Saturday, July 23, 2011

Mengapa Perlu Tunggu...!?

1. Apa pun pandangan dan prasangka orang ramai, kerja-kerja kebaikan dan kebajikan perlulah diteruskan. Tidak perlu mencari redha manusia kerana redha Allah itu sangat lah penting. Maka redha lah, moga-moga Allah juga akan redha dengan kita, insya-Allah.

2. Alhamdulillah, masih ada lagi yang layak untuk menerima bantuan Pinjaman Tanpa Faedah Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak untuk bulan ini... Bacaan lanjut

3. Mengapa perlu tunggu...!? Tunggu Ramadhan misalnya... Mungkin hari ini yang terakhir...! Redha lah dgn semalam, buatlah yg terbaik pada hari ini kerana esok belum tentu kita masih di sini...

4. Perkara yang baik perlulah disegerakan, tidak perlu tunggu itu dan ini, fikir itu dan ini, dan lain-lain lagi... carilah redha Allah, bukan redha manusia banyak!

Monday, July 18, 2011

A Complete Solution…

1. Alhamdulillah, Charity Lunch telah melengkapkan hari ke enamnya. Dengan purata pengedaran sebanyak 40 bungkus sehari, kita sebenarnya telah menjimatkan perbelanjaan 40 orang . Kalau biasanya lunch RM 5.00, kini Cuma RM 2.50, bermakna RM 2.50 telah dijimatkan. Sebenarnya RM 2.50 x 40 x 6 = RM 600.00 telah dijimatkan sehingga hari ini.

2. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain.

3. RM 100.00 sebenarnya boleh didermakan kepada Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak bagi mendapatkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM 1,000.00. Kemudian pinjaman itu boleh didermakan semula untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 10,000.00.

4. Apabila dapat RM 10,000.00, bolehlah menyertai Koperasi Kinta Utama Perak Berhad pula. Hanya RM 100.00 diperlukan sebagai saham minima dan RM 100.00 lagi sebagai Fi atau Yuran Masuk. Tiada yuran bulanan dan betul, Ko-KITA sebenarnya adalah sebuah koperasi yang lain!

5. Seperti yang telah dimaklumi ramai, terdapat 5 teras yang diusahakan oleh Koperasi Kinta Utama Perak Berhad (KO-KITA) iaitu;

a. Hyper-market
b. Pembinaan Bangunan dan Rumah
c. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua
d. Penjualan Kenderaan
e. Tempat Pelaburan

6. Dengan berlakunya kelima-lima teras tersebut, maka perusahaan-perusahaan hiliran dan peluang pekerjaan akan terbuka luas selain menjanjikan pulangan pelaburan yang baik.

7. Hyper-market merupakan fenomena di abad ini. Dengan adanya Hyper-market tersebut, ahli-ahli bakal mendapat bekalan yang jauh lebih murah kerana kebanyakan barangan diperolehi terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Selain itu, barangan keperluan dapat kita import dari sumber yang lebih murah dan dijual menggunakan jenama sendiri. Kononnya kita import TV Plasma dari China pada harga RM 600.00 sebuah, dan menjual kepada ahli pada harga RM 1,200.00 secara ansuran sebanyak RM 100.00 sebulan selama setahun. Rata-rata, harga TV Plasma ketika ini adalah RM 1,600.00, maka ahli sudah dapat berjimat dan keuntungannya pula akan dapat dikongsi pada setiap akhir tahun kewangan. Begitu juga dengan barangan yang lain dan tidak lupa kepada ahli yang mempunyai produk sendiri, mereka juga boleh memasarkan produk mereka di Hyper-market ini.

8. Keahlian 10,000 orang yang diperlukan itu antara lain adalah sebenarnya untuk menjamin pasaran barangan yang sedia ada dan dalam perniagaan, pemasaran adalah sesuatu yang kritikal. Dengan adanya ahli yang membeli di Hyper-market kita sendiri seramai 10,000 orang dengan purata perbelanjaan RM 300.00 seorang setiap bulan, maka jumlah jualan bulanan akan mencapai RM 3 juta dan jualan setahun adalah RM 36 juta. Sekiranya keuntungan bersih yang dijangkakan adalah 3% maka jumlah keuntungan itu menjadi RM 1,080,000.00 (1.08 juta) setahun. Jika keuntungan ini dibahagikan kepada 10,000 orang ahli tadi, maka setiap orang akan mendapat RM 108.00 dan jumlah ini sebenarnya merupa pulangan sebanyak 108 % untuk setiap ahli yang hanya mempunyai saham minima sebanyak RM 100.00

9. Projek Bangunan dan Perumahan bakal dilaksanakan pada awal tahun hadapan. 300 unit rumah kos rendah sudah pun ada pembeli dan 300 unit lagi masih boleh ditempah. 122 unit rumah kos sederhana adalah juga masih dibuka untuk tempahan. Penjualan rumah-rumah ini juga akan dilakukan secara tanpa faedah, misalnya, rumah kos rendah yang berharga RM 42,000.00 ansurannya adalah sekitar RM 175.00 sebulan selama 20 tahun. Oleh kerana koperasi telah mendapat keuntungan semasa membuat rumah, maka tidak perlu lagi koperasi mengenakan faedah untuk bayaran ansuran rumah tersebut!

10. Pusat Jagaan Harian Kanak-kanak dan Orang Tua merupakan projek untuk orang-orang yang kita sayangi. Dengan adanya projek ini, anak-anak serta orang tua kita akan dijaga dengan lebih baik disamping caj perkhidmatan yang sesuai kerana perkhidmatan ini sebenarnya adalah milik kita sendiri. Anak-anak akan boleh kita tinggalkan di sana seharian sementara kita bekerja. Perkhidmatan shuttle untuk anak-anak yang bersekolah juga akan kita sediakan. Konsep rumah orang tua yang dicadangkan adalah dalam bentuk apartment dan studio apartment dengan kemudahan tempat ibadah dan riadah. Pusat kesihatan juga akan disediakan serta rumah tetamu untuk sanak saudara datang menziarah. Kita beli unit-unit ini dan kita sewakan kepada sebuah pertubuhan amal yang akan menguruskan penempatan orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Hasil sewaan itu kita bayar ansuran rumah dan apabila kita sudah tua, jika mahu, kita pun boleh tinggal di situ percuma.

11. Penjualan Kenderaan dengan rundingan yang betul dengan pihak pengeluar bakal membolehkan Ko-KITA mendapatkan kenderaan tersebut pada harga kilang. Dengan menjual kenderaan tersebut pada harga pasaran, koperasi tidak lagi perlu mengenakan faedah keatas ansuran bulanan kerana sudah mendapat keuntungan semasa jualan. Ini menjadikan penjualan kenderaan ini benar-benar bebas riba.

12. Ko-KITA menjadi Tempat Pelaburan yang baik apabila semua perusahaan teras tersebut berjalan dengan baik. Selain mendapat kemudahan, ahli-ahli juga menikmati keuntungan tahunan dari setiap perusahaan dan perniagaan yang dijalankan oleh Ko-KITA. Sekiranya dividen dan bonus dikeluarkan sebelum hari raya, maka ahli-ahli bakal mendapat peruntukan tambahan untuk menghadapai musim perayaan tersebut.”

13. Perancangan yang teliti telah dibuat untuk merealisasikan semua rancangan ini. Pun begitu, tanpa sokongan dari orang ramai, semua rancangan ini akan kekal dalam bentuk tulisan tanpa dapat membantu sesiapa pun.

14. "Ya Allah, aku memohon pada Mu agar kami diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Sesungguhnya kami ini hanyalah hamba Mu yang lemah dan tidak mempunyai daya untuk menjadikan sesuatu melainkan dengan izin Mu ya Allah! Bukakanlah pintu hati semua yang membaca blog ini agar dapat membantu menjayakan matlamat penubuhan Koperasi Kinta Utama Perak Berhad ini. Amin!"

Monday, July 11, 2011

Charity Lunch...

1. "Alhamdulillah... Charity Lunch at masjid Muhibbudin Shah next to the hospital Ipoh started today. Every working days, only RM 2.50 per pax. Hopefully this program will help many, insya-Allah."

2. Matlamat asas program ini adalah mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.

3. Sekiranya program ini dapat berkembang sehingga membantu 10,000 keluarga di setiap kota misalnya di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu... Maka akan ada 30,000 x RM 100 = RM 3 juta extra yg boleh digunakan untuk tujuan lain setiap bulan dan ini pastinya akan membantu dlm pertumbuhan ekonomi di negara yang kita cintai ini.

4. Dan sekiranya ada 1 juta yg dapat kita bantu, bermakna akan ada RM 100 juta setiap bulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Mark the number "100 juta". And bear in mind, 1 juta hanyalah 4% dari jumlah populasi di Malaysia. Jumlah ini sebenarnya adalah golongan yang berpendapatan kurang dari "everage". Dan mereka ini sebenarnya memerlukan segala bantuan yang boleh mereka dapat untuk memastikan kemandirian.

5. "I already did my homework. Just like when we were in school. This is just the least that we can do. Better than just talking about something that we wish we can do... With a big but and blaming others for what they r not or cannot do or even 'tidak tercapai dek akal mereka...!'"


Tuesday, July 5, 2011

Mencari Redha Allah...

1. Apa pun, kita balik kepada konsep asas dan perkara pertama yg perlu ditanam ialah mencari redha Allah dan rasulnya, tidak manusia banyak... Dan itulah rukun yg pertama...

2. Kerana itu Rasulullah bermula dengan keluarga dan sahabat. Dan Allah memulakan dengan iqra'. Semua pun perlu mengikut aturan. Yang dulu didahulukan. Maka ilmu itu perlu didahulukan lalu bacalah dan belajarlah. Kemudian keluarga dan sahabat handai mahupun jiran tetangga. Syahadah itu menganjurkan kita untuk mencari redha Allah dan Rasul, maka redha lah kita dgn apa pun yang berlaku, moga2 Allah dan Rasulnya redha dgn kita. Itu rukun yg pertama. Mengucap dua kalimah syahadah... Amin...

3. Selain disiplin, solat juga merupakan exercise yg konsisten, lima waktu sehari dengan rakaat yg bebeza sesuai dgn waktu. Subuh 2 rakaat bersesuaian dgn angota badan yg baru bangun dari rehat. Zohor 4, sesuai dgn badan yg sudah cergas, begitu juga dgn asar. Maghrib 3 yg ketika itu badan sudah penat dan waktu yg pendek. Isya kembali 4 adalah kena dgn badan yg sudah istirehat. Manakala solat2 sunat itu menambah kepada yg wajib. Dan sujud merupakan cara merendah diri kepada pencipta sambil membenarkan darah mengalir kebahagian paling atas kepala bagi membekalkan oxygen dan mengelakan migrin. Dan itulah rukun yg kedua...

4. Setelah mempunyai disiplin yang baik, bermula seawal subuh, maka umat islam ini akan menjadi insan yang rajin dan istiqomah. Dua faktor yang menentukan kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi. Setelah berjaya, maka perlulah ada latihan untuk menahan diri, dan itulah puasa di bulan ramadhan dan menjadi rukun yang ketiga. Biasanya, dalam latihan ini ramai yang gagal seawal subuh dengan gagal untuk solat subuh kerana tidur selepas sahur. Kegagalan ini berterusan dengan sikap pemarah dlm keadaan lapar. Banyak lagi kegagalan yang bakal ditempoh dlm ujian ini selain mengambil keputusan untuk tidur seharian kerana berpuasa. ketika membeli juadah untuk berbuka juga merupakan waktu getir. Oleh kerana sudah menahan lapar seharian, maka pasar ramadhan menjadi medan untuk membalas dendam dengan membeli segala macam makanan yang akhir masuk kedalam peti sejuk kalau tidak ke tong sampah. Puasa ini sepatutnya mengajar kita untuk bersederhana, menahan diri dan mengambil yang perlu sahaja. Juga latihan untuk bangun malam dan bermunajat. Ambillah kesempatan ini apabila ramadhan datang. Bulan ini, kita penuhi dgn latihan untuk menghadapi ramadhan itu dengan membanyakkan puasa dan bagun malam... insya-Allah.

5. Setakat dapat menahan diri sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita insan kamil dan hebat. Perlu kita mengeluarkan sedekah bagi membantu orang dan memakmur dunia ini. Sedekah wajib, itulah zakat dan bahagiannya cuma 2.5% dan sesunguhnya inilah bahagian yang paling sukar. Memberi apa yang kita usahakan kepada org lain tanpa perlu mereka membuat sesuatu untuk kita. Inilah diantara tanggung jawab sesama insan yang disebut oleh saudara Daud Ibrahim, yang gagal disempurnakan oleh kita. Allah telah menggariskan panduaannya, tetapi kita yang gagal untuk menghayatinya... Inilah rukun yang keempat!

6. Rukun kelima adalah menunaikan fardhu haji bagi yag mampu. Mark the word "mampu". Bukan sekadar kewangan, tetapi fizikal dan sudah mampu melakukan kesemua rukun yang terdahulu. 1. Menyerah diri kepada Allah dan rasulnya 2. Menjalankan disiplin harian 3. Menahan diri dan hawa nafsu 4. Besedekah iaitu berkorban untuk orang lain. Haji juga merupakan satu business yang tidak kurang hebatnya. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada tabung haji. Selain business, Haji juga adalah merupakan Conference atau perhimpunan umat islam dari seuruh dunia setiap tahun. Ketika haji, semua kita sama, tiada yang berpakaian lebih dari yang lain. Malangnya, umrah yang sunat itu menjadi kegilaan sedangkan 4 rukun yang awal itu masih belum disempurnakan...!

7. Setelah sempurna rukun yg lima, kita pergi pula kepada rukun yg 6. Setelah sempurna islam, maka keimanan juga perlu sempurna. Oleh kerana melompat2 dan ikut yg mana sesuai atau yg disukai sahaja atau mengikut selera sendiri, maka ramai yang sesat dan tidak jumpa jalan kembali... Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami...

.