Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Saturday, May 14, 2011

Naik Unta atau Kapal Terbang…

1. Semua pun mahu kembali kepada al-quran dan sunnah. Apa pun alasannya, perkara yang baik perlulah di sokong dan diberikan sambutan yang hangat. Insya-Allah.

2. Pun begitu, dalam membuat keputusan, perlulah melihat sesuatu perkara tersebut dengan minda yang terbuka dan bukan jumud. Perlu keluar dari kotak atau kepongpong supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Kalau tidak faham, kita bertanya, kalau tidak jelas kita minta penjelasan. Bukan buat kesimpulan dan tuduhan yang melulu. Serta melabel itu ini kepada orang lain.

3. Jangan kerana kita ini mula menuju ke jalan kebaikan, lalu menyangka orang lain tidak baik, dan orang lain sebenarnya jahat dan jahil seperti kita dahulu. Ya, Allah… Ampunkan lah dosa-dosa kami…

4. "Air bah, pasir berubah...". Begitu jugalah dengan kehidupan kita ini. Kita berubah dengan masa. Dan Allah telah juga bersumpah demi masa.

5. "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

6. Pasir masih tetap pasir, dan air tetap juga air... yang berubah cuma kedudukannya. Yang berubah mungkin tempatnya. Kalau dulu berniaga di pasar di padang pasir, kini berniaga di pasar yang besar dilengkapi dengan penghawa dingin, dengan ruangan yang lebih selesa untuk peniaga dan pembeli. Masih di padang pasir, tetapi lebih selesa...

7. Dalam menghidupkan sunnah, jangan sampai kita membuat tafsiran dan pegangan dek kerana jumud dan fanatik. Atau jangan kerana kepentingan peribadi atau kepentingan sesuatu kumpulan membuat laba, lalu dikatakan sesiapa yang tidak ikut terus berdosa.

9. Ya Allah, sesungguhnya dosa dan pahala itu bukan kita yang bagi atau tentukan. Takut lah kepada Allah dan bukan cakap manusia kebanyakan, yang sebenarnya mereka juga tidak tahu apa yang mereka perkatakan! Ibarat burung kakak tua yang tidak tahu butir perkara yang di tuturkan... namun sangat lah menarik perhatian dan menghiburkan...! Penyusunan semula ekonomi perlulah berbalik kepada perkara asas.

10. Islam tidak turun satu malam, malah selama 23 tahun. 13 tahun di makkah dan 10 tahun di madinah. Dan Riba telah diharamkan lebih 1,400 tahun dahulu.

11. Hakikatnya, apabila sunnah ditinggalkan, maka sebenarnya islam itu pasti akan ke tepi ibarat kapal yang tiada nakhoda. Berpeganglah kepada al quran dan as sunnah kerana kita tidak akan sesat dengannya. Kembalilah kepada perkara-perkara asas.

12. Dalam membangunkan daulah islamiyyah. Ianya bermula dengan individu itu sendiri, kemudian keluarga, kemudian jiran tetangga, kemudian baru lah masyarakat dan seterusnya pembinaan negara itu sendiri. Dalam senario hari ini, jiran tetangga boleh jadi rakan fb yang tinggal berdekatan dan masyarakat itu boleh jadi semua rakan fb.

13. Alhamdulillah, kita sudah berjumpa di sini. Perubahan yang berlaku di sebelah sana juga bersebab oleh twitter dan internet. Islam itu valid sehingga akhir nanti kerana tidak ada rasul selepas muhammad s.a.w. Maka berbalik lah kita berpegang kepada tali Allah. Mungkin mediumnya berbeza, namun konsepnya sama.

14. Negara islam itu bermula di madinah, tidak di makkah. Allah dan rasulnya telah menunjukkan kepada kita, walaupun mekah sudah sedia ada, oleh kerana di mekah ketika itu dikuasai oleh kaffar, maka dibangunkan madinah dahulu sebelum menawan semula makkah. Ini juga sunnah sebenarnya.

15. Insya-Allah, jika saya diberi peluang untuk membentang perkara ini dengan masa dan audiance yang sesuai, kita pasti akan dapat menegakkan daulah islamiyyah itu... Wallahu'alam...


1 comment:

  1. banyak pengisian buah minda tuan. Ingin suatu hari nanti saya mampu bual kata seperti di atas. terima kasih tuan atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.