1. Mulanya dulu, saya buat koperasi (Koperasi Kita).
Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi
atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan benar, Ko-KITA itu sebenarnya adalah
sebuah koperasi yang lain!
2. Setiap ahli yang memperkenalkan ahli baru akan
mendapat insentif sebanyak RM 25.00. Ahli yang baru tadi, bila dia
memperkenalkan ahli baru juga akan mendapat RM 25 dan ahli yang mula-mula tadi
akan mendapat RM 10.00 sebagai insentif. Bila ahli baru yang kedua tadi
memperkenalkan ahli baru, dia akan mendapat insentif RM 25.00, ahli yang
memperkenalkannya tadi mendapat RM 10.00 dan ahli yang mula-mula tadi akan
mendapat RM 10.00 juga.
|
"Rancangan Insetif untuk mengglakkan ahli -ahli menambah ahli untuk mencapai jumlah sekurang-kurangnya 10,000 orang untuk membina Hyper-Market sendiri" |
3. Dengan pelan ini, diharapkan supaya ahli-ahli
bersemangat berkempen untuk menambah ahli sambil menambah pendapatan mereka.
Kepada ahli-ahli yang rajin, jika mereka menambah hanya 100 ahli baru sahaja
setiap bulan, mereka sudah punya pendapatan bulanan sebanyak RM 2,500.00.
4. Bayaran insentif itu sebenarnya diambil dari fi
masuk, dan jumlah yang digunakan hanyalah RM 45.00 (RM 25 + RM 10 + RM 10),
tidak sampai separuh dari jumlah penuh fi masuk. Jika setiap ahli hanya
memperkenalkan 4 orang ahli baru sahaja, maka setiap ahli itu sebenarnya akan
mendapat insentif berjumlah RM 900.00 (RM 25 x 4, RM 10 x 16, RM 10 x 64). Di
sini, ahli telah pun mendapat keuntungan sebelum pun koperasi memulakan apa-apa
perniagaan.
5. Jika secara mingguan, setiap ahli baru
mendapatkan 4 ahli baru yang lain maka dalam masa 12 minggu atau 3 bulan,
jumlah ahli akan mencecah 5,592,405 orang. Jumlah fi masuk dan saham permulaan
yang bakal dikumpul adalah RM 1,118,481,000.00. Dari jumlah ini, RM 251,658,225.00
digunakan untuk membayar insentif cari ahli, maka koperasi masih punya dana
sebanyak RM 866,822,775.00.
6. Dengan dana sebanyak itu, kita boleh membina 43
buah hyper-market serentak, atau semua program yang dirancang untuk koperasi
akan bermula dan berjalan dengan baik!
7. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5
teras yang akan diusahakan oleh koperasi kita ini (Ko-KITA) iaitu;
8. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut,
maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas
selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.
9. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini.
Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh
lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa
melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari
sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita
import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada
ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama
setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli
sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap
akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa
kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk
mereka di Hyper-market ini.
10. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara
lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam
perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang
membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata
perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan
mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan
bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM
1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000
orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini
sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya
mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00
11. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan
pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan
300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga
masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan
secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00
ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana
koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi
koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!
12. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini,
anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj
perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita
sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita
bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita
sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment
dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan
juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah.
Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang
akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil
sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita
pun boleh tinggal di situ percuma.
13. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul
dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut
pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran,
koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah
mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini
benar-benar bebas riba.
14. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik
apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat
kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan
dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus
dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan
tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”
15. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk
merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang
ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu
sesiapa pun.
16. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami
diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini
hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu
melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca
blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kita ini.
Amin!"