Monday, March 23, 2015

Hak Milik Tapak Perumahan PAKKP...

1. Jumlah Tapak: Satu Lot Tapak Perumahan PAKKP;

2. Harga Tapak: Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lima Ribu Sahaja (RM 75,000.00);

3. Hak Pembangunan: Tapak Perumahan  ini adalah dibawah pengurusan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) dan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) akan membina rumah di atas lot tersebut. Apabila rumah siap, PAKKP akan menjual tapak rumah dan rumah tersebut pada harga minima RM 250,000.;

4. Kos Pembangunan: Kos Pembangunan akan ditolak dari hasil jualan tapak rumah dan rumah tersebut;

5. Untung Jualan: Setiap rumah yang dijual (RM 250,000), separuh dari harga jualan adalah untuk kos pembangunan (RM 125,000). Separuh lagi, setelah ditolak harga belian tanah (RM 75,000.00) akan dibahagi sama banyak di antara Pemilik dan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) iaitu sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu Sahaja (RM 25,000.00) setiap bahagian.;

6. Bonus Jualan Rumah: Sekiranya rumah tersebut dijual pada harga melebihi (RM 250,000), lebihan tersebut akan diagihkan sebagai Bonus Jualan Rumah setelah ditolak kos-kos tambahan dan pengurusan;

7. Jaminan Belian Balik: Selepas tempoh 1 Tahun, sekiranya tiada pembangunan, Hak Milik ini boleh dijual balik kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (0604-10-PRK) pada harga Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lima Ribu Sahaja (RM 75,000.00).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.