Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Saturday, November 29, 2014

Mengenai PAKKP...

Ramai yang masih samar bagaimana PAKKP ini berfungsi. Perkara asas yang perlu diambil kira ialah, PAKKP ini adalah pertubuhan dan bukan perniagaan atau badan perniagaan... Maka ia tidak diurus sebagaimana perniagaan diurus.

2. Pertubuhan ini menjalankan kerja-kerja amal mengikut undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan yang ada dan sebarang pindaan yang akan diperbuat kepadanya dari masa ke semasa.

Dengan kata lain, kalau nak buat undang2 dan aturan2 sendiri, boleh lah buat persatuan atau pertubuhan lain sendiri.

3. Pertubuhan ini digerakkan oleh Jawatankuasa, kakitangan, wakil, sukarelawan dan peserta2 program.

4. Setiap penggerak ini tertakluk kepada undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan.

Dengan kata lain, bukan suka hati mak bapak, tok nenek dia nak buat apa...

5. Lantikan jawatankuasa adalah melalui Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan setiap 2 tahun sekali.

6. Lantikan kakitangan dibuat oleh jawatankuasa melalui temuduga terbuka atau tertutup.

7. Lantikan wakil dibuat oleh jawatankuasa dan tertakluk kepada terma dan syarat. Keputusan jawatankuasa dalam hal ini adalah mengikut keperluan dari masa ke semasa walaupun garis panduan telah ditetapkan. Dan dalam hal ini, setiap masa, undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan adalah terpakai.

8. Lantikan sukarelawan juga adalah sama dengan lantikan wakil dengan aturan2nya tersendiri.

9. Semua yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menyertai program2 pertubuhan dengan mematuhi aturan2 setiap program yang sedia ada.

Dengan kata lain, kalau nak ikut suka hati mak bapak, tok nenek dia nak buat apa... Boleh lah buat persatuan sendiri.

10. Setiap aktiviti adalah tertakluk kepada undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan yang ada dan sebarang pindaan yang akan diperbuat kepadanya dari masa ke semasa... Tidak ada kecuali.

11. Semua mengenai PAKKP ini ada ditulis di sini.



Wednesday, November 12, 2014

Make A Million in Two Years (1M2Y)

Program bimbingan oleh PAKKP.

Maklumat lanjut, sila hubungi 05-3633251, 05-3633252, 016-6941251.






Friday, November 7, 2014

PAKKP...

PAKKP adalah pertubuhan amal berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut Undang-undang serta aturan-aturan aktiviti PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK. 

Sila hubungi 05-3633251, 3633252, 016-6941251 atau layari blog ini untuk maklumat lanjut sebelum membuat sebarang keputusan bagi menyertai mana-mana program yang dianjurkan oleh pertubuhan ini.

Pihak PAKKP merasa sedikit kesal kerana ada pihak yang menyalah guna nama pertubuhan, menyampaikan maklumat yang tidak tepat kepada umum dan memesongkan aturan-aturan aktiviti mengikut selera sendiri.

Harap Maklum.