kepada pinjaman ini, dia juga boleh membuat pinjaman ini atas namanya sendiri. Jika dia boleh membuat 1,000 kali pinjaman RM 1,000 ini, ansuran bulanan masih lagi RM 25 x 40,000 bulan (3333 tahun dan 4 bulan). Jika dia pula memberi pinjam menggunakan wang pinjaman ini, dia boleh memberi pinjam RM 1,000 kepada 1,000 orang lain. Setiap 40 orang membayar balik pinjaman (RM 25) kepadanya, dia pula boleh memberi pinjam RM 1,000 tanpa faedah kepada seorang yang lain lagi.

8. Sekiranya beliau meninggal dunia, hutangnya akan dihalalkan. Dan dalam perjanjian beliau dengan peminjamnya pula, dia boleh mensyaratkan jika peminjam meninggal dunia atau dia meninggal dunia, maka semua pinjaman tersebut selesai! Tentu saja beliau adalah seorang yang sangat hebat. Masya-Allah.