1. Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain r.a, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...” (Hadis riwayat Muttafaqun ‘alaih)
2. Orang miskin dan fakir di syurga itu bukan lah seperti yang kebanyakan kita sangka kan... Mereka itu kaya di dunia tetapi kepada mereka semua kekayaan itu bukan milik mereka tetapi Allah, mereka cuma memegang amanah sementara hidup. Mereka itu mungkin juga miskin di dunia tetapi tidak meminta-minta dan mengeluh melainkan mereka itu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada... Dan sesungguhnya, orang-orang yang berada di syurga itu ialah mereka yang boleh menahan diri (sabar)!
3. Tidak ada beza orang kaya dan miskin itu melainkan taqwa...
Saturday, December 24, 2016
Doa...
Pada hari kelahiran anak, orang tuanya berhutang kepada anak itu kerana menjadi penyebab kepada kelahirannya. Kemudian, sebagai penyebab kepada kelahiran dan membesarkan, menjadi hutang pula kepada si anak... Maka, semasa hayatnya, anak memerlukan (doa) orang tuanya dan apabila mati, orang tua pula memerlukan (doa) anaknya (yang soleh).
Wednesday, October 26, 2016
Tuesday, October 4, 2016
Perspektif...
1. Ada orang jual buah Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L ini segar RM 18 sekilo dan boleh tahan selama 2 atau 3 hari, jika sejuk beku sekilo RM 36 dan boleh tahan selama 6 bulan. Saya fikir ada sedikit kesilapan "costing" dalam penentuan harga...
2. Harga ladang untuk buah gred A adalah RM 8 sekilo.
3. Saya fikir, sepatutnya, jika buah yang segar dijual pada harga RM 18 sekilo, jika tidak terjual, sebelum kualitinya merosot, buah tersebut sepatutnya disejuk beku dan dijual pada harga RM 14 kerana tempoh boleh jual sudah boleh dipanjangkan kepada 6 bulan...
4. Oleh kerana buah ini bermusim, jika secara berterusan buah yang tidak terjual disejuk beku, maka bekalan buah ini akan boleh berada di pasaran sepanjang tahun dan kebarangkalian buah yang rosak tidak terjual akan dapat dikurangkan...
5. Buah yang telah disejuk beku, walaupun dijual pada harga lebih murah (RM 14) tetapi tempoh penjualan dapat dipanjangkan kepada 6 bulan dan akan memberikan potensi jualan yang lebih baik.
6. Untuk kepelbagaian, buah yang sudah disejuk beku juga boleh terus dibuat ice-blended dan dapat dijual pada harga yang jauh lebih baik...
7. Perspektif dalam apa pun industri adalah sangat penting, perlu boleh melihat sesuatu itu dari luar kotak...
8. Dan perspektif yang berbeza ini lah menjadi asas kepada semua program-program PAKKP - http://kerjaya-muslim.blogspot.my/2016/10/asas-perkiraan.html

Sunday, October 2, 2016
Asas Perkiraan...
In reference - (37,000 Ayam Mati Akibat Bekalan Elektrik Terputus, Tauke Rugi RM500,000)
1. Jika dibahagi RM 500,000 dengan 37,000 ekor ayam yang mati itu, nilai setiap ekor adalah RM 13.51.
2. Jika 3,500 ekor ayam, nilainya adalah RM 47,297.30.
3. Dalam Program Ayam Kampung PAKKP (PAKP), deposit untuk menjadi Reban PAKP adalah RM 42,000 iaitu 88.8% daripada nilai sebuah reban (kapasiti 3,500 ekor) penternakan ayam konvensional.
4. Risiko sebuah Reban PAKP adalah RM 42,000, berbanding pendapatan RM 8,400 setiap dua bulan adalah 20% dan jika dibahagi kepada 2 bulan cuma lah10% iaitu jauh kurang selesa jika dibandingkan dengan pendapatan peserta infak PAKP yang mendapat 5.2% setiap bulan tanpa perlu berbuat apa-apa...
5. Dan setiap infak RM 250 itu sebenarnya cuma 0.59% risiko yang ditanggung oleh Reban PAKP. Dengan kata lain, adalah tidak munasabah untuk Reban PAKP didedahkan kepada risiko hanya semata-mata untuk memuaskan hati penginfak. Adalah lebih baik untuk tidak menerima infak RM 250 untuk program ini daripada mendedahkan reban kepada risiko RM 42,000.
6. Sementara dalam program IKBS setiap penyertaan berbanding dengan kandang adalah 0.4% (RM 10,000 berbanding RM 2,500,000) iaitu jauh lebih rendah daripada nisbah risiko dalam program PAKP, maka tentu saja lebih tidak munasabah...

Tuesday, August 16, 2016
Thursday, July 14, 2016
Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
1. Jika dan hanya jika, ada tempat yang apabila kita boleh membuat sumbangan/derma sebanyak RM 250 setiap bulan lalu daripada setiap derma itu boleh memberikan manfaat tunai sebanyak RM 13 sebulan dan seterusnya setiap kali manfaat tunai itu cukup RM 250 boleh pula disumbangkan/dermakan semula setiap satunya.
2. Maka selepas tahun pertama, nilai manfaat yang boleh diperolehi setiap bulan adalah RM 182; tahun kedua, RM 533; tahun ketiga, RM 1,196; tahun keempat, RM 2,405; tahun kelima, RM 4,615; tahun keenam, RM 8,697; dan seterusnya, tentu saja selepas tahun kelima atau keenam, kita sudah boleh membebaskan diri kita daripada belenggu perhambaan moden ini...
3. Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama berusaha dengan bersunguh-sunguh untuk membebaskan setiap diri kita daripada belenggu ini! - Maklumat lanjut.

Saturday, June 11, 2016
Cabang-cabang rezeki...
1. Kerja dapat upah/gaji;
2. Berniaga dapat untung boleh jadi rugi;
3. Pinjam (dapat dulu kemudian buat kerja untuk bayar balik pinjaman);
4. Pemberian (hadiah, sedekah, bonus dll, tak perlu kerja);
5. Rezeki yang tidak disangka-sangka ("Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu").
6. Dalam program BPKTF PAKKP, cabang No. 1 dan 3 diguna pakai. Bila siap buat kerja, upahnya ialah Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah - Simple basic saja pun. Dan pinjaman itu tak ada cagaran pun...!
7. Kita menganjurkan program penternakan berpusat supaya orang ramai dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti penternakan Ayam dan Kambing lalu manafaatnya boleh diagihkan kepada mereka yang terlibat. Dalam program-program ini, cabang No. 4 diguna pakai.

Saturday, May 14, 2016
Saturday, May 7, 2016
Apa Kita Lakukan...
1. Kita menganjurkan program-program supaya para peserta boleh mendapat manafaat daripada program-program yang mereka sertai.
2. Kita menganjurkan program "Charity Lunch" supaya kita boleh mengadakan lunch pada setiap hari bekerja dengan harga serendah RM 2.50. Sekiranya suami isteri yang bekerja mengambil kesempatan ini, mereka boleh berjimat sekurang-kurangnya RM 5.00 setiap hari. Dalam sebulan, mereka boleh berjimat sekurang-sekurangnya RM 100.00 dan boleh digunakan untuk perkara lain. Insya-Allah.
3. Kita menganjurkan program Bantuan Pinjaman Tanpa Faedah supaya masyarakat tidak lagi dibeban dengan hutang.
4. Kita menganjurkan program penternakan berpusat supaya orang ramai dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti penternakan Ayam dan Kambing lalu manafaatnya boleh diagihkan kepada mereka yang terlibat.
5. Kita menganjurkan lain-lain program pun dengan tujuan yang sama supaya masyarakat akan mendapat manfaat daripadanya.
6. Daripada semua penyertaan program-program tersebut, dapatlah kita bina pusat-pusat aktiviti dan perkhidmatan termasuklah aktiviti peruncitan borong bagi kepentingan masyarakat juga.
7. Dan semua ini untuk kita juga, bukan orang lain...
Monday, April 25, 2016
Jawatan Pembantu Wakil PAKKP...
Pertubuhan Amal Kita Kinta Perak mempelawa pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai:
1. Pembantu Wakil PAKKP (5)
2. Wakil PAKKP (2)
Sila klik dan daftar permohonan di sini.

Sunday, April 3, 2016
Minta-minta, bagi-bagi...
1. Bila sebut program charity, terbayang derma, buat kerja percuma, kutip derma dan lain-lain. Pendeknya tunggu orang bagi. Kenapa tak buat charity bagi makan murah ke, bela ayam ke, bela kambing ke... Apa ke. Hmmm. Boleh ke?
2. Buat Charity Lunch ke - http://kerjaya-muslim.blogspot.my/2011/10/charity-lunch-kembali.html
3. Bela Ayam ke - http://kerjaya-muslim.blogspot.my/2015/12/program-ayam-kampung-pakkp-revised.html
4. Bela kambing ke - http://kerjaya-muslim.blogspot.my/2012/01/induk-kambing-baka-shami.html
5. Cuba buat program yang bagi-bagi bukan minta-minta... Tapi ye lah, nak minta-minta tu lagi senang dari bagi-bagi... Untung-untung dapat, "no harm trying". Kalau nak bagi-bagi ni, susah sikit sebab belum cukup lagi, macam mana nak bagi.
6. Dia tak tahu... Macam mana Tuhan nak bagi lagi banyak kalau yang sikit pun tak pandai nak urus dan bagi-bagi. Tunggu lah.

Thursday, February 25, 2016
Poor People...
1. The worst people to serve are the poor people.
2. Give them free - They think it's a trap.
3. Tell them it's a small investment - They'll say can't earn much.
4. Tell them to come in big - They'll say no money.
5. Tell them try new things - They'll say no experience.
6. Tell them it's traditional business - They'll say hard to.
7. Tell them it's a new business model - They'll say it's MLM.
8. Tell them to run a shop - they'll say no freedom.
9. Tell them to run a new business - They'll say no expertise.
10. They do have something in comman - They love to ask google - Listen to friends who are as hopeless as them.
11. They think more than a university professor - And do less than a blind man.
12. Just ask them, what can they do - They won't be able to answer you.
13. My conclusion - Instead of your heart beats faster - Why not you just act a bit faster.
14. Instead of just thinking about it - Why not do something about it.
15. Poor people fail because of one common behaviour - Their whole life is about waiting.

Wednesday, February 24, 2016
Rezeki secupak itu tidak jadi segantang...
1. Rezeki secupak itu tidak jadi segantang. Dulu saya tak faham.
2. Maksudnya, secupak beras itu bila dimasak, jumlah nasi yang terhasil adalah selayaknya secupak beras, bukan segantang. Jika dimasak segantang beras, nasi yang terhasil adalah selayaknya segantang beras.
3. Dalam bab rezeki begitu juga, jika usaha setakat secupak beras, maka akan dapat secupak beras lah... Jika yang diusahakan itu untuk segantang beras, maka boleh lah dapat segantang beras.
Usaha itu berkait rapat dengan hasil yang kita akan perolehi. Usaha dengan ilmu, akan menambah keberkesanan usaha.
4. Ramai yang berusaha tanpa ilmu, hasil yang diperolehi juga adalah seperti mereka yang tidak berilmu - sedikit.
5. Jika kita tidak pandai menanam padi, tentu saja beras yang bakal diperolehi itu sedikit. Dengan ilmu dan teknologi, tentu saja kita akan dapat tingkatkan hasil padi kita. - Tidak begitu, atau bagaimana?

Sunday, January 31, 2016
Sunday, January 10, 2016
Ilmu yang dimanfaatkan...
MANFAAT (kata nama,); Bahasa Asal: Arab; Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat; Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan, dimanfaatkan...
2. "Ilmu yang dimanfaatkan ialah apa-apa yang ditinggalkan oleh seseorang sama ada dalam bentuk penulisan yang boleh dibaca oleh generasi lain atau ilmu yang diajarkan kepada orang lain dan manusia dapat mengambil faedah daripada buku atau murid-muridnya."
3. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam: 1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah; 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan; 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya".
Bacaan lanjut...