Monday, July 24, 2017

Tiga Hari...

1. Kita cuma ada 3 hari, semalam, hari ini dan esok... Semalam itu sejarah, kita perlu redha...

2. Hari ini kita buat yang terbaik kerana esok belum tentu lagi kita berada di mana!

3.  Banyak kali kita tangguhkan perkara yang kita boleh buat hari ini untuk esok yang belum tentu kita punya...

4. Banyak kali, kita ini hanyalah menjadi penyebab untuk sesuatu itu berlaku...

5. Jika kita tidak di situ, maka orang yang berada di situ pula akan menjadi sebab untuk sesuatu itu berlaku...

6. Kerana itu, kita perlu berada di sesuatu tempat itu cukup lama supaya kita menjadi sebab untuk sesuatu itu berlaku...

7. Banyak kali, lalai, rajuk, ego, harap, dan lain-lain sifat atau tindakan yang sepertinya menjadi sebab untuk orang lain menggantikan tempat kita... Dan perkara pun berlaku.

8. Setelah perkara berlaku, kita pun mula berkata sepatutnya begitu dan begini, yang sepatutnya kita redha, yang kita sudah mengambil keputusan begitu begini, yang menyebabkan ia jadi begitu dan kita jadi begini...

9. Kita tidak boleh menang semua. "Superman" pun tidak boleh berada di dua tempat dalam satu masa melainkan dia melakukan sesuatu itu dengan cepat supaya boleh pula melakukan sesuatu yang lain. Kita berlaku mengikut kemampuan kita. "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"...

10. Kita perlu redha dan buat perkara itu satu persatu mengikut keutamaannya supaya apabila sesuatu itu berlaku, kita mempunyai sebab yang baik untuk menerima imbuhan atau balasannya hasil daripada tindakan kita itu..

11. Kita redha... Semoga Allah juga redha dengan kita. Insya-Allah...

12. Practice... Practice... Practice... Until it becomes automatic...

13. And when it's automatic... It becomes just prefect!

14. And not many believe in it... They thought things are just happen. They thought it's an art and they blame it to the fate or circumstances!