Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi...

Alhamdulillah, Ramadhan sampai lagi. Kita yang singgah atau Ramadhan yang singgah, pasti Ramadhan ini hanya datang sekali sahaja. Tahun yang lain, Ramadhan yang lain. Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu begitu sahaja kerana Ramadhan yang lain belum tentu datang lagi untuk kita!

Bulan yang penuh berkat dan keampunan ini tidak pernah gagal datang, cuma kita yang sering gagal menggunakan peluang yang ada kerana sudah terbiasa terlepas pandang, atau sering lupa yang peluang ini perlu direbut. Seperti juga lain-lain peluang yang datang dalam hidup ini, oleh kerana pulangannya tidak nampak lagi maka ia sering diletakkan dalam senarai keutamaan yang terakhir. Beruntunglah orang yang sentiasa dapat menggunakan peluang yang baik sepenuhnya, untung di dunia, untung juga di akhirat. Dan Allah telah bersumpah, Demi Masa!

Alhamdulillah, pinjaman tanpa faedah, pinjam RM 1,000.00 dan bayar RM 1,000.00 telah mula dilaksanakan dengan 5 orang yang layak untuk bulan ini. Ansurannya hanya RM 25.00 sebulan selama 40 bulan. Semoga program ini akan terus berkembang dan akhirnya ia akan membebaskan kita semua dari sistem riba dan kehidupan kita akan lebih diberkati oleh Allah! Amin.

Pinjaman RM 10,000.00 akan menyusul dan sebenarnya jumlah itu hanyalah sebanyak nisab zakat dan sememangnya patut ada untuk membantu kita keluar dari masalah harian dalam kehidupan ini.

Alhamdulillah, kita masih ada di sini Ramadhan ini. Marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada dan terus berada dalam lingkungan rahmat Allah. Amin.

7 comments:

  1. Tell me why in the month of Rahmadan has the price of Chicken gone up? Is this not the month of fasting, and yet it is the month when Muslims in Malaysia eat the most. The Hotels make most money from "Buka Puasa" what a farce.
    This whole episode in Ramadhan seems to be more a farce then a fasting month. It is the National festival of food, when food is supposed to be the least talked about thing.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. sy ingin cadangkan satu skim untuk membantu anak2 muda mendapat pinjaman tanpa faedah untuk tujuan berkahwin.. rasionalnya adalah bagus untuk anak muda yang ingin berkahwin awal dibantu untuk mengelakkan mereka terjebak dalam maksiat.. selain itu adalah agak mustahil untuk mereka mengumpul duit untuk belanja kahwin yang sememangnya sangat tinggi.. sekiranya skim ada ini dapat mengelakkan mereka dari membuat pinjaman dari bank yang walaupun diwar warkan pinjaman berteraskan islam tp tetap menekan kepada peminjam untuk membayarnya... terima kasih.. wassalam

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, program pinjaman RM 1,000.00 dan RM 10,000.00 yang benar-benar tanpa faedah ini telah pun berjalan. Untuk tujuan apa, tidaklah pula saya boleh hadkan. Yang jelas, bila wang sudah ada ditangan, pasti ada banyak perkara yang boleh kita fikirkan. Cuma, untuk mula menyertai program ini yang sentiasa menjadi pertikaian. Kalau dulu, semasa keretapi mula-mula sampai di tanah melayu, rata-rata orang mengatakan ia tidak akan boleh bergerak kerana rodanya besi dan landasannya juga besi. Bergerak perlahan-lahan, dan kemudian laju. Ketika itu orang berkata, "impossible" ia akan berhenti juga kerana rodanya besi dan landasannya besi. Akhirnya, keretapi itu sampai juga ke destinasi dan berhenti dengan selamat... dan ketika itu barulah orang beramai-ramai naik keretapi! Wallahu'alam...

    Please call for more info of this plan. TQ

    ReplyDelete
  4. Apa pun yang kita rancang, apabila sumbernya bukan dari kita sendiri, maka kita tidak akan dapat mengawal pergerakannya. Oleh itu, rancangan untuk mengadakan Hypermarket kita sendiri ini adalah penyelesaikan kepada pelbagai persoalan harga yang tidak pernah difikirkan selama ini. Dengan adanya Hypermarket ini, kita akan mengadakan peluang untuk kita membekalkan keperluan kepada kita sendiri. Dengan adanya konsep perniagaan ini maka, insya-Allah kita semua akan untung dan ekonomi kita juga akan meningkat dan nasib kita akan pasti terbela... Wallahu'alam!

    ReplyDelete
  5. terima kasih.. insyaAllah sy cuba hubungi nanti en Riza bila ada kelapangan.. sekarang jauh di pedalaman sabah.. xda line.

    selamat berpuasa dan beramal..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, semestinya pinjaman Rm1,000 ni terikat dengan ansuran 4o bulan? kalau nak settle awal pun, boleh kan?
    saya berminat nak jadi ahli, bukan sekadar bermatlamat nak buat pinjaman, tetapi hendak menyokong dan membantu perniagan muslim.

    ReplyDelete
  7. Insya-Allah... Please call 016-6941251... we need all the support!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.