Saturday, October 29, 2011

Kepentingan Nama...

1. Nama adalah doa dan sepatutnya membawa gambaran si pemakai. Oleh itu, nama program atau aktiviti juga sebenarnya perlulah sesuai. Begitulah halnya dengan Program Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP dan Charity Lunch. Kedua-duanya membawa watak nama masing-masing.

2. Ada yang mencadangkan supaya "PAPARAN SEPATUTNYA ADALAH SUMBANGAN bukan pinjaman...". Dan benar, kerana itulah perkataan "Bantuan" diletak di hadapan dan "pinjaman" dibelakang. Dengan kata lain, bantu dulu, dan ajak orang lain membantu juga, baru pinjam seperti yang dijelaskan dalam syarat-syarat pinjaman. Apakah kita semua sudah tidak pandai membaca yang tersurat dan tersirat, atau sememangnya kita tidak pernah pandai betul kerana sepanjang zaman persekolahan kita sibuk meniru dan menipu untuk lulus periksa dan bukan sebenarnya mencari ilmu...? Berikut adalah takrif syarat untuk tatapan semua:

a. Berumur 18 tahun ke atas: Bermaksud "Bukan di bawah umur".

b. Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 1,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000, dan: Bermaksud "menyumbang atau menderma sebanyak atau sekurang-kurangnya 10% dari jumlah yang hendak dipinjam, serta"

c. Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP atau Membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 atau RM 20,000 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 10,000: Bermaksud "Mendapatkan sumbangan atau derma untuk PAKKP sebanyak atau sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari jumlah yang hendak dipinjam".

3. Tiada yang tersembunyi malah orang banyak lah yang mempunyai helah dan matlamat yang tersembunyi demi kepentingan diri sendiri. Masya-Allah...

4. Begitu juga dengan "Charity Lunch", ada yang mencadangkan supaya nama itu ditukar kepada "Lunch For Charity". Hakikatnya, makan tengahari ini diadakan supaya khalayak dapat berjimat, sekiranya pada hari-hari lain, makan tengahari adalah RM 5.00, maka kini ianya sudah menjadi RM 2.50 sahaja. Bukankah memberi makan pada harga separuh itu kerja-kerja amal? Dan yang membeli pada harga separuh itu telah mendapat bantuan. Maka kerana itulah ia dinamakan "Charity Lunch".

5. Seperti yang pernah saya tulis dulu mengenai "Charity Lunch" ini;

b. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

c. Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

d. Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. "Mark the number" "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.

6. Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang telah kita sumbangkan kepada agama, negara dan bangsa. Cukupkah hanya dengan berbekalkan amalan untuk keperluan sendiri bagi mendapatkan redha Allah lalu mendapat kedamaian yang kekal abadi di akhirat kelak? Sama-samalah kita fikirkan, insya-Allah.

1 comment:

  1. ZIRA...RIZA, empat huruf yang sama dalam susunan yang berbeza. . . :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.