Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Sunday, December 31, 2017

Happy New Year...

Happy New Year 2018...! May it be a prosperous year to everybody, Insya-Allah.


Sunday, December 10, 2017

Jalan Lurus... Terus


1. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah". (Al-Furqaan 25:57)



2. “Sesungguhnya Al-Qur`an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus.” (Q.S. Al-Israa`: 9)


Friday, October 20, 2017

Ikhlas...

1. Seorang tua datang kepada saya ketika saya membasuh tangan selepas makan sebelum Jumaat. Dia minta seringgit. Saya tanya, seringgit saja? Dia jawab, ye, seringgit saja.

2. Saya kata, sekejap, sebaik selesai membasuh tangan, saya berikan dia 3 ringgit. Dia diam berlalu, dan saya pun berlalu...

3. Dalam fikiran saya, jika dia benar, tentu dia pulangkan 2 ringgit dan tentu saja saya akan kata, yang 2 ringgit itu pun saya bagi...

4. Sesungguhnya, ilmu ikhlas itu sangat sukar dan tidak ramai yang menguasainya...!


Wednesday, August 9, 2017

Logik Manusia...

1. Sebagai manusia, logiknya, bila dikongsi ia akan menjadi sedikit. Di sisi Allah, semakin dikongsi ia menjadi semakin banyak!

2. Kerana Dia itu Maha Kaya...!

3. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (Al-An'aam 6:160)

4. Dari Abu Hurairah,  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejelekan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejelekan tersebut, maka catatlah satu kejelekan yang semisal. Jika ia meninggalkan kejelekan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal  hingga 700 kali lipat.” (HR. Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 129).

5. "Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Al Baqarah : 261)


Monday, July 24, 2017

Tiga Hari...

1. Kita cuma ada 3 hari, semalam, hari ini dan esok... Semalam itu sejarah, kita perlu redha...

2. Hari ini kita buat yang terbaik kerana esok belum tentu lagi kita berada di mana!

3.  Banyak kali kita tangguhkan perkara yang kita boleh buat hari ini untuk esok yang belum tentu kita punya...

4. Banyak kali, kita ini hanyalah menjadi penyebab untuk sesuatu itu berlaku...

5. Jika kita tidak di situ, maka orang yang berada di situ pula akan menjadi sebab untuk sesuatu itu berlaku...

6. Kerana itu, kita perlu berada di sesuatu tempat itu cukup lama supaya kita menjadi sebab untuk sesuatu itu berlaku...

7. Banyak kali, lalai, rajuk, ego, harap, dan lain-lain sifat atau tindakan yang sepertinya menjadi sebab untuk orang lain menggantikan tempat kita... Dan perkara pun berlaku.

8. Setelah perkara berlaku, kita pun mula berkata sepatutnya begitu dan begini, yang sepatutnya kita redha, yang kita sudah mengambil keputusan begitu begini, yang menyebabkan ia jadi begitu dan kita jadi begini...

9. Kita tidak boleh menang semua. "Superman" pun tidak boleh berada di dua tempat dalam satu masa melainkan dia melakukan sesuatu itu dengan cepat supaya boleh pula melakukan sesuatu yang lain. Kita berlaku mengikut kemampuan kita. "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"...

10. Kita perlu redha dan buat perkara itu satu persatu mengikut keutamaannya supaya apabila sesuatu itu berlaku, kita mempunyai sebab yang baik untuk menerima imbuhan atau balasannya hasil daripada tindakan kita itu..

11. Kita redha... Semoga Allah juga redha dengan kita. Insya-Allah...

12. Practice... Practice... Practice... Until it becomes automatic...

13. And when it's automatic... It becomes just prefect!

14. And not many believe in it... They thought things are just happen. They thought it's an art and they blame it to the fate or circumstances!


Wednesday, May 3, 2017

Siapa Kita...

1. Jika pendapatan kita kurang daripada RM 1,000 sebulan dan keperluan kita RM 2,000 sebulan, kita ini orang fakir. Jika lebih dari RM 1,000 sebulan tetapi kurang daripada RM 2,000 sebulan, kita ini orang miskin...

2. Jika pendapatan kita lebih RM 2,000 tetapi kurang daripada RM 4,000 sebulan, kita ini orang yang cukup...

3. Jika lebih RM 4,000 sebulan, kita ini orang kaya!


Sunday, April 30, 2017

The Real Wealth...

1. The real wealth is the time and everybody has 24 hours a day. Not more, not less...

2. We only have 24 hours a day... When we hire 1,000 people for their 8 hours a day, it will make us richer by 8,000 hours daily. So, what can we do with that 8,000 hours? A lot! And we can keep our 24 hours for things that we want or need to do. That's what we call FREEDOM!


Wednesday, March 22, 2017

Jawatan Kosong: Pengurus Operasi...

Jawatan Kosong:

1. Jawatan: Pengurus Operasi.
2. Gaji Pokok:  RM 5,000 sebulan.
3. Maklumat Lanjut:  Daftar Di Sini.


Monday, February 27, 2017

Jawatan Kosong: Pembantu Ladang...

Jawatan Kosong:

1. Jawatan: Pembantu Ladang.
2. Gaji Pokok:  RM 1,500.
3. Maklumat Lanjut:  Daftar Di Sini.