Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Thursday, January 19, 2012

Induk Kambing Baka Shami...

1. PENGENALAN

Kambing Damascus juga dikenali dengan nama Kambing Shami (Shami Goat) adalah baka asli kambing Syria dan beberapa negara berdekatan Timur Tengah. Kambing ini telah dibawa masuk ke Cyprus kira-kira 70 tahun lalu untuk tujuan memperbaiki populasi kambing di Cyprus. Baka ini telah dikenal pasti sebagai satu baka kambing yang berkualiti oleh “Technical Consultation of FAO/UNEB on Animal Genetic Resources, Conservation and Management”.


2. Bentuk dan Ciri-ciri Baka Kambing Shami

Kambing Damascus (Shami) mempunyai bulu panjang yang berwarna perang kemerahan. Terdapat tompok-tompok putih di badan, kaki dan muka. Telinga kambing ini panjang dan berjuntai diantara 27cm hingga 32 cm panjang. Berat kambing dewasa jantan adalah kira-kira 65±5 kg dan kambing dewasa betina adalah 75±5 kg. Kambing-kambing jantan dan betina keduanya mempunyai tanduk.



3. Sistem Pengurusan Utama

Kambing-kambing Shami ini memerlukan sistem pengurusan dan suasana pemakanan yang diperbaiki untuk membolehkannya memenuhi petensi genetic sebagai kambing susu. Pemakanan secara padang ragut tidak diamalkan dalam projek ini.
Kambing-kambing juga ini boleh diternak dalam jumlah yang kecil dan juga secara besar-besaran. Kemudahan kandang dan makanan adalah satu keperluan dalam kedua-dua keadaan.

Baka ini dikenalpasti sebagai baka yang terbaik bagi penternakan untuk tujuan daging dan juga susu. Berdasarkan kualiti ini juga, kajian-kajian telah dijalankan secara ekstensif mengenai potensinya dan keperluan pemakanan di pelbagai peringkat hayat kambing ini.

Pengurusan dan sistem pemakanan seperti cara penyusuan, tempoh penyusuan anak kambing, penyusuan berterusan atau penyusuan berbantu, keperluan karbohidrat dan keperluan protin induk kambing , anak kambing dan amalan penggemukkan kambing juga dikaji. Kajian mendapati bahawa tanpa penyusuan induknya, anak kambing masih boleh membesar dengan baik.



4. Ciri-ciri pembiakan

Kambing Damascus dikategorikan sebagai kambing yang membiak secara bermusim dan musim mengawan adalah bermula pada bulan Ogos dan berlarutan ke pertengahan Disember (Mavrogenis, 1988 a).

Pada usia 220 hingga 270 hari, kambing-kambing betina sudah bersedia untuk mengawan. Berat kambing betina pada usia ini adalah 42kg ke 54kg bergantung kepada jenis kelahirannya (Mavrogenis, 1988 b). Ciri ini juga membolehkan pembiakan awal dan pembiakan boleh berlaku seawal usia 13 hingga 16 bulan. (Mavrogenis and Constantinou, 1983).

Aktiviti reproduksi kambing boleh dikembalikan dalam masa 43±9 hari dari hari kambing itu melahirkan anak (Constantinou, 1981). Tahap kesuburan adalah dari sederhana ke tinggi iaitu 80% ke 90%, ini merupakan ciri-ciri kebanyakan baka kambing yang tinggi pengeluaran susunya.

Keupayaan untuk menghasilkan anak bagi baka ini adalah antara yang tertinggi dengan purata 1.80 anak bagi seekor induk setiap kali bunting (Constantinou, 1981; Constantinou et al., 1981).


5. Prestasi Pengeluaran

Dengan kaedah produksi separa intensif, prestasi baka ini untuk menghasilkan anak adalah sederhana tinggi (Mavrogenis, 1985; Constantinou, 1989; Mavrogenis and Papachristoforou, 2000). Keperluan pemakanan untuk tumbesaran sebelum dan selepas penyusuan telah dikaji dengan teliti. (Hadjipanayiotou and Louca, 1976; Hadjipanayiotou, 1986). Daging anak kambing baka ini adalah kurang berlemak berbanding dengan daging kambing biri-biri, perbandingan ini adalah dibuat berdasarkan berat ketika disembelih atau waktu yang sesuai untuk disembelih. Waktu terbaik untuk tujuan penternakan daging adalah pada usia 120 hari iaitu apabila jumlah daging adalah 55% dan jumlah lemak adalah 26.8%.


6. Potensi Pengeluaran Susu

Kambing Shami ini adalah haiwan ternak untuk dua tujuan iaitu daging dan susu. Pengeluaran susu adalah selepas kelahiran anak dan juga semasa tempoh penyusuan anak. Ini adalah kerana masih terdapat banyak lagi susu walaupun anak kambing itu menyusu dari ibunya.

Jumlah keseluruhan pengeluaran susu sehingga anak kambing itu berhenti menyusu dengan ibunya adalah antara 350 kg hingga 650 kg setiap kali menyusul (Louca et al., 1975).

Pengeluaran susu ini berlarutan dari lima ke sembilan bulan selepas anak kambing berhenti menyusu dan tempoh pengeluaran susu boleh berlanjutan sehingga setahun. Kandungan lemak dan protin dalam susu merupakan salah satu ciri kepada baka yang berpengeluaran tinggi iaitu dari 3.8% hingga 4.5% lemak dan dari 4.0% ke 4.8% bagi protin (Economides, 1986). Kambing yang mengeluarkan susu memerlukan diet yang tinggi protin untuk memastikan pengeluaran susu yang tinggi dan berpanjangan (Hadjipanayiotou, 1987).

Mesin pemerah susu telah menggantikan pengunaan tangan. Amalan memerah susu dua kali sehari perlu dihentikan pada hujung minggu dan pemerahan susu sekali sehari tidak memberi perbezaan terhadap pengeluaran susu (Papachristoforou et al., 1982).



7. Penilaian Prestasi Ladang Persendirian

Prestasi pengeluaran telah direkod pada tahun 2000 yang melibatkan 100 ekor kambing. Penilaian adalah berdasarkan kepada rekod prestasi yang telah didapati dari tahun 2000 hingga 2003, namun asas pemerhatian ini adalah tidak sekata berdasarkan kepada jumlah pemerhatian yang dijalankan.

Jumlah pengeluaran susu dipaparkan pada Jadual 2 dan 3 bagi tahun-tahun yang tersebut. Hasil daripada pemerhatian tersebut didapati bahawa pengeluaran susu telah bertambah dari tahun 2000 ke 2003. Ini adalah hasil daripada proses pemilihan yang sempurna dan amalan penggantian induk yang dilakukan sepanjang tahun.

Pengeluaran susu yang tinggi adalah apabila pengambilan susu dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan, Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan pengeluaran susu yang tinggi dihasilkan apabila induk kambing dipisahkan dari anak kambing selepas dua hari dilahirkan.

Data bagi tumbesaran anak kambing adalah agak terhad kerana hanya terdapat jumlah yang terhad sahaja yang direkodkan perkembangannya selepas dilahirkan.

Satu unit perlu diwujudkan untuk kajian berkaitan tumbesaran anak kambing selepas tempoh penyusuan dan jumlah pengeluaran susu induk kambing bagi mendapatkan data yang lebih tepat. Setakat ini hanya maklumat tentang berat anak kambing sewaktu lahir direkodkan.

Berat anak kambing sewaktu lahir adalah memuaskan dan selaras dengan kajian-kajian lain terdahulu. (Mavrogenis, 1985; Constantinou, 1989; Mavrogenis and Papachristoforou, 2000). Anak kambing jantan adalah lebih berat (4.4±0.7 kg) berbanding dengan anak kambing betina (3.9±0.7 kg), direkod secara purata berdasarkan jenis kelahiran dan ini adalah berat purata terkini bagi baka ini.

Kambing Damascus (Shami) dari Cyprus ini adalah yang terbaik, sangat mudah untuk mengadaptasi ke keadaan baru dan kambing yang tahan lasak. Pengalaman dari ladang tempatan dan ladang luar negara memberikan keyakinan bahawa baka ini boleh diternak sebagai baka asli atau kacukan untuk meningkatkan pengeluaran susu di ladang tempatan atau untuk sistem penternakan dua hasil, daging dan susu. Ladang pembekal di Cyprus ini berpengalaman mengeksport kambing Damascus (Shami) ini ke lebih 15 negara Timur Tengah dan Negara-negara Teluk selama lebih 20 tahun.

Kajian di Libya telah mendapati bahawa prestasi baka asli atau baka kacukan Damascus (Shami) adalah lebih baik dari baka tempatan.



9. Rancangan Penternakan

Harga seekor Induk Kambing Baka Shami ini adalah RM 5,000.00 dan diternak secara berpusat.

Anak kambing yang baru lahir akan dijual pada harga RM 200.00 setiap ekor dan susu pula dijual pada harga RM 10.00 setiap liter.

Dengan purata reproduksi Induk Kambing Baka Shami sebanyak 3 ekor setahun dan pengeluaran susu purata sebanyak 4 liter sehari untuk tempoh 6 bulan setelah setiap kali beranak, maka purata pendapatan dari pelaburan setiap ekor Induk adalah RM 1,668.25 bersamaan dengan pulangan sebanyak 33% setiap tahun. (seperti dalam aliran tunai)

Induk yang tidak produktif akan diganti dengan induk yang baru dan cadangan pemilikan Induk Kambing Shami ini adalah seperti berikut;

Hak Milik Induk Kambing Baka Shami

Perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan pihak kami bersetuju untuk menjual Induk Kambing Baka Shami kepada pihak tuan/puan dengan syarat-syarat berikut:

1. Jumlah Induk: Seekor Induk Kambing Baka Shami;

2. Harga Induk: Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja (RM 5,000.00);

3. Hak Penjagaan: Induk Kambing Baka Shami ini adalah dibawah jagaan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK);

4. Upah Penjagaan: Upah penjagaan akan ditolak dari hasil jualan susu;

5. Untung Jualan Anak: Setiap kali Induk Kambing Baka Shami ini beranak, jumlah purata anak adalah 3 ekor setiap tahun dan akan dijual kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) pada harga Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja (RM 200.00) setiap ekor, menjadikan jumlah jualan anak kambing Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja (RM 600.00) setiap tahun;

6. Bonus Jualan Susu: Bonus jualan susu kambing ini akan diagihkan setiap tahun setelah ditolak kos penjagaan dan pengurusan;

7. Induk Kambing: Setiap Induk Kambing Baka Shami yang mati akan digantikan dengan seekor induk yang baru;

8. Jaminan Belian Balik: Selepas tempoh 2 Tahun, Induk Kambing Baka Shami ini boleh dijual balik kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) pada harga Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja (RM 5,000.00) setiap ekor.

Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan/puan sangatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Klik di sini untuk mendapatkan Seekor Induk Kambing Baka Shami, atau muat turun borang di sini.


10. Kesimpulan

Penternakan Kambing baka Shami secara berpusat ini adalah sangat berpotensi berkembang dan menguntungkan. Dalam masa 4 tahun, setiap tuan punya kambing akan mendapat kembali pelaburan dan memperolehi keuntungan dari keseluruhan jumlah pelaburan. Keperluan kritikal untuk sistem ini berfungsi dengan baik ialah penternakan secara berpusat.

Lampiran: Cash Flow, The Flow, Borang.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.