1. Kurang daripada 2 hari lagi, tahun 2018 akan meninggalkan kita... (1) Ada yang masih bekerja seperti biasa, tiada beza. (2) Ada yang bekerja lebih kuat untuk pencapaian 4 hari terakhir tahun ini. (3) Ada yang sudah berhenti bekerja dah berehat supaya dapat memulakan tahun baru dengan rasa segar. (4) Ada yang masih belum bermula sejak awal tahun, masih menunggu masa yang sesuai. (5) Ada yang masih menunggu bulan jatuh ke riba. (6) Ada yang masih terkejut dengan budaya. (7) Ada yang menyalahkan orang lain tentang nasib yang menimpanya... Dan banyak lagi keadaan yang tidak dapat saya gambarkan waktu ini.
2. Apa pun, kita sepatutnya melihat diri kita pada hari ini lebih baik dari semalam. Lebih banyak bersyukur dan pasti Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya.
3. Jika dalam banyak keadaan, kita masih berduka lara dengan apa yang kita ada, pasti kita masih mendukung beban yang tidak sepatutnya, yang mengheret kita supaya terus duduk dalam kedukaan itu. Kita tidak "move on" dan mengambil yang baik-baik sahaja supaya terus bahagia dengan apa yang sudah ada, dan terus bersyukur.
4. Banyak kali, kita tidak sempat untuk bersyukur dengan apa yang sudah ada kerana sibuk mengejar apa yang belum kita capai. Sedangkan bahagia itu sudah lama berada di depan mata...
5. Sempena tahun baru 2019 yang akan datang ini, mari lah kita hargai apa yang sudah ada dan bersyukur. Dan melipat gandakan usaha untuk menghargai apa yang sudah ada itu, moga dengan itu Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya! Amin...
Saturday, December 29, 2018
Monday, October 29, 2018
Why many people fail?
Why many people fail? Because they don't answer the question right and many times, their answers are not in the options!
Tuesday, August 21, 2018
Berhati-hati...
Seorang muslim itu tidak menuduh-nuduh saudaranya melainkan dia kasihkan saudaranya itu sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri!
Thursday, July 19, 2018
Jiwa Besar...
1. Orang yang berjiwa besar tidak pernah merajuk atau berkecil hati kerana jiwanya besar...!
2. Rajuk hanya akan membantutkan pertumbuhan jiwa... Bila tumbesaran terbantut, jiwa akan menjadi terus kecil dan rajuk menjadi besar.
3. Bila rajuk membesar, tidak bekerja, dan akhirnya, diri sendiri yang rugi...
4. Berhenti lah merajuk, membesarlah... Nanti rezeki itu akan bertambah.

Tuesday, June 26, 2018
Monday, June 25, 2018
Tuesday, April 24, 2018
Wednesday, April 4, 2018
Bahagia...
1. Bahagia itu bila tiada masalah...
2. Apa pun yang datang diurus tanpa keluh kesah. Bahagia itu datang bila sudah redha.
3. Hospital bahagia itu, penghuninya tiada masalah... Yang urus biasanya ada masalah. Tapi, bila yang urus pun tiada masalah, dia pun sebenarnya sudah bahagia di situ!
4. Masalah itu hadir bila mahunya banyak...
5. Tak dapat, takut tak dapat, dapat tak cukup, semua itu punca masalah. Bersyukur, redha dan menerima hakikat adalah ubat yang paling mujarab!

Saturday, January 20, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)