Thursday, June 21, 2012

...PAKKP


17. Perancangan, usaha, harapan dan Doa bukanlah penentu kejayaan. Selagi belum sampai masanya untuk berlaku, ia tidak akan berlaku. Buah, kalau belum mahu masak, ia tidak akan masak. Kalau sudah mahu masak, ia juga tidak akan tunggu sesiapa. Jika tiada yang jumpa, ia akan menjadi benih lalu tumbuh menjadi pokok lalu berbuah lagi.

18. Perkara yang baik dan diluar dari kebiasaan memanglah sukar. Untuk berubah, manusia perlu mengubah banyak pekara terutamanya cara berfikir. Dalam banyak hal, manusia menjangkakan diri masing-masing itu pandai dan hebat sedangkan akan sentiasa ada yang lebih hebat dalam apa juga perkaranya.

19. Koperasi Kita juga tidak terkecuali dari semua itu. Ada yang tidak faham dan menuduh insentif cari ahli itu dibayar menggunakan wang saham tanpa merujuk undang-undang kecil koperasi kita itu sendiiri. Sehinggakan pihak berwajib sendiri menuduh yang sama tanpa usul periksa. Dan semuanya semakin kusut bila ramai menjadi tamak serta mengikut hasutan syaitan.

20. Akhirnya saya meninggalkan koperasi itu yang kalau saya mahu, saya boleh buat sepuluh yang serupa tanpa perlu berebut-rebut dengan orang lain. Saya sudah menjangkakan musibah yang akan berlaku lalu saya telah bersedia dengan menubuhkan Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak (PAKKP) pada awal tahun 2010.

21. Saya menumpukan perhatian kepada PAKKP. Bila pertubuhan, tidak ada keuntungan, jadi tidak ada yang berebut-rebut. Dan kerana itu saya meneruskan semua program melalui PAKKP ini. Bermula semula dan masa berlalu, PAKKP bergerak perlahan tetapi maju.

22. Masih dengan matlamat membebaskan masyarakat dari belenggu kapitalis tanpa sebarang penumpuan. Topik yang terlalu besar hingga sukar untuk ditelan oleh ramai orang. Cerita tentang makan tengahari RM 2.50 hinggalah berbulan madu di bulan. Ceritanya terlalu panjang dan mengambil masa untuk saya menyusun semula program mengikut kesesuaian masa.

23. Bermula dengan program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah PAKKP yang penuh kontroversi, PAKKP meneruskan usaha untuk membantu masyarakat keluar dari sistem yang kapitalis yang semakin tenat. Program pinjaman ini berasaskan derma dan mengajak orang lain menderma juga dan apabila cukup syarat, boleh lah mendapat pinjaman separuh dari jumlah derma yang dikutip. Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.