Friday, November 20, 2015

Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP...

1. Mengapa perlu menyertai Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP?

Menyertai Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP boleh jadi lumayan dengan pertumbuhan industri berkaitan yang menggalakkan dan dijangka akan berkembang dengan baik sesuai dengan bekalan kambing tempatan yang hanya kurang daripada 9% dan selebihnya masih lagi diimport. Walau bagaimana pun, mereka yang berminat untuk menjadi Kandang IKBS PAKKP ini mestilah bersedia untuk dipindahkan ke mana-mana lokasi yang sesuai di dalam atau luar negara.

2. Keperluan kewangan untuk Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP.

RM 2,500,000. Antara kritiria pemilik Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP adalah nilai bersih peribadi mestilah tidak kurang daripada RM 1,250,000. Ini bagi memastikan pemilik kandang adalah selesa dari segi kewangan, boleh membiayai program ini sendiri dan/atau layak untuk mendapat kemudahan kewangan jika diperlukan.

Keperluan kewangan bagi memiliki kandang baru atau mengambil-alih kandang adalah sama.

3. Pilihan pembiayaan Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP.

a) Pemilik Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP yang mempunyai jumlah nilai Induk Kambing Baka Shami (IKBS) dan bonus tahunan melebihi RM 1,000,000.

b) Separuh daripada modal adalah tidak dipinjam. PAKKP tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan pinjaman untuk mencukupkan modal permulaan.

4. Jangkaan pendapatan Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP.

Upah satu-satu kandang adalah RM 600,000 setahun dan upah untuk lain-lain aktiviti berkaitan adalah dikira lain.

5. Bagaimana untuk memohon untuk menyertai Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP?

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP boleh lah menghubungi wakil-wakil PAKKP yang tersenarai di http://kerjaya-muslim.blogspot.my atau terus menghubungi PAKKP di talian 05-3633251, 05-3633252, 05-3633253 atau 016-6941251.


Temuduga, penilaian dan latihan adalah perkara yang wajib untuk dilalui secara berperingkat bagi mereka yang berminat untuk menyertai Program Kandang Induk Kambing Baka Shami (IKBS) PAKKP ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.