Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Monday, December 15, 2014

Doa Harian...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


Saturday, November 29, 2014

Mengenai PAKKP...

Ramai yang masih samar bagaimana PAKKP ini berfungsi. Perkara asas yang perlu diambil kira ialah, PAKKP ini adalah pertubuhan dan bukan perniagaan atau badan perniagaan... Maka ia tidak diurus sebagaimana perniagaan diurus.

2. Pertubuhan ini menjalankan kerja-kerja amal mengikut undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan yang ada dan sebarang pindaan yang akan diperbuat kepadanya dari masa ke semasa.

Dengan kata lain, kalau nak buat undang2 dan aturan2 sendiri, boleh lah buat persatuan atau pertubuhan lain sendiri.

3. Pertubuhan ini digerakkan oleh Jawatankuasa, kakitangan, wakil, sukarelawan dan peserta2 program.

4. Setiap penggerak ini tertakluk kepada undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan.

Dengan kata lain, bukan suka hati mak bapak, tok nenek dia nak buat apa...

5. Lantikan jawatankuasa adalah melalui Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan setiap 2 tahun sekali.

6. Lantikan kakitangan dibuat oleh jawatankuasa melalui temuduga terbuka atau tertutup.

7. Lantikan wakil dibuat oleh jawatankuasa dan tertakluk kepada terma dan syarat. Keputusan jawatankuasa dalam hal ini adalah mengikut keperluan dari masa ke semasa walaupun garis panduan telah ditetapkan. Dan dalam hal ini, setiap masa, undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan adalah terpakai.

8. Lantikan sukarelawan juga adalah sama dengan lantikan wakil dengan aturan2nya tersendiri.

9. Semua yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menyertai program2 pertubuhan dengan mematuhi aturan2 setiap program yang sedia ada.

Dengan kata lain, kalau nak ikut suka hati mak bapak, tok nenek dia nak buat apa... Boleh lah buat persatuan sendiri.

10. Setiap aktiviti adalah tertakluk kepada undang-undang pertubuhan dan aturan-aturan aktiviti pertubuhan yang ada dan sebarang pindaan yang akan diperbuat kepadanya dari masa ke semasa... Tidak ada kecuali.

11. Semua mengenai PAKKP ini ada ditulis di sini.



Wednesday, November 12, 2014

Make A Million in Two Years (1M2Y)

Program bimbingan oleh PAKKP.

Maklumat lanjut, sila hubungi 05-3633251, 05-3633252, 016-6941251.






Friday, November 7, 2014

PAKKP...

PAKKP adalah pertubuhan amal berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut Undang-undang serta aturan-aturan aktiviti PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK. 

Sila hubungi 05-3633251, 3633252, 016-6941251 atau layari blog ini untuk maklumat lanjut sebelum membuat sebarang keputusan bagi menyertai mana-mana program yang dianjurkan oleh pertubuhan ini.

Pihak PAKKP merasa sedikit kesal kerana ada pihak yang menyalah guna nama pertubuhan, menyampaikan maklumat yang tidak tepat kepada umum dan memesongkan aturan-aturan aktiviti mengikut selera sendiri.

Harap Maklum.


Tuesday, September 9, 2014

Rent To Own Home...

Our rent to own apartment in Butterworth, Penang. Selling cash price RM 250,000. Instalment, RM 10,000 commitment fee, RM 1,000 monthly rental for 240 month. It's an interest free program.
 
After the 240 months or RM 250,000 it's yours plus transfer fees.
 
Donate RM 1,000 to participate in the  PPTFP (Program Perumahan Tanpa Faedah PAKKP) now.
 

Wednesday, July 30, 2014

Wednesday, June 18, 2014

BPKTF PAKKP...

1. BPKI (Bantuan Pinjaman Kewangan Ihsan) PAKKP RM 100.
2. BPKTF PAKKP RM 1,000.
3. BPKTF PAKKP RM 10,000.

Sunday, April 6, 2014

IKBS Literature...

1. The details... Kambing Damascus (Shami) mempunyai bulu panjang yang berwarna perang kemerahan. Terdapat tompok-tompok putih di badan, kaki dan muka. Telinga kambing ini panjang dan berjuntai diantara 27cm hingga 32 cm panjang. Berat kambing dewasa jantan adalah kira-kira 65±5 kg dan kambing dewasa betina adalah 75±5 kg. Kambing-kambing jantan dan betina keduanya mempunyai tanduk.
http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2012/01/induk-kambing-baka-shami.html
 
2. Summary... Bonus tahunan - Tahun pertama:Bonus anak RM 1,200; Mulai Tahun kedua: Bonus anak dan susu, RM 1200 dan RM 6000 masing-masing yang berjumlah RM 7,200 setiap tahun; Bonus akan dibayar pada Januari setiap tahun.
http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2012/10/pencerahan-program-ikbs-pakkp.html
 
3. The program... Selepas tempoh 2 tahun, Induk Kambing Baka Shami ini boleh dijual balik kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) pada harga Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja (RM 5,000.00) setiap ekor.
http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2012/11/perancangan-ikbs.html
 


 



Tuesday, April 1, 2014

Cari duit, buat duit...

1. Cari duit dengan buat duit adalah dua perkara yang berbeza... Ramai yang sibuk cari duit, tak ramai yang sibuk buat duit.
 
2. Pergi kerja... Cari duit.
 
3. Cari duit lebih mudah dari buat duit. Cari duit adalah mendapatkan duit yang sudah sedia ada.
 
4. Kita buat charity lunch, normal price RM 5.00, kita jual at RM 2.50. Bila orang beli, dia dah buat extra duit RM 2.50. Kalau suami isteri makan, boleh jimat RM 5.00 every working days. Buat RM 25 seminggu, 4 minggu sebulan RM 100, setahun 12 bulan, tolak bulan puasa, husband and wife tu boleh buat RM 1,100 setahun...
 
5. Dan mereka sebenarnya buat duit sambil makan tengahari... Masya-Allah.
 
 




Malu bertanya sesat jalan...

"Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha”. (Hadith Riwayat Imam Muslim: 720)
 
Bagi setiap perjalanan perlu ada persediaan fizikal dan mental... Tiada yang terkecuali.


Friday, January 31, 2014

Khutbah Jumaat, Batu Gajah...

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.


Wednesday, January 22, 2014

Life to live...

If we live till the age of 63, adolescence till the age of 15 maybe, plus wasted years till the age of 33. So we have only 30 years to work for Jannah...

Minus one third as sleeping, one third as personal use, it will leave us only 10 solid years. And we work alone, use that solid 10 years to work for Jannah...

Hummm. Are you following?

Tuesday, January 14, 2014

A Reminder...

Reminder: You cannot ride 2 horses at one time! Even if you have a carriage, you are not riding them. And you cannot go to 2 places at one time... It will drag you down. Do not try because I'll make sure you won't use ours! Unless you are just the passengers or it's a circus. TQ.


Friday, January 10, 2014

Monday, January 6, 2014

A Sad Story...

1. If you know me well, you should know that I never meant harm to anybody. All I want is an ideal environment so that people can live in harmony. There are too many injustice and malpractice which lead to oppressing many and pin people to the wall.

2. Many have been blinded by the short sighted and poor informations by the so called gurus or leaders who see the blind and poor as an opportunity for gold and glory.

3. Unfortunately the blind and poor, with sticks and debts thought that they have the magic wands and extras, pour everything in the name of justice to finance a tour in their own dark small world so that the greedy can rob them in the bright day light.

4. This is a very sad story on the first week of a new year...
 
 

Wednesday, January 1, 2014

Si Pengemis dan Si Peniaga Kunun...

Sipengemis yang dipandang hina meminta-minta untuk dirinya itu, mereka tiada hutang. Mereka mengaku susah dan tidak mengambil atau menipu hak orang lain... Mereka yang memandang hina keadaan pengemis itu, ramai sebenarnya yang menindas dan mengambil hak orang lain tanpa sedikit pun rasa malu. Malah berbangga kununnya berniaga dengan hutang di sana sini, tanpa niat untuk membayar. Bukankah lebih baik mereka ini meminta sedekah sahaja!