Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Monday, July 26, 2010

Haven't Met You Yet, lyrics...


To All Members And Future Members Ko-KITA, http://ko-kita.blogspot.com/ there are some meanings in this clip...

Friday, July 23, 2010

Impian yang sama...

Sudah 18 bulan berlalu, formula setiap ahli cari seorang ahli baru setiap bulan sememangnya sebuah mimpi indah yang tidak mahu saya lepaskan. Cuma, mimpi itu milik saya dan mungkin tidak cukup indah buat semua orang lalu tidak ramai yang mempunyai impian yang sama.

Walaupun teorinya cukup mudah namun sangat payah untuk dilaksanakan. Kalau soalannya, siapa yang mahukan satu pinjaman yang tidak ada bunga atau riba? Pasti jawapanya ialah, saya mahu!

Bayangkan kalau pinjaman rumah, kereta dan wang tunai tidak ada riba lagi, pasti banyak wang yang boleh kita jimatkan dan boleh kita belanjakan ditempat yang lebih baik dan perlu. Jika ada 10 orang yang mempunyai impian yang sama dan bekerja sekuat saya, pasti kita boleh melakukan suatu revolusi ekonomi sejagat dalam tempoh 6 bulan lagi. Tiada lagi interest atau riba dan semua orang boleh menjalani kehidupan yang serba baru.

Apa pun, bila namanya koperasi, maka jumlah keahliannya yang akan menggambar kekuatan koperasi itu. Sekiranya enam bulan lagi kita akan mempunyai 31,250 orang ahli, maka kita akan menjadi salah sebuah koperasi yang kuat.

Dengan ahli yang seramai itu disatu tempat, kita bakal boleh memperolehi lesen hypermarket kita sendiri. Dengan adanya hypermarket ini, dengan purata setiap ahli berbelanja RM 350.00 untuk keperluan harian setiap bulan, kita bakal menperolehi jualan bulanan RM 10,937,500.00 dan dalam setahun jumlahnya akan mencecah RM 131,250,000.00. Sekiranya untung bersih dari aktiviti ini adalah 5%, maka jumlah keuntungan hypermarket kita ini adalah RM 6,562,500.00 setahun.

Sekiranya kita dapat membina 1,000 buah rumah setahun dengan kos purata setiap rumah adalah RM 80,000.00 dan harga jualan adalah RM 160,000.00 maka projek ini bakal menjana pendapatan kepada koperasi sebanyak RM 80,000,000 lagi. Perlu diingat bahawa 1000 buah rumah ini sebenarnya cuma 3.2 % daripada jumlah keseluruhan ahli kita.

Sekiranya kita dapat menjual kereta sebanyak 1,000 unit, dengan keuntungan sebuah kereta sebanyak RM 6,000.00. Maka kita akan mendapat keuntungan RM 6,000,000.00 lagi untuk tahun tersebut.

Sekiranya kita mempunyai pusat jagaan harian kanak-kanak sendiri, dengan anggapan jumlahnya hanya ¼ dari jumlah semua ahli, iaitu lebih kurang 7,812 dan mengambil keuntungan RM 5.00 sahaja setiap kepala, maka keuntungan sebulan ada pusat ini adalah RM 39,060.00 sebulan dan ianya akan menjadikan pendapatan kepada koperasi sekurang-kurangnya RM 468,720.00.

Tanpa mengambil kira aktiviti-aktiviti lain, jumlah keuntungan tahunan kita adalah RM 93,031,220.00. Jika separuh dari keuntungan ini dibahagikan sebagai dividen, maka setiap ahli bakal memperolehi keuntungan sebanyak RM 1488.50.00. Ini sebenarnya adalah 1488.50% keuntungan daripada jumlah pelaburan yang sebanyak RM 100.00 itu! Bersambung…

Thursday, July 15, 2010

Setahun Berlalu...

Julai 13, 2010 merupakan hari bersejarah - doktor dengan senyum memberitahu bahawa saya tidak perlu makan ubat setiap hari lagi. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya hati saya menerima khabar tersebut. Setahun yang lalu, ketika mula-mula makan ubat, saya menjangkakan masa setahun itu sangat lama dan hari-hari dilalui seperti tiada penghujungnya. Setiap kali ubat ditelan, setiap kali itu juga saya terfikir, akan sampai jugakah harinya yang saya tidak perlu makan ubat lagi. Akhirnya hari itu sampai juga!

Masa terus berlalu dan tanpa sedar kisah saya di hospital sebenarnya sudah setahun berlalu. Kalau pun setahun cuma ada 365 hari, namun setiap hari dalam 365 hari yang baru saya lalui itu mengandungi 1001 kisah suka duka yang pastinya akan menjadi teman sepanjang hidup saya. Setiap kali menoleh kebelakang, air mata pasti akan mengalir di pipi. Gambar yang disisipkan ini telah diambil satu jam sebelum saya dimasukkan ke CCU. 3 hari saya di situ dengan hidup bergantung kepada mesin. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana saya masih di sini dan dapat meneruskan apa yang telah saya mulakan lebih setahun lalu!

Terima kasih yang tak terhingga kepada Anne, Ana, Ain, Mak, Abah dan semua yang telah menjaga saya ketika itu dan budi baik mereka tidak akan dapat saya balas sampai bila-bila. Juga kepada mereka yang telah menziarahi saya ketika itu, doa kalian telah membawa saya kembali hidup. Kepada yang telah memberikan sumbangan, sebenarnya semua sumbangan itu sangat membantu dan semoga Allah membalas segala kebaikan itu dengan kebaikan juga dan berlipat kali ganda. Amin!

Semalam sudah berlalu dan menjadi sebahagian lipatan sejarah yang sepatutnya menjadi tauladan dan sempadan, sebagai rujukan dan panduan di masa hadapan. Hari ini kita buat yang terbaik mungkin kerana esok belum tentu kita masih di sini... Bersambung.

Tuesday, July 6, 2010

What goes around...

...Sambungan

Masa pun berlalu, minggu berganti namun seorang yang lain itu belum dapat berita tentang pinjaman yang diharapkan. Setelah cukup satu bulan, dia pun pergi ke tempat pinjaman dengan keadaan yang agak marah lalu bertanya tentang pinjaman yang diharapkan.

Maka dijawab oleh ahli pemberi pinjam itu, kamu perlu menjadi ahli dan membawa sekurang-kurangnya empat orang yang mahu meminjam juga untuk menjadi ahli, dan syarat keahlian adalah RM 100 untuk menjadi ahli dan RM 100 saham minima.

Tapi bukankah saya telah memenuhi syarat itu? Jawab seorang yang lain itu.

Betul tuan telah membawa empat orang tetapi mereka tidak perlukan pinjaman kerana mereka tidak membawa empat orang yang hendak meminjam juga. Oleh kerana itu permohonan tuan masih belum boleh diproses. Untuk makluman juga, ini bukan seperti pinjaman yang lain. Ini lebih kepada bantuan kewangan kepada ahli yang perlu dibayar balik untuk diberi bantuan kepada orang lain pula. Kerana itu ia tidak ada faedah. Sambung ahli pemberi pinjam itu. Lalu seorang yang lain itu pun pulang dengan keazaman yang baru untuk berkongsi peluang mendapatkan bantuan kewangan tersebut dengan orang lain.

Kisah ini sepatutnya diberi perhatian kerana perlunya rasa ingin bantu membantu supaya dapat kita semua maju dan mencapai apa yang kita harapkan. Semakain ramai orang yang kita bantu, maka semakin besar kemungkinan untuk orang lain membantu kita. Kehidupan ini sangat adil, seperti kata pepatah Inggeris, "What goes around, comes around...!"

Wallahua'lam.