Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Tuesday, October 4, 2016

Perspektif...

1. Ada orang jual buah Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L ini segar RM 18 sekilo dan boleh tahan selama 2 atau 3 hari, jika sejuk beku sekilo RM 36 dan boleh tahan selama 6 bulan. Saya fikir ada sedikit kesilapan "costing" dalam penentuan harga...

2. Harga ladang untuk buah gred A adalah RM 8 sekilo.

3. Saya fikir, sepatutnya, jika buah yang segar dijual pada harga RM 18 sekilo, jika tidak terjual, sebelum kualitinya merosot, buah tersebut sepatutnya disejuk beku dan dijual pada harga RM 14 kerana tempoh boleh jual sudah boleh dipanjangkan kepada 6 bulan...

4. Oleh kerana buah ini bermusim, jika secara berterusan buah yang tidak terjual disejuk beku, maka bekalan buah ini akan boleh berada di pasaran sepanjang tahun dan kebarangkalian buah yang rosak tidak terjual akan dapat dikurangkan...

5. Buah yang telah disejuk beku, walaupun dijual pada harga lebih murah (RM 14) tetapi tempoh penjualan dapat dipanjangkan kepada 6 bulan dan akan memberikan potensi jualan yang lebih baik.

6. Untuk kepelbagaian, buah yang sudah disejuk beku juga boleh terus dibuat ice-blended dan dapat dijual pada harga yang jauh lebih baik...

7. Perspektif dalam apa pun industri adalah sangat penting, perlu boleh melihat sesuatu itu dari luar kotak...

8. Dan perspektif yang berbeza ini lah menjadi asas kepada semua program-program PAKKP - http://kerjaya-muslim.blogspot.my/2016/10/asas-perkiraan.html


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.