[mer.dé.ka] | مرديک
Definisi : /merdéka/ bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pada yang lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yang ~ dan berdaulat.
Memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan daripada penjajahan, kurungan dll.
Kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957.
Perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)