Nasi Putih (Basmathi), Dalca, Sambal dan Ayam Goreng; Time:11.30 am - 1.30 pm, Setiap Hari Bekerja; Mulai:11/7/2011
Telah kembali mulai 17/10/2011 dan akan menemui anda di kebanyakan bandar utama.

Wednesday, May 13, 2015

Jawatan Kosong...

Jawatan: Wakil PAKKP/PAKKP Representative.

Kelayakan Minima: SPM.

Pengalaman Bekerja: Sebaik-baiknya 4 tahun.

Lain-lain Syarat: Kenderaan Sendiri.

Dapatan Bulanan Minima: RM 750.00 - RM 10,000.

Kekosongan: 1 Wakil PAKKP di setiap Negeri.

Sila klik di sini untuk daftar memohon atau hubungi untuk temuduga di talian 05-3633251 atau 016-6941251 sekarang.


Wednesday, May 6, 2015

Nilai RM 100...

1. "If you have ever donated, how much is your RM 100 donation worth? It's your choice actually..."

2. Setiap kali anda menderma RM 100 kepada PAKKP, anda berpeluang untuk mendapat Bantuan Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah (BPKTF) RM 1,000 (T&C Apply)...

3. Dengan syarat Berumur 18 tahun ke atas, Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 dan Memperkenalkan 4 orang lain yang juga memerlukan Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP.

4. Atau dengan syarat Berumur 18 tahun ke atas, Sumbangan Tabung Bantuan Hemodialisis PAKKP; RM 100 untuk Bantuan Pinjaman Kewangan PAKKP RM 1,000 dan membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima; RM 2,000.

5. Yang tersebut adalah asasnya. Jika tidak memenuhi terma dan syarat, tidak lah layak untuk mendapat bantuan. Sendiri pun akan tahu apabila syarat itu telah dipenuhi...

6. Sumbangan cuma RM 100, dengan sedikit usaha mengajak 4 orang lain untuk meminjam tanpa faedah juga atau membantu PAKKP mendapatkan sumbangan minima RM 2,000; nilai RM 100 itu telah menjadi RM 1,000 (sepuluh kali ganda). Ini bukan magik! Ianya adalah usaha yang berterusan untuk membawa masyarakat keluar dari kemelut RIBA!

7. Dan sesuai dengan janji Allah, “Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (QS. Al An’am: 160).

8. Dan sesuai dengan hadis, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejelekan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejelekan tersebut, maka catatlah satu kejelekan yang semisal. Jika ia meninggalkan kejelekan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal hingga 700 kali lipat.” (HR. Bukhari no. 7062 dan Muslim no. 129).

9. Tidak semua rezeki itu datangnya dari sesuatu sumber sahaja. Tidak juga sebahagian besar daripadanya seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang melalui ungkapan ini, "Berniaga itu adalah 9/10 dari rezeki".

10. Rezeki boleh jadi daripada bekerja lalu mendapat upah. Rezeki boleh jadi daripada pinjaman lalu perlu dibayar balik mengikut persetujuan (perjanjian). Rezeki boleh jadi daripada perusahaan (berniaga, pertanian atau penternakan) lalu mendapat untung. Rezeki boleh jadi daripada pinjaman yang perlu dibayar balik mengikut persetujuan. Rezeki boleh jadi daripada sumbangan (pemberian/sedekah) dari orang lain.

11. Rezeki juga boleh jadi daripada sumber yang tidak disangka-sangka seperti mana yang Allah janjikan. "...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (QS Ath-Thalaq : 2-3)

12. Yang dimaksudkan 9/10 rezeki dalam perniagaan itu adalah begini; Jika modal sesuatu barang yang dijual itu ialah RM 10 maka hendaklah ia dijual tidak lebih darpada RM 20, dengan kata mudah RM 19. Keuntungan dari jualan tersebut adalah RM 9 dan modalnya adalah RM 10. Maka rezeki daripada perniagaan itu adalah RM 9 daripada modal RM 10 iaitu 9/10. Jika dijual pada harga lebih daripada 2 kali ganda modal, yang lebih itu akan menjadi RIBA.

13. Modal yang dimaksudkan di sini termasuklah harga barang (pembuatan dan pembungkusan), upah simpan, upah jual, dll kos yang terlibat dalam jualan itu.