Y. Bhg. Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan,
DERMA PEMBINAAN PUSAT HEMODIALISIS PERTUBUHAN AMAL KITA KINTA PERAK
Salam sejahtera dan salam hormat. Perkara di atas dirujuk.
2. Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak merupakan sebuah pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja amal khususnya membantu pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan hemodialisis secara percuma. Berikut adalah petikan undang-undang pertubuhan untuk makluman Y. Bhg. Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan;
FASAL 4: TUJUAN/MATLAMAT
(1) Menjalankan kerja-kerja amal
(2) Menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.
(3) Mendapatkan sumbangan awam untuk tujuan (1) dan (2)
FASAL 6: SUMBER KEWANGAN
...
(7) Menerima sumbangan awam untuk tujuan seperti yang dinyatakan di dalam FASAL 4.
3. Merujuk kepada Fasal 4 perkara 3 dan Fasal 6 perkara 7 tersebut, untuk makluman atau seperti yang Y. Bhg. Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan sudah sedia maklum, perkara 2.2.11 dalam Garis Panduan Bagi Permohonan Untuk Kelulusan Di Bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967, membolehkan sumbangan kepada tabung yang ditubuhkan atau akaun amanah bertujuan memberi bantuan kepada individu yang memerlukan rawatan perubatan bagi penyakit serius dikecualikan cukai.
4. Rujukan mengenai penyakit serius tersebut adalah seperti dalam Lampiran A, Jenis-Jenis Penyakit Kronik/Serius Yang Boleh Diberi Pertimbangan Bagi Maksud Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 - Perkara 4. Sakit Buah Pinggang Yang Kronik: Penyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak boleh berfungsi lagi dan memerlukan dialisis renal dan pemindahan renal.
5. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon derma atau sumbangan dari pihak Y. Bhg. Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama kami menjayakan Pembinaan Pusat Hemodialisis tersebut. Maklumat mengenai pusat hemodialisis tersebut adalah seperti dalam Lampiran 1.
6. Bersama-sama ini disertakan Borang Sumbangan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Kerjasama dan sokongan serta keperihatinan dan sumbangan dari pihak Y. Bhg. Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan amatlah diperlukan dan sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERAMAL ADALAH AMALAN MULIA SESAMA INSAN”
Yang benar.
(Mohammad Riza bin Ahmad Hambadley)
Yang DiPertua,
Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak
No. 11A Lorong Dewangsa 2,
31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Derma di Talian Di Sini/Donate Online here...
Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak
No. 11A Lorong Dewangsa 2,
31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Derma di Talian Di Sini/Donate Online here...
a) RM 20.00 atau,
b) RM 50.00 atau,
c) RM 100.00 atau,
d) RM 1,000.00
Lampiran A - Senarai Penyakit Kronik
Lampiran 1;