Friday, November 22, 2013

Orang Miskin...

1. Orang miskin sebenarnya bukan seperti yang kita bayangkan... Orang miskin dan fakir ini adalah orang yang lemah. Kerana itu, jalan keluar bagi mereka ialah melalui zakat. Mereka tidak mampu untuk berusaha keluar dari kemelut mereka.
 
2. Mereka tidak dapat keluar dari masalah mereka tanpa bantuan. Kerana itu mereka perlu kepada bantuan zakat.
 
3. Jika kita ini tiada wang, tetapi mahu berusaha dan mencari jalan keluar... Kita sebenarnya tidak miskin.
 
4. Secara umumnya, kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.
 
5. Dengan lebih terperinci lagi, kemiskinan mempunyai dimensi seperti kekurangan makanan, pakaian dan kediaman. Atau keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.
 
6. Fenomena kemisikinan dapat digambarkan dalam bentuk kitaran. Kitaran ini bermula apabila seseorang itu tidak mampu membuat sebarang simpanan untuk digunakan dalam pelaburan ekonomi, seperti pendidikan dan juga pembelian alat-alat pengeluaran. Akibat daripada ketiadaan pelaburan ini, produktiviti orang itu akan menurun, dan pendapatan juga turut menurun. Keadaan ini menyukar lagi orang yang berkenaan untuk membuat simpanan, maka proses ini akan berterusan sehingga ia berlanjutan ke generasi akan datang. 

7. Kekurangan individu yang tertentu boleh mencetuskan kemiskinan. Kelemahan individu ini biasanya kelemahan yang ketara dan boleh menyebabkan seseorang itu miskin, walaupun dia berada dalam suatu masyarakat yang penuh dengan peluang rezeki.
 
8. Pada umumnya, personaliti bermasalah yang menyebabkan kemisikinan ialah sikap malas. Sikap malas itu dicerminkan dalam tingkah laku seperti suka berkhayal, suka beromong kosong, dan juga "elak kerja". Orang yang malas adalah kekurangan produktiviti dan mereka akan hilang banyak peluang untuk mencari rezeki.
 
9. Konflik seperti peperangan, rusuhan dan sebagainya juga akan menyebabkan kegiatan ekonomi terbantut dan ia juga membinasakan infrastruktur yang penting untuk menjana kekayaan. Semua ini akan menyebabkan kemisikinan berlaku. 
 
10. Sebenarnya, seseorang boleh berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapinya oleh dirinya. Pada lazimnya seseorang itu dapat mengatasi kemisikinan dirinya menerusi pendidikan!
 
 

Wednesday, November 13, 2013

7 Dosa Besar...

"Syirik kepada Allah, Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan untuk dibunuh kecuali dengan haq (benar), Makan RIBA, Makan harta anak yatim, Lari dari pertempuran, dan Menuduh zina terhadap wanita beriman yang terhormat serta menjaga kehormatan."
 
1. Ingatlah alasan terakhir Firaun bila tidak mampu melawan kekuatan hujah nabi Musa a.s. iaitu mengungkit jasa beliau yang menjaga dan memberi makan minum nabi Musa semenjak dari kecil lagi namun dengan tegas ditolak oleh Musa a.s bahawa baginda tidak akan menyokong syirik dan kezaliman serta memperingatkan Firaun bahawa Pemberi rezeki yang sebenar adalah dari Allah.
 
 2. Termasuk masalah mencari kedudukan dalam politik kepartian sehingga negara pernah digegarkan dengan pembunuhan wakil rakyat oleh bomoh.
 
3. Akhir-akhir ini pembunuhan yang berlaku dalam negara semakin meningkat. Ia disebabkan daripada sifat tercela yang merasuk jiwa seperti hasad dengki, gagal mengawal kemarahan, gila harta dan pangkat disamping mabuk arak dan ketagihan dadah.
 
4. Sedangkan kesungguhan usaha terhadap haramnya riba masih dingin di mana banyak amalan riba bukan sahaja diteruskan malah disuburkan lagi sedangkan dunia sedang menyaksikan sistem riba antara sebab utama ekonomi dunia semakin hancur dan banyak negara menjadi muflis. Akibat teralu seronok dengan janji syaitan bahawa riba menguntungkan menyebabkan amaran Allah yang mengisytiharkan perang terhadap amalan riba dipandang sepi.
 
5. "Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."
 
6. Kita juga mesti memperkasakan amar makruf nahi mungkar dan jangan lari daripada tugas penting ini...
 
7. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;"

Saturday, November 9, 2013

Great minds...

"Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people." And what do we discuss actually...?!
 
 

Hak...

“Sesungguhnya dirimu mempunyai beberapa hak. Ada hak bagi Tuhan, ada hak bagi dirimu sendiri dan ada pula hak bagi keluargamu. Berikanlah masing-masing itu akan haknya.”
  

Wednesday, November 6, 2013

The Limit...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.