Sunday, July 15, 2012

Apa Yang Saya Pohonkan...

1. Saya memohon supaya orang ramai menderma dan membantu untuk menjayakan "Charity Lunch" supaya ramai orang akan dapat berjimat untuk makan tengahari pada setiap hari bekerja. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100.00 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan ini pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Mark the number "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.

2. Saya memohon supaya orang ramai menderma dan mengajak orang lain menderma juga supaya ramai orang dapat meminjam tanpa faedah melalui program "Bantuan Pinjaman Kewangan tanpa faedah PAKKP" dan pada masa yang sama dapat membantu pesakit buah pinggang mendapat rawatan hemodialisis percuma. Dengan adanya pusat hemodialisis itu, dapat juga kita sediakan klinik percuma untuk orang ramai.

3. Saya memohon supaya orang ramai membeli dan mengajak orang lain membeli "Induk Kambing Baka Shami" supaya ada orang lain yang boleh tolong bela kambing tersebut dan tuan punya mendapat keuntungan dari bonus anak dan susu setiiap tahun. Selain dapat bekalan susu kambing yang segar dan murah, orang ramai akan juga dapat daging kambing atau sumber protein yang murah serta boleh berjimat dalam perbelanjaan harian. Atau boleh juga dagingnya digunakan dalam program "Charity Lunch".

4. Saya memohon supaya orang ramai membeli dan mengajak orang lain membeli benih "Ayam Kampung" supaya ada orang lain yang boleh tolong bela ayam tersebut dan tuan punya mendapat keuntungan dan ayam kampung itu boleh digunakan dalam program "Charity Lunch".

5. Saya memohon supaya orang ramai menyertai semua program ini supaya kita boleh kumpulkan nama untuk memohon dan membina Hyper-Market kita sendiri dan dapat mengadakan pelbagai kemudahan lain yang terbit darinya untuk keperluan ramai orang.

6. Masya-Allah, saya memohon ini semua untuk orang ramai dan saya sangat pasti tidak akan dapat melakukan semua ini sendirian...!

"Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan semua program ini. Amin!"
See More...
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.