I have seen this many times... Its what u have and not what u should have, its what u can do and not what u could have done... get the full use of what u have and be grateful... Stop complaining and let us start something great from here... !
Friday, March 18, 2011
Saturday, March 12, 2011
Enau Dalam Belukar...
"Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan."
Peribahasa tersebut adalah sangat tepat untuk menggambarkan masyarakat kita pada hari ini. Tiada salah sedikit pun. Masing-masing sibuk dengan agenda sendiri yang pastinya untuk memenuhkan tembolok masing-masing dan bermegah-megah dengan rumah, kereta, isteri dan lain-lain yang boleh dikatakan besar-besar belaka.
Tiada lagi sikap bantu membantu dan percaya mempercayai. Yang penting adalah apa yang aku boleh dapat. Perkara ini sebenarnya adalah barah dan perlu rawatan segera. Sekiranya terlalu sukar, maka adalah lebih baik ditinggalkan supaya dapat kita menumpukan segala usaha dan tenaga untuk mencari keredhaan Allah serta bekerja sama dengan mereka yang sihat, supaya kita juga menjadi sihat. Amin...
Sunday, March 6, 2011
Alhamdulillah...
Alhamdulillah, ada penderma dari Kota Bharu yang layak untuk menerima Bantuan Pinjaman Kewangan bagi bulan ini... Bacaan lanjut
Pun begitu, rupanya masih ramai yang tidak faham tentang konsep pinjaman tanpa faedah ini atau sememangnya mereka cuba untuk menipu dan mengambil kesempatan dari program ini. Seperti yang pernah saya katakan dulu, mereka menyangka mereka boleh menipu sedangkan tiada orang lain yang ditipu melainkan diri sendiri!
Konsep asas Pinjaman Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini adalah seperti berikut:
1. Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak ini sebenarnya mengutip derma untuk membantu menyediakan kemudahan dan memberi bantuan kepada pesakit-pesakit buah pinggang bagi mendapatkan rawatan hemodialisis.
2. Sekarang ni, orang ramai, kalau nak derma RM 10 pun susah. Soalannya, "Apa yang saya dapat?".
3. Jadi kita buat program Bantuan Pinjaman Kewangan ini untuk menggalakkan orang ramai menderma.
4. Bila seseorang itu menderma, dan mengajak orang lain menderma juga, apabila cukup syarat, pertubuhan akan beri orang itu pinjam dulu sebahagian dari kutipan derma tersebut.
5. Bayaran balik pinjaman ialah 40 bulan. Derma RM 100 boleh pinjam RM 1,000 bila cukup syarat.
6. Bila dapat pinjam RM 1,000, Derma pula RM 1,000 tu, boleh pinjam RM 10,000 bila cukup syarat.
7. Dengan kata lain, derma yg dikutip itu sebenarnya dua kali digunakan, satu - bagi org pinjam tanpa faedah, dua - bantu pesakit buah pinggang dapatkan rawatan hemodialisis.
8. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil terdekat. See More
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." Surah Ar-Ra'd (ayat 11)
"Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)
Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)
Nabi juga bersabda :
ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده
Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)
Adapun bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang meneirma memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas r.a
الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر
Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"
Tuesday, February 15, 2011
Khutbah Terakhir Rasulullah SAW...
Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
2. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
3. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
4. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
5. Wahai manusia , dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
6. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
7. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
Subscribe to:
Posts (Atom)