Seorang lelaki duduk di stesen metro di Washington DC dan mula bermain biola; satu pagi Januari yang sejuk. Dia memainkan 6 lagu selama lebih kurang 45 minit. Sepanjang masa itu, oleh kerana ianya masa puncak, kira-kira 1,100 orang telah melaui stesen tersebut dan kebanyakan mereka dalam perjalanan untuk pergi bekerja.
Tiga minit berlalu, dan seorang di pertengahan umur perasan ada orang bermain muzik. Dia memperlahankan langkahnya dan berhenti untuk seketika, dan kemudian berlalu dan berkejar untuk memenuhi jadualnya.
Seminit kemudian, pemain biola itu menerima sumbangan yang pertama: seorang wanita mencampakkan wang itu ke dalam bekas derma sambil berlalu pergi.
Beberapa minit kemudian, seorang lelaki bersandar di dinding berhampiran sambil mendengar lagu yang dimainkan, lelaki itu kemudiannya melihat jam tangan dan mula berjalan semula. Jelas, dia sudah lambat untuk ke tempat kerja.
Yang benar-benar memberi perhatian adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun. Ibunya mengajaknya supaya cepat, tetapi budak itu berhenti untuk melihat pemain biola tersebut. Akhirnya, ibunya menarik tangannya kuat, dan budak itu meneruskan perjalanan sambil menoleh kebelakang sepanjang masa. Perkara yang sama berlaku kepada yang lain beberapa kali selepas itu. Semua ibubapa, tanpa pengecualian memaksa anak-anak mereka meneruskan perjalanan.
Selama 45 minit itu, hanya 6 orang berhenti dan dan mendengar muzik yang dimainkan untuk seketika. Lebih kurang 20 orang membuat sumbangan wang, sambil meneruskan langkah mereka tanpa berhenti. Pemain biola itu mengumpul $32. Setelah dia berhenti bermain biolanya, keadaan menjadi sunyi, dan tiada yang perasan. Tiada tepukan mahu pun penghargaan.
Tiada siapa pun yang tahu, sebenarnya pemain biola itu ialah Joshua Bell, seorang ahli muzik yang sangat berbakat di dunia. Dia memainkan muzik biola yang sangat berharga, dan bernilai $3.5 juta.
Dua hari sebelum itu, Joshua Bell mengadakan persembahan di sebuah panggung di Boston dengan harga tempat duduk purata $100 setiap satu dan habis dijual.
Ini kisah benar. Joshua Bell bermain “incognito” di stesen metro ini di anjurkan oleh Washington Post sebagai satu percubaan mengenai penerimaan, citarasa, dan keutamaan orang ramai. Tema nya ialah: di tempat biasa, di ketika yang tidak sesuai: Adakah kita menghargai kecantikan atau keindahan? Adakah kita berhenti untuk menghargainya? Adakah kita menghargai bakat pada saat yang tidak dijangka?
Salah satu kesimpulan dari pengalaman ini boleh jadi:
Sekiranya kita tidak ada masa untuk berhenti dan mendengar muzik terbaik di dunia, bayangkan berapa banyak lagi perkara yang kita mungkin telah terlepas atau tertinggal?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.