Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Monday, July 18, 2011

A Complete Solution…

1. Alhamdulillah, Charity Lunch telah melengkapkan hari ke enamnya. Dengan purata pengedaran sebanyak 40 bungkus sehari, kita sebenarnya telah menjimatkan perbelanjaan 40 orang . Kalau biasanya lunch RM 5.00, kini Cuma RM 2.50, bermakna RM 2.50 telah dijimatkan. Sebenarnya RM 2.50 x 40 x 6 = RM 600.00 telah dijimatkan sehingga hari ini.

2. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain.

3. RM 100.00 sebenarnya boleh didermakan kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak bagi mendapatkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM 1,000.00. Kemudian pinjaman itu boleh didermakan semula untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 10,000.00.

4. Apabila dapat RM 10,000.00, bolehlah menyertai Koperasi Kinta Utama Perak Berhad pula. Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan betul, Ko-KITA sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

5. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang diusahakan oleh Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA) iaitu;

a. Hyper-market
b. Pembinaan Bangunan dan Rumah
c. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
d. Penjualan Kenderaan
e. Tempat Pelaburan

6. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.

7. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.

8. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00

9. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!

10. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.

11. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.

12. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”

13. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.

14. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini. Amin!"

3 comments:

  1. Bonus Raya...

    There is nothing so sure about this life other than we will be gone one day. So... we better busy doing something that we will be remembered and it better be a good one...! And giving a bonus is considered a good one.

    Kita tak buat pun org kata, ini kan pulak yang sahih kita buat...

    Kerana itu saya telah mulakan program charity lunch. Ia akan bersambung selepas bulan puasa nanti... Kalau biasa lunch RM 5.00 kini cuma RM 2.50 sahaja. Kalau suami isteri mengambil kesempatan ini, boleh la jimat RM 5.00 sehari, kalau semin...ggu jadi RM 25 dan sebulan jadi RM 100. Kalau saya dapat kembangkan program ini keseluruh negara dan ada 1 juta org dapat menikmatinya, maka sebenarnya saya telah menjimatkan duit rakyat sebanyak RM 50 juta. Dan pada masa yang sama saya telah menyumbang kepada rakyat sebanyak RM 50 juta juga. Tak perlu tunggu jadi wakil rakyat atau jutawan untuk menyumbang berjuta2 sebenarnya...!

    Semua pun dah pandai, susah kalau nak cakap atau buat apa pun... Yang senangnya, kita buat saja apa yg patut. Kalau nak cari redha manusia jadi begini lah... Carilah redha Allah, semua pun settle...!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan Riza, semoga tuan sentiasa di dalam kerahmatanNya.. Sy ad satu soalan, adakah saya perlu membawa rakan untuk mendapakan pinjaman rm1000, kemudian rm10,000 dan akhirnya mmenyetai KO-KITA. Bagaimana jika saya tidak mempunyai kawan yg turut memerlukan rm10,000 dalam masa terdekat untuk dibawa bersama menyertai koperasi ini sedangkan sy sendiri memerlukan wang tersebut. Diharap tuan dapat menjelaskan kpd sy mungkin sy sdiri terlepas pandang..Semoga usaha ini akan mendapat tempat yg baik di sisi Allah SWT. Insya'allah..

    ReplyDelete
  3. Please call Olex for details - 019 377 3553 TQ.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.