Wednesday, October 26, 2016

Tuesday, October 4, 2016

Perspektif...

1. Ada orang jual buah Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L ini segar RM 18 sekilo dan boleh tahan selama 2 atau 3 hari, jika sejuk beku sekilo RM 36 dan boleh tahan selama 6 bulan. Saya fikir ada sedikit kesilapan "costing" dalam penentuan harga...

2. Harga ladang untuk buah gred A adalah RM 8 sekilo.

3. Saya fikir, sepatutnya, jika buah yang segar dijual pada harga RM 18 sekilo, jika tidak terjual, sebelum kualitinya merosot, buah tersebut sepatutnya disejuk beku dan dijual pada harga RM 14 kerana tempoh boleh jual sudah boleh dipanjangkan kepada 6 bulan...

4. Oleh kerana buah ini bermusim, jika secara berterusan buah yang tidak terjual disejuk beku, maka bekalan buah ini akan boleh berada di pasaran sepanjang tahun dan kebarangkalian buah yang rosak tidak terjual akan dapat dikurangkan...

5. Buah yang telah disejuk beku, walaupun dijual pada harga lebih murah (RM 14) tetapi tempoh penjualan dapat dipanjangkan kepada 6 bulan dan akan memberikan potensi jualan yang lebih baik.

6. Untuk kepelbagaian, buah yang sudah disejuk beku juga boleh terus dibuat ice-blended dan dapat dijual pada harga yang jauh lebih baik...

7. Perspektif dalam apa pun industri adalah sangat penting, perlu boleh melihat sesuatu itu dari luar kotak...

8. Dan perspektif yang berbeza ini lah menjadi asas kepada semua program-program PAKKP - http://kerjaya-muslim.blogspot.my/2016/10/asas-perkiraan.html


Sunday, October 2, 2016

Asas Perkiraan...

In reference - (37,000 Ayam Mati Akibat Bekalan Elektrik Terputus, Tauke Rugi RM500,000)

1. Jika dibahagi RM 500,000 dengan 37,000 ekor ayam yang mati itu, nilai setiap ekor adalah RM 13.51.

2. Jika 3,500 ekor ayam, nilainya adalah RM 47,297.30.

3. Dalam Program Ayam Kampung PAKKP (PAKP), deposit untuk menjadi Reban PAKP adalah RM 42,000 iaitu 88.8% daripada nilai sebuah reban (kapasiti 3,500 ekor) penternakan ayam konvensional.

4. Risiko sebuah Reban PAKP adalah RM 42,000, berbanding pendapatan RM 8,400 setiap dua bulan adalah 20% dan jika dibahagi kepada 2 bulan cuma lah10% iaitu jauh kurang selesa jika dibandingkan dengan pendapatan peserta infak PAKP yang mendapat 5.2% setiap bulan tanpa perlu berbuat apa-apa...

5. Dan setiap infak RM 250 itu sebenarnya cuma 0.59% risiko yang ditanggung oleh Reban PAKP. Dengan kata lain, adalah tidak munasabah untuk Reban PAKP didedahkan kepada risiko hanya semata-mata untuk memuaskan hati penginfak. Adalah lebih baik untuk tidak menerima infak RM 250 untuk program ini daripada mendedahkan reban kepada risiko RM 42,000.

6. Sementara dalam program IKBS setiap penyertaan berbanding dengan kandang adalah 0.4% (RM 10,000 berbanding RM 2,500,000) iaitu jauh lebih rendah daripada nisbah risiko dalam program PAKP, maka tentu saja lebih tidak munasabah...