Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Saturday, November 16, 2019

Rezeki itu Allah yang bagi...

Rezeki itu Allah yang bagi...

Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik,

dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya.

Nabi Zakaria bertanya, "Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?".

Maryam menjawab, "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira".


Sunday, September 29, 2019

Pusat Aktiviti Runcit...

1. Kumpulkan mereka yang setuju di sesuatu kawasan, sekurang-kurangnya 750 orang dahulu...

2. Jika mereka setuju, mesti mereka tidak akan ada masalah untuk menyumbang sekurang-kurang RM 250 setiap orang...

3. Jika ada masalah untuk membuat sumbangan, bermakna mereka belum setuju sepenuhnya... Tinggalkan dulu, jangan berdebat dengan mereka. Jangan kita buang masa, "you're right...!".

4. Jika ada sesuatu yang mereka tak setuju pun, bermakna mereka tidak setuju lah... Tinggalkan dulu, cakap yang baik-baik, tak perlu berjidal pun, tak perlu menang pun.

5. Jika sehari jumpa 50 orang di kawasan itu, selepas sebulan, sudah jumpa 1,500 orang... Selepas 6 bulan, sudah jumpa 9,000 orang.

6. Jika hanya 10% sahaja yang setuju pun, sudah ada 900 orang yang bersungguh-sungguh untuk bersama kita...

7. Bila ada 900 orang yang bersetuju dengan kita berbelanja runcit RM 250 setiap bulan di tempat kita, jumlah perbelanjaan sebulan adalah RM 225,000...

8. Jika untung purata ialah 5%, maka sudah ada RM 11,250 setiap bulan untuk kos pengurusan dan selenggara untuk pusat aktiviti runcit kita sendiri...

9. Jika tak setuju juga, boleh duduk tepi dulu, diam-diam... Tak perlu nak tuduh macam-macam.

10. Jika rasa mudah nak buat, boleh cuba buat juga sendiri, tengok berapa hari boleh tahan... Jika pandai cakap saja, sebab itu tak ada benda jadi yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai melainkan perut sendiri yang makin membuncit dan badan yang semakin menggemuk...

11. Jika nak buat, kena buat sekarang, bukan nanti, bukan tapi dan bukan 9 tahun lagi!



Wednesday, July 31, 2019

Separuh Tahun...

Alhamdulillah... Separuh tahun sudah berlalu dengan padat. Semoga separuh tahun 2019 yang lebih baik akan ditempuhi. Insya-Allah.


Saturday, December 29, 2018

Selamat Tahun Baru 2019...

1. Kurang daripada 2 hari lagi, tahun 2018 akan meninggalkan kita... (1) Ada yang masih bekerja seperti biasa, tiada beza. (2) Ada yang bekerja lebih kuat untuk pencapaian 4 hari terakhir tahun ini. (3) Ada yang sudah berhenti bekerja dah berehat supaya dapat memulakan tahun baru dengan rasa segar. (4) Ada yang masih belum bermula sejak awal tahun, masih menunggu masa yang sesuai. (5) Ada yang masih menunggu bulan jatuh ke riba. (6) Ada yang masih terkejut dengan budaya. (7) Ada yang menyalahkan orang lain tentang nasib yang menimpanya... Dan banyak lagi keadaan yang tidak dapat saya gambarkan waktu ini.

2. Apa pun, kita sepatutnya melihat diri kita pada hari ini lebih baik dari semalam. Lebih banyak bersyukur dan pasti Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya.

3. Jika dalam banyak keadaan, kita masih berduka lara dengan apa yang kita ada, pasti kita masih mendukung beban yang tidak sepatutnya, yang mengheret kita supaya terus duduk dalam kedukaan itu. Kita tidak "move on" dan mengambil yang baik-baik sahaja supaya terus bahagia dengan apa yang sudah ada, dan terus bersyukur.

4. Banyak kali, kita tidak sempat untuk bersyukur dengan apa yang sudah ada kerana sibuk mengejar apa yang belum kita capai. Sedangkan bahagia itu sudah lama berada di depan mata...

5. Sempena tahun baru 2019 yang akan datang ini, mari lah kita hargai apa yang sudah ada dan bersyukur. Dan melipat gandakan usaha untuk menghargai apa yang sudah ada itu, moga dengan itu Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya! Amin...